Sara pov
Aku melihat berkali-kali tawaran pekerjaan yang aku dapat di Melbourne. Aku ditawarkan untuk bekerja sebagai akauntan di salah sebuah bank di sana. Dan aku tahu ini sahaja peluang yang aku ada untuk merehatkan jiwa yang masih berduka lara.
Sara masih fikirkan tawaran it uke? Ibu menyapa pandanganku. Lama aku berfikir sebelum aku mengangguk dengan soalannya itu.
"Entahlah ibu. Sara memang nak pergi tapi Sara fikirkan Ain juga."
"Tapi kenapa kamu nak pergi? Kamu tak nak tinggal di sini?" Suara ibu sudah berubah. Aku rasa bersalah.
"Ibu jangan salah faham. Sara pergi sebab Sara nak lupakan apa yang telah berlaku atas diri Sara. Sara kalau boleh tak nak ada apa-apa dah dengan Mikail." Aku memegang tangan ibu.
"Sara ibu faham apa yang Sara rasa. Tapi hati ibu kuat mengatakan yang Mikail tu dah disihirkan oleh orang. Ibu tak rasa yang Mikail akan benci Sara tiba-tiba sedangkan dulu dia yang paling menyayangi kamu." Ibu masih berbalah.
Seketika aku berasa sebak. Andai betul apa yang ibu cakapkan, mungkin aku masih boleh beri dia peluang.
Tapi selepas apa yang dia sendiri buat dekat aku, aku dah rasa seperti tawar hati dengan dia. Walaupun sebenarnya hati ni masih mencintai dirinya itu.
"Ibu hati manusia kita tak boleh jangka. Mulut saja mengeluarkan kata-kata manis tapi hati kita tak tahu. Mungkin dia dah jumpa perempuan yang lebih layak daripada Sara. Sara reda. Cukuplah dengan adanya Ain masih lagi membuktikan yang Sara masih sayangkan dia. Kalau dia nak jumpa Ain, Sara tak akan halang." Aku masih berpegang dengan janjiku.
Ibu mengeluh.
"Takpelah. Ibu hanya mendoakan yang terbaik untuk kamu. Jaga diri dan cucu ibu." Ibu menarik kepalaku dan mencium dengan lama. Aku tahu ini adalah kali terakhir aku meluangkan masa bersama keluargaku. Semoga kebahagiaan membawa kau ke sana Sara.
.........
Mikail pov
Mataku tertancap ke arah jam dinding yang sudah menunjukkan tepat pukul 2 pagi. Namun mata ini masih tak boleh tutup disebabkan bayangan Sara yang terlayar di ingatanku.
Dari mula aku berkahwin, melalui fasa di mana dia lupa tentang aku, dan apabila kami mula melayari bahtera kebahagiaan perkahwinan kami.
Mataku terasa basah tiba-tiba. Aku pening. Kenapa aku rasa aku masih sayangkan dia sedangkan aku dah ada Liyana?
Aku bangun dan bersandar di kepala katil.
Mataku