......."Ibu! Fattah dah balik!" Dari jauh, kelihatan ibu berlari ke arahku dengan berpakaian apron. Rajin sungguh orang tua ini.
"Fattah! Hari ini sepupu kamu nak datang. Itu yang ibu masak banyak ni!" Tatkala itu, ibu terus diam. Dia ralit melihat Raina. Aku faham keadaan itu.
Raina turut mendiamkan dirinya.
"Ibu, ini...." Pantas mulutku ditekup oleh ibu. Dia berjalan menghampiri Raina lantas mendakap tubuhnya. Aku tergamam. Raina turut terpinga pinga.
"Raina! Lama tak jumpa kamu. Maafkan ibu ya. Ibu turut salah sebab tak bagi kamu peluang!" Aku sebak melihat ibu yang menangis di bahu Raina. Raina turut mengalirkan air matanya.
Lantas dileraikan pelukan itu.
"Ibu, Raina yang salah sebab tak percaya Fattah. Raina tahu Fattah lelaki yang baik. Dia tak buat semua tu." Raina cuba menyembunyikan kesedihannya di sebalik tawa.
Ibu turut mengesat air matanya yang mengalir tanpa dipinta.
"Sekarang ni ibu restu kamu berdua. Dah jom kita masuk! Raina tolong ibu ye!" Aku tergelak.
Mereka berdua pun meninggalkan ku di ruang tamu lantas beredar ke dapur. Kerja perempuanlah katakan!
Aku pula bahagia.....!!!
......
Sinaran cahaya yang menembusi langsir bilikku menyebabkan aku terjaga dari tidur. Sungguh aku berasa badanku sangat penat. Kerana semalam aku asyik menangis sahaja. Fahamlah kan!!!
Aku melihat jam. Mataku terbeliak! Dah pukul 4.30 petang.
Aku melihat sekeliling. Mikail tiada! Aku termangu seketika. Dia tak kejut aku ke?
Aku pun bangun lalu mengemas katil serta menyapu sedikit sampah yang terdapat di dalam bilik tersebut supaya tidak kelihatan begitu berselerak. Aku menekan butang on di tv. Lalu, ia memaparkan cerita kesukaanku iaitu My Coffee Prince. Nasib baik dekat sini ada astro. Taklah kebosanan sangat kan?
Aku menarik bagasi aku serta Mikail untuk dikemas apa yang patut. Esok adalah hari terakhir kami di sini. Tanpa sedar sudah 5 hari kami meluangkan masa di Itali. Banyak tempat menarik yang sudah Mikail bawa aku bersama untuk berkunjung. Aku bersyukur!!
Tatkala itu, mataku tertancap ke arah sehelai kertas yang ditampal pada dinding berdekatan balkoni. Aku bangun dan berjalan ke arahnya. Aku pun membaca satu persatu apa yang ditulisnya.
Dear Sara,
Good morning dear! Mesti sayang terkejut baca nota ni. Abang nak minta sayang pakai dress yang abang belikan di KL malam ni. Tonight is our night! Abang nak celebrate dengan sayang! This night is a special day. Sayang kena pergi dekat satu kedai make up ni untuk dirias secantik mungkin. Tepat pukul 8 malam, sayang naik...And it wilk begin...
Sweet love...From ur husband ♡
Aku terpaku. Tiba tiba rasa degupan jantungku berdebar. Ya Allah! Apakah ini semua?
Aku tersenyum keseorangan. Mesti Mikail kacak kan? Eh! Apa kau ni? Melalut pula....
......
"Kirana please don't do this to me! Kenapa susah sangat you nak percaya apa yang I katakan!" Helmi rasa seperti hendak mahu menangis sahaja apabila Kirana memang tak mahukan dirinya.
"Helmi tolonglah jangan ganggu aku! ! Aku hanya mahukan Mikail saja. Dia saja cinta pertama aku!" Kirana merendahkan suaranya. Takut takut mak dia dengar.
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...