Bab 50

3.2K 91 13
                                    

.......

Setelah selesai kerja di ofisku, aku bergegas kembali ke hospital kerana ibu mertuaku mengatakan yang Sara sudah sedar. Hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa seronoknya aku di kala ini.

"Bos cepat-cepat ni nak pergi mana? Kerja dah siap ke!" Sibuk si Liyana menahan diriku ketika itu.

"Saya nak jumpa isteri saya. Dia dah sedar. Takpe awak just continue apa yang belum. Tomorrow saya datang dan semak ye. Assalamualaikum!" Terus ditinggalkan Liyana terkulat-kulat di situ.

Liyana pov

Aku mencebikkan wajahku. Aku yang di depan ni pun dia tak layan. Isteri dia jugak nak dilihatnya.

Aku mencapai dokumen yang diberi oleh 'bosku' itu dan terus melangkah pergi ke mejaku.

.....

Aku berjalan pantas ke bilik yang menempatkan isteriku. Hanya Allah sahaja yang tahu betapa bahagianya aku bila dapat tahu yang isteri aku sudah sedar.

Setelah sampai di bilik, aku terlihat kakak iparku, Mira dan juga ibu turut berada di situ. Ya! Aku sudah memberitahu mereka tentang Sara. Aku tak nak berahsia apa-apa daripada mereka. Aku dapat melihat wajah Sara yang agak pucat namun tetap tersenyum apabila melihat wajah yang disayanginya berada di depan mata.

"Mikail, mari. Sara dah sedar." Aku mengangguk. Aku mempercepatkan langkahku berhampiran katilnya. Namun sesuatu terjadi tanpa keinginanku sendiri. Sara memalingkan wajahnya ke arah lain. Ibu dan Mira terus memandangku dengan wajah yang berkerutan. 

Ini yang aku tidak menginginkan untuk berlaku apabila Sara sudah ambil keputusan untuk memulaukan aku atas sikap aku beberapa hari yang lepas terhadap dirinya. Maafkan abang, sayang!

Aku mengeluh. Aku memegang tangannya yang berada di sisi katil. Namun aku tahu dia hanya berlakon kerana tak mahu ibu syak apa-apa antara kami berdua.

"Akak dengan ibu tunggu di luar dulu ya Sara." Mira memandangku dengan memberi isyarat mata supaya memujuk adiknya. Ya aku kena faham keadaan wanita yang sedang mengandung. Kuat beremosi.

........

Hazim menghela nafas lega. Dia tahu dan dia sedar dia masih sayangkan Sara. Tapi dia tak mampu nak hancurkan kebahagiaan kawannya itu sendiri. Dia boleh nampak betapa sayangnya Sara dekat Mikail. Jadi perluka dia jadi orang tengah untuk tengok penderitaan kedua-dua insan tersebut.

Tengku Sharifah memandang anak lelakinya yang sedang leka memikirkan sesuatu. Dihampiri anak lelakinya itu yang sedang duduk di balkoni tingkat atas.

"Termenungkan apa tu?" Hazim cepat-cepat mengelap air matanya yang sudah mula bertakung di tubir mata. Tengku Sharifah kaget.

"Takde apalah mummy. Hazim saja ambil angin." Dia cuba berbohong. Namun naluri seorang ibu kuat mengatakan anaknya itu ada menyembunyikan sesuatu daripadanya.

"Don't lie to me my dear. Mummy tahu dan kenal anak-anak mummy. Why did you cry? Something happened to you, was it?" Tengku Sharifah memegang lengan anaknya.

Berbanding Liyana dan Hazim, dia lebih sayangkan si kecil ini kerana hanya Hazim yang sering menemaninya sentiasa. Harapkan Liyana tu langsung tak nampak muka di rumah.

" I  miss dad." Suaranya perlahan menusuk ke kalbu. Tengku Sharifah menarik nafasnya. 

Sudah 3 tahun suaminya itu meninggalkan mereka sekeluarga. Dia terlalu rindukan belaian suaminya itu. Dia faham perasaan anaknya sekarang.

Seketika itu, perasaan ingin membalas dendam terhadap keluarga Zalina semakin mencengkam dadanya.

"Sebab itu, mummy suruh Hazim buat dekat Sara. Biar dia tersungkur dekat kita." Hazim terus memandang wajah ibunya dengan wajah yang bengis.

"Mummy are you crazy? Hazim takkan pernah buat macam tu dekat family Sara. Daddy tak nak kita buat macam ni." Dia rasa sangat sedih dengan sikap ibunya yang masih tidak berubah.

"KENAPA? Sebab Hazim dah jatuh cinta dengan Sara." Tergamam seketika Hazim jadinya.

"Kenapa diam? Betulkan? Mummy kenal anak mummy. Kamu tak nak buat sebab kamu takut Sara tak suka dekat kamu kalau dia tahu siapa dalangnya kan??" Tengku Sharifah mengamuk tak tentu pasal.

"Mummy please....." Hazim cuba memegang tangan ibunya. Namun ditepis semula.

Terus Tengku Sharifah masuk ke dalam rumah tanpa berkata apa-apa.

........

Aku menghenyakkan punggungku di kerusi bersebelahan katilnya. Dia masih tidak memandang wajahku.

"Sayang, tolong tengok muka abang please." Aku mengenggam erat tangannya itu. Ya Allah, hanya Tuhan sahaja yang tahu betapa dia merindui isteri di hadapannya ini.

"Bukan abang bencikan Sara ke?"

Aku mengeluh. Bukan ini yang aku nak.

"Sayang, please maafkan abang. Abang tahu abang terburu-buru buat keputusan. Abang tak boleh berfikir waktu tu sebab abang hanya nak sayang di samping abang je." Aku bersuara lirih.

Terdengar esakan kecil yang keluar dari mulutnya.

"Maafkan Saya kalau abang tak suka dah Sara kawan dengan Hazim. Tapi percayalah hanya abang dalam hati Sara. Sara sayang abang dengan anak kita ni." Dia mengusap perutnya. Aku tersenyum. Tangan aku juga naik ke perutnya yang bakal mengandungkan benih aku...

Aku mengusapnya..

Di luar,

Mira mengesat air matanya. Dia tahu kini tiada siapa yang boleh menyayangi Mikail sepertimana adiknya sayang akan lelaki itu.

"Mari kita pulang Mira. Biarkan mereka berdua. Bagi masa." Puan Zalina faham dengan keadaan yang terjadi. Dia tak nak Mira rasa bersalah. Dia cuma mahu kedua-dua anak gadisnya bahagia. Itu saja!

........







TBC

ISTERI TAK DIJANGKAWhere stories live. Discover now