......
Sara pov
Sudah nak masuk sebulan aku menjalani kehidupan ku di bumi Australia ini. Memang gembira. Tapi tak selamanya kerana aku tahu hati aku masih milik yang utuh oleh si dia.
Entahlah nak kata apa, sama ada aku masih bencikan dia atau tak. Kadangkala aku rasa rindu. Bohonglah cakap kalau aku dah lupakan dia. Tambah-tambah dengan kehadiran Ain yang sedikit sebanyak membantu untuk mengubat rindu aku.
Wajah Ain memang mirip Mikail. Cuma matanya sahaja yang serupa seperti aku.
"Woi! Jauh mengelamun. Teringat buah hati ke?" Bahuku disentak oleh Heliza dari belakang.
"Eh! Mana ada kau ni?" Aku menyembunyikan kenyataan walhal memang benar pun.
"Kalau betul pun apa salahnya cik Sara oi! Bukan orang lain, suami kau jugak." Heliza duduk di sebelahku lalu mencapai majalah yang aku sudah selesai baca tadi.
"Iza, aku nak cakap sikit?" Pandangan Heliza mula tertumpu kepada aku.
"Apa beb?" Dia tutup majalah dan mula fokus terhadap aku.
"Kau rasa aku patut beri peluang dekat Mikail ke? Dengan apa yang dia dah buat ni." Suaraku kendur.
Setiap kali sebut nama dia mesti aku jadi sebak.
"Beb. Setiap manusia takkan boleh lari dari kesilapan. Sebetulnya memang kita sebagai perempuan tak boleh terima dengan apa yang suami kita buat. Tapi kita ni diberi sifat simpati. Jadi tak salah kau maafkan dia. Takkan kau nak jaga anak kau seorang diri. Pula kau cakap dekat dia yang anak kau meninggal? Tak baik tu! Kau seolah nak memisahkan anak dengan bapa sendiri. At least Ain must know who is her father. Kau cuba fikir bila dia besar nanti, tak ke susah kau nak menjawab?"
Aku termangu. Besarnya dosa yang dia dah buat. Dia tinggalkan suami dia macam tu saja.
Tatkala itu,
Kring!kring!kring! Telefonku berbunyi menandakan ada panggilan masuk.
Tanpa melihat siapa yang call, terus aku slide untuk dijawab.
"Hello." Lama menyepi.
Sebelum aku dengar satu suara yang sangat aku rindukan.
"Sayang....." Ah! Sudah lama aku tak dengar panggilan sebegitu daripada dia.
Aku hanya mendiamkan diri. Heliza pula seolah ingin tahu siapa yang menelefon.
"Kenapa sayang diam? Cakaplah dengan abang please. Abang terlalu rindukan Sara. Baliklah...." Aku tergamam mendengar suaranya seolah serak menahan tangisan.
Perasaan pilu bertandang di hati aku.
"Siapa awak? Saya tak kenal." Ya Allah! Sara bukan yang itu kau nak cakapkan.
Terdengar seperti keluhan dari arah sana.
"Sara terlalu bencikan abang ke? Abang tahu abang banyak sakitkan hati sayang. Abang tak tahu apa yang jadi. Abang seolah dikawal oleh seseorang. Dia buat abang bencikan sayang."
Air mata mula bertakung di tubir mata.
"Awak buat hati saya rasa kosong. Mungkin sampai sini sahaja jodoh kita. Terimalah dengan hati yang terbuka. Awak lebih layak jumpa pengganti yang seeloknya daripada saya."
No Sara!!!!
"Sayang, just remember that no one can replace you in my heart. Hanya Sara seorang akan jadi isteri abang sampai bila-bila. And one more, jangan pernah sebut tentang cerai sebab itu takkan pernah berlaku antara kita kecuali dengan takdir Allah."
Tut!Tut!Tut! Panggilan diputuskan. Aku meletakkan telefon. Terus air mataku mengalir laju.
Aku menekup mukaku.
"Sara, bawa bersabar ye." Diusap-usap bahuku lembut.
Aku lemah. Aku selalu lemah bila berhadapan dengan dia.
"Kenapa aku susah sangat nak buang dia daripada fikiran aku? Dan hati aku akan rasa sakit bila aku cakap sesuatu yang aku rasa boleh buat dia tinggalkan aku!" Aku menangis lagi.
Tubuhku ditarik ke dalam dakapan milik Heliza.
"Itu kerana kau masih cinta dan sayangkan dia."
........
Mikail pov
Aku meletakkan telefon.
Aku harap dia kembali pada aku. Cukuplah dia dah tinggalkan aku terlalu lama walaupun hakikatnya masih sebulan.
Ya Allah! Jangan pisahkan aku dari si dia.
Terlayar kembali di ingatan apabila mummy mengatakan yang dia tahu Sara di mana. Betapa kecewanya bila orang yang terdekat dengan kita tahu hal sebenar tapi masih mendiamkan diri seolah ingin melihat aku ni menderita.
"Kenapa mummy tipu Mikail? Akak pun sama!" Aku menempelak mereka berdua walaupun aku tahu ianya dosa.
Tapi aku tak boleh kawal perasaan aku.
"Mummy tak berniat nak tipu. Ini semua amanah Sara. Dia tak nak kamu ganggu dia lagi." Mummy cuba menenangkan aku dengan berniat ingin menarik aku supaya duduk di sebelahnya.
Ya! Semalam aku sudah boleh discharge dari hospital kerana aku dah boleh menjaga kesihatanku sendiri.
"Tapi mummy sanggup tengok Mikail saban hari cari dia sampai Mikail sakit. Tolonglah mummy! You know how much is she means to me." Aku mengesat air mata yang mengalir tanpa henti.
Bahuku ditepuk. Mematikan lamunan aku seketika.
Wajah mummy menyapa pandangan aku.
"How are you today?" Mummy cuba menceriakan suasana. Dia tahu aku masih terasa tentang semalam. Tapi dia masih ibu aku. Jadi aku tak bolehlah nak simpan dendam lama-lama.
"Fine..." Perlahan suara aku menerjah telinganya.
"Look son. I'm very sorry about what happened yesterday. Mummy sayangkan Sara dan anak mummy. Mana ada ibu yang nak tengok anak dia selalu sedih setiap hari sebab memikirkan orang yang dicintai. Tapi what I can do? Ibu Ina dah cakap dekat mummy yang Sara tak mahu kamu tahu dia dekat mana." Diterang satu-persatu supaya aku faham tentang apa yang terjadi.
Aku mengeluh.
"Mikail dah tiada peluang ke untuk dapatkan Sara? Mummy, dia terlalu bencikan Mikail ke?" Aku memandang mata ibuku seolah meminta penjelasan.
Namun senyuman manis yang menghiasi wajah tua ibuku.
"No son. Mummy yakin Mikail akan bahagia semula dengan Sara. Itu doa mummy everyday." Aku peluk tubuh mummy erat.
.......
TBC
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...