......
Lama kami menunggu keputusan doktor tentang keadaan Mikail. Waktu tadi di rumah, memang dia nampak tak bermaya.
Dari jauh kelihatan Medina dan Aina berjalan menuju ke tempat duduk si Datin Rosmizah.
"Mummy apa dah jadi?" Medina menyalam tangan ibunya.
"Tak tahulah Medina. Dah berapa hari dia tak makan. Asyik duduk dalam bilik. Bila tadi mummy pergi panggil, tengok dia dah demam. Panas sangat badan dia." Datin Rosmizah memicit pelipisnya.
"Ya Allah!" Medina turut terkejut mendengar berita tentang adiknya yang masuk hospital. Adiknya ini memang susak nak menjejakkan kaki ke hospital. Bila jadi macam ni, siapa ja yang tak terkejut.
"Mummy what happen to paksu?" Aina memandang ibunya. Dia juga pelik tiba-tiba maknya bawa dia ke hospital. Dia masih kecil dan takkan faham semua ni.
"Nothing happen dear. Paksu just tak sihat." Medina memeluk anaknya itu erat sekali.
"Dia minta nak jumpa Sara. Mummy buntu. Macam mana kita nak hubungi Sara?" Medina memandang ibunya.
"Mummy don't worry. Kakak akan try cakap dengan keluarga Sara. Mummy pun jangan stres. Kena jaga kesihatan." Medina mengusap belakang tubuh ibunya.
Pintu wad dibuka dari dalam. Terjengul kepala doktor yang merawat anaknya itu.
Terus Datin Rosmizah bangun dari duduknya dan menghampiri doktor tersebut.
"Puan mak kepada Mikail ke?"
"Ye saya. Bagaimana keadaan anak saya doktor?"
"Ok macam ni puan. Nasib puan bawa dia datang cepat. Sebab suhu badan dia memang panas. Jadi saya agak terkejut kenapa dia boleh jadi begini sekali. Dia stress ke?"
"Hmm....dia ada masalah sedikit."
"Okay takpe. Saya dah masukkan ubat antibiotik ke dalam badannya sebelum kuman merebak memang susahlah kan. So keadaan dia dah stabil. Cuma dia minta nak jumpa dengan puan."
"Terima kasih doktor." Datin Rosmizah tersenyum.
"Mummy masuklah. Kakak tunggu di luar." Datin mengangguk lalu melangkah masuk ke dalam bilik yang menempatkan anaknya itu.
.......
Liyana pov
Aku termenung memikirkan cadangan Malik yang menginginkan aku semula untuk menjadi teman wanitanya.
Tapi aku takut kalau aku dipermainkan sekali lagi. Sebab dia memang tahu yang Malik ni playboy.
"Jauh termenung anak mummy. Ingatkan siapa tu?" Ditegur anak gadisnya yang dilihat hanya mendiamkan diri sejak tadi.
"Tak perlu sibuklah mummy." Suaranya tegas sahaja.
"Eh mummy tanya elok-elok! Boleh pula jawab macam tu." Kenapa dengan anak perempuannya ini? Haih!!! Tak ubah degil.
"Takde apalah. I'm just tired." Terdengar keluhan dari mulut gadis itu.
"Kalau ada apa-apa just tell mummy."
Aku memandang wajah mummy. Perlukah aku beritahu dia tentang kehadiran Malik kembali? Macam mana kalau mummy tak setuju untuk aku terima Malik semula?
"Semalam Liyana jumpa Malik." Nama itu cukup membuatkan perasaan marah dalam jiwanya mula membara.
"Apa dia buat? Dia cari Liyana balik ke!" Suara keras mummy cukup membuatkan aku rasa resah.
"Its not like that. Just dia nak Liyana beri dia peluang. Please mummy. Sampai bila Liyana kena korbankan hati Liyana ni kepada Mikail walaupun Yana tahu dia tak pernah cintakan Yana. Kita dah tak sepatutnya teruskan rancangan ni." Dia dah rasa malas nak buat semua ni.
