Bab 65

3.7K 120 9
                                    

........

Liyana dan Malik masing-masing mendiamkan diri. Selepas kejadian di mana Malik menariknya keluar dari kelab malam itu, terus dibawa ke kedai mamak yang berhampiran.

"You want anything?" Mata Malik menikam wajah si gadis yang pernah menjadi teman wanitanya dulu ketika mereka sama-sama melanjutkan pelajaran.

"Erk....just give me coffee." Malik tersenyum. Akhirnya dia boleh mendengar kembali suara si gadis ini. Sudah lama dia mencari si Liyana. Itulah kuasa Allah, kalau dah jodoh takkan ke mana...

Selesai membuat pesanan, kami kembali senyap seperti tadi.

"I rindukan you." Suara gemersik si Malik membuatkan dada Liyana berdegup laju. Terlalu lama dia tidak berjumpa dengan lelaki ini selepas dia nampak lelaki ini curang dengannya.

"Kenapa you cari I? Bukan you dah ada Izzati?" Liyana mendongak memandang Malik. Dia harus kuat. Kenapa perlu takut?

"Baby, I dah tersilap menilai. Dia hanya nakkan duit I. Dia dengan you are totally different!" Malik cuba memberi penerangan.

Liyana mengeluh. Disebabkan inilah sikap dia berubah bila berhadapan dengan lelaki. Dia akan cemburu tak tentu pasal.

"But why now? After you dah hancurkan hati I. I terlalu bodoh percayakan cinta you!" Air mata mula bertakung di tubir mata.

"Please give me a chance. Sekarang baru I tahu yang I tak boleh hidup kalau you takde. Setiap malam I akan mimpikan you. Mimpikan kenangan manis kita." Malik mengesot ke arah Liyana supaya dia dapat melihat wajah pujaan hatinya itu dengan lebih jelas.

"Malik I don't know what to say. Please give me some time. I akan fikirkan tentang ni semua." Liyana berura-ura untuk bangun namun tangannya dipegang erat oleh Malik.

"At least you teman I makan boleh?" Dikerdip matanya berkali-kali. Dan Liyana mengaku kalah kerana di sudut hatinya masih ada perasaan sayang terhadap lelaki itu.

........

Mikail pov

Lamunanku jauh memandang siling. Aku masih teringatkan kata-kata ibu tadi. Kenapa Sara sanggup pergi jauh dariku? Langsung tiada peluangkah untuk aku tebus balik kesilapan ni?

Aku mencapai gambar aku dan dia yang terletak elok di atas meja bersebelahan katil.

Aku mengusap wajahnya yang tersenyum sahaja sambil dipeluk erat olehku.

"Abang minta maaf. Abang dah lukakan hati sayang. Abang terlalu ikutkan kata hati. Abang tak sanggup kalau sayang pergi jauh lagi dari abang. I miss you so much!" Aku memeluk erat gambar itu sambil ditemani dengan air mata yang mengalir di pipi.

Akhirnya aku pun tertidur kerana terlalu letih dengan segalanya.

.........

Kirana pov

Umur si Alisya sudah melangkau setahun. Dan bermakna perkahwinannya dengan Helmi turut menjadi setahun. Dia sangat bersyukur dengan apa yang dia rasai sekarang ini. Dia sangat bahagia. Perancangan Allah memang terbaik untuk hambaNya.

"Sayang hari ini kita nak bawa Alisya pergi mana?" Helmi yang sedang meyikat rambutnya itu menoleh seketika ke arahku.

Aku pula sedang menyediakan pakaian si Alisya. Anak dara seorang tu tak bangun lagi daripada tidur.

"Ikut abanglah. Tapi sayang kena beli barang dapur dulu. Kebanyakannya dah habis." Aku merungut.

"Ai ai puan!" Dah macam askar dah aku tengok suami aku tu.

ISTERI TAK DIJANGKAWhere stories live. Discover now