.......
Hari ini adalah hari terakhir aku di Malaysia. Selepas 3 tahun aku di Melbourne, baru aku akan kembali ke sini.
"Sara dah siap ke. Kami semua dah tunggu ni." Suara kak Mira kedengaran di luar bilik.
"Ye kak. Tunggu sekejap!" Aku mencapai baju-baju milik Ain yang berada di atas katil. Tatkala itu, mataku tertancap ke arah sebuah gambar milik aku dan Mikail.
Perlahan-lahan aku menghenyakkan punggungku di atas katil. Mataku bergenang. Waktu ni sungguh bahagia aku bersamanya. Gambar tersebut memaparkan kami bersama di Italy sewaktu bulan madu.
"Kenapa abang benci Sara? Sara sayangkan abang." Suaraku lirih.
Aku harus mulakan hidup baru kerana lepas ni Mikail akan menandatangani borang penceraian tersebut dan aku takkan ada apa-apa ikatan dengan dia lagi.
.......
Hazim pov
Aku masih lagi teringat bila Sara cakap yang dia akan pergi meninggalkan Malaysia kerana mendapat tawaran bekerja di Melbourne.
Aku harus perbetulkan semula hubungan dia dengan Mikail. Mikail seharusnya mengetahui perkara sebenar. Dia tidak boleh salah faham terhadap Sara.
Aku mengambil telefonku lalu menghantar mesej kepada Mikail.
........
Mikail pov
Aku merehatkan badanku di atas katil setelah lama berada di pejabat. Aku renggang kan sedikit otot-otot di tubuhku untuk menghilangkan rasa penat.
Fikiranku terlayang mengingatkan surat cerai yang diberi oleh Sara semalam.
Kenapa dia beria suruh aku ceraikan dia?
Dan betulkah anak aku dah mati? Ke dia sengaja reka cerita supaya aku lepaskan dia?
Tit!Tit!Tit....
Satu mesej masuk dalam peti simpanan telefonku. Aku mula-mula hanya membiarkan sahaja. Tapi bila ada call yang masuk, aku terus mencapainya untuk melihat siapa yang menghubungi.
"Unknown number? Siapa pula ni?" Aku berfikiran.
Aku menjawab.
"Hello?"
"Hello abang. Saya Hazim."
Nama itu. Lagi sekali memberi kejutan kepadaku.
"Kau nak apa?" Aku dah nak letak call. Tapi bila dia cakap....
"Saya nak jumpa abang esok boleh. Ada hal sikit saya nak bincang tentang Liyana." Aku terkaku.
Macam mana dia kenal dengan Liyana? Apa hubungan mereka ni?
"Hmm...esok kau datang rumah aku. Aku send alamat dekat kau." Aku pun curious juga ni.
"Okay abang. Terima kasih. Assalamualaikum!" Pap! Panggilan diputuskan.
Aku pelik. Kenapa dia nak cakap tentang Liyana? Dan siapa dia dengan Liyana pula?
.......
Di lapangan terbang,
Aku bersalam dengan abang dan kak Raina. Mereka turut berada di situ untuk menyaksikan pemergian ku ke negara barat itu.
"Adik jaga diri elok-elok ye. Jaga Ain baik-baik. Apa-apa call abang." Abang menarik aku ke dalam pelukannya. Satu-satunya adik yang dia paling sayangi walaupun selalu bergaduh.
Aku mengangguk walaupun hatiku dah terasa sebak.
Aku melepaskan pelukannya lalu beralih ke arah kak Mira dan ibu. Mark turut berada di situ. Ibu sudah mengalirkan air matanya. Aku sebenarnya tak sanggup berjauhan tapi ini melibatkan perasaan aku dan masa hadapan aku sendiri.
"Adik tak perlu pergi. Siapa nak duduk dengan ibu?" Merah mata ibu menahan tangisan.
Aku tanpa rasa malu terus memeluk tubuh tua itu erat. Ain masih berada dalam dukungan kak Mira.
"Maafkan Sara ibu. Sara janji lepas habis semua ni Sara akan balik ke Malaysia. Sara akan jaga ibu dan Ain."
Ibu menghamburkan tangisannya.
"Jaga diri elok-elok ye. Ibu tak nak kamu diapa-apakan di sana." Ibu melepaskan aku lalu mengusap bawah mataku.
Aku mengangguk.
Aku mengambil Ain dari kak Mira lalu bersalam dengan kak Mira pula. Aku tahu kak Mira sengaja menahan tangisannya. Dia memang kuat.
"Adik balik sini secepat mungkin. Kakak tak nak berpisah dengan adik lagi." Dia mengambil tanganku lalu meletakkan seutas rantai di tanganku.
Aku menjongketkan kening.
"Ini satu-satunya rantai pemberian ayah kepada akak. Kalau adik rindukan kami semua, just lepaskan rindu dekat rantai ni ye. Kami tiada sebelah adik untuk menghilangkan rasa rindu adik. Hanya ni sahaja yang akan menemani adik di sana." Dia menggenggam tanganku.
Pengumuman mula terdengar mengatakan kapal terbang yang bakal aku naiki sudah sampai.
"Assalamualaikum semua!" Tatkala aku melangkah, hidupku terasa baru. Biarlah Mikail dan dia hanya jadi kenangan sahaja. Kerana keputusan cerai sudah ada pada tangannya.
Terima kasih ya Allah!
......
Mikail pov
Aku melihat panggilan yang masuk.
Mama? Alamak...ada apa mama call aku pula ni. Jangan dia tanya tentang Sara sudah.
"Hello?"
"Mikail....mana kamu pergi? Lama tak call mama." Kedengaran seperti merajuk.
"Maaf mama. Mikail sibuk sikit kebelakangan ni. Banyak tender nak join syarikat kita."
"Oh takpelah. Arr....Sara mana? Mama nak cakap dengan dia sekejap. Rindu dengan menantu mama sangat." Mati! Apa aku nak jawab ni.
"Erk....mama sebenarnya Sara dia pergi tidur rumah ibu. Dia rindu dengan ibu." Aku menipu. Kalau mama tahu perkara sebenar, matilah aku.
"Eh! Kenapa kamu tak teman dia? Dia kan tengah sarat mengandung. Kalau jadi apa-apa dekat dia, macam mana?
"Ahh...kan dekat sana ada ibu dengan Mira. Lagipun habis balik kerja, Mikail singgah." Aku bohong lagi.
"Hmm... takpelah kalau kamu dah cakap begitu. Nanti dia dah balik, bawa dia tidur rumah mama pula. Lama tak berbual dengan dia." Mama bersuara.
"Iye...mama. Mikail letak ye. Ada hal sikit." Aku tak mampu nak bohong lagi. Mak aku sendiri.
"Iyelah. Assalamualaikum!" Panggilan diputuskan.
"Waalaikumussalam." Aku terus mematikan telefon. Apa yang dah jadi?
Aku memicit kepalaku yang berdenyut.
Mana kau pergi Sara?
......
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...