"No! I said no! Mummy tak nak Yana berhentikan rancangan ni sebab nak get back dengan Malik. Are you insane? Yana lupa apa pernah Malik buat dulu! Yana hampir bunuh diri!" Bahuku digoyang oleh mummy dengan kuat. Ternyata dia memang tak mahukan Malik.
"Please mummy! I'm begging you. Tolong stop hancurkan hidup Yana. Yana tahu hidup Yana sendiri!" Aku menengkingnya lalu membawa diri masuk ke dalam bilik meninggalkan mummy yang terpinga-pinga di bawah.
Perempuan yang bergelar ibu itu hanya mampu melihat anaknya itu berlalu pergi. Dia runsing dengan semua yang jadi.
.......
Other pov
Datin Rosmizah menghampiri anak lelakinya. Tersentuh melihat keadaan anaknya yang berselirat wayar. Masih lagi dia ingat dengan keadaan anaknya yang tadi memang kelihatan seperti mayat hidup sahaja.
Dia mengambil tempat di kerusi yang kosong itu. Disentuh kepala anaknya dan diusap perlahan.
"Mikail tolong kuat. Jangan putus asa. Mummy janji akan cari Sara untuk kamu. Jangan lemah!" Setitis air mata tuanya menitis di atas tangannya.
Sungguh dugaan yang diberi itu amatlah perit. Tetapi haruslah menerima dengan hati yang terbuka...
Tatkala itu,
Terasa pergerakan seketika oleh anaknya itu.
"Mummu?" Pandangannya terus jatuh melihat si anak yang sudah sedar.
"Mikail dah sedar. Kejap mummy panggil doktor."
Skip part doktor.....
"Macam mana Mikail boleh ada dekat sini?" Wajah dia kelihatan seperti kebingungan sahaja.
"Engkau demam panas teruk sampai pitam. Sebab tu mummy bawa adik ke sini. Kenapa Mikail?" Kak Medina menyampuk dari belakang.
Datin Rosmizah mengiyakan kata anak perempuannya itu.
"Entahlah akak. Mikail rindu sangat dekat Sara. Mikail tak tahu nak cari dia dekat mana dah?" Memang nampak wajah dia muram.
Datin Rosmizah memandang anak perempuannya itu sambil menjongketkan kening. Sebenarnya mereka berdua tahu di manakah Sara berada tapi disebabkan amanah keluarga Sara dan juga keinginan mereka yang ingin melihat sendiri ketulusan Mikail mencari kembali Sara, mereka turut diamkan hal tersebut.
"Sebenarnya mummy tahu Sara dekat mana?" Terus dipandang wajah ibunya itu dengan seribu kedutan di wajah.
"Hah?"
.......
Hazim pov
Aku nampak wajah mummy yang kelihatan muram sahaja dari tadi. Dan aku turut menyaksikan kejadian tadi yang berlaku di antara kak Liyana dan mummy sendiri.
"Mummy, are you okay?" Dia memalingkan wajahnya. Kelihatan wajahnya seperti sudah selesai menangis.
"Hazim, am I too bad?" Aku menghenyakkan punggung di sebelah mummy.
" Kenapa mummy cakap macam tu?" Aku menarik kepalanya lalu letakkan atas bahuku.
"Mummy dah musnahkan rumah tangga orang lain. Mummy dah hancurkan anak mummy sendiri."
Aku tersenyum. Nampaknya mummu mula sedar dengan apa yang dia buat.
"Mummy, semua orang dalam dunia ni tak sempurna. Setiap orang pasti buat kesilapan. Jadi bila kita buat silap, kita kena bertaubat dengan apa yang kita buat. Kita kena minta maaf kepada orang yang kita buat salah tu."
Dia mengangguk.
"Mummy sedar apa yang mummy buat ni bukan semua orang suka. Mummy kesal Hazim. Tolong bawa mummy jumpa Sara. Mummy nak minta maaf dengan dia." Dia terus menangis teresak-esak. Aku memeluknya erat.
Ya Allah! Terima kasih sebab engkau dan kembalikan mummy ku seperti dulu.
.......
TBC
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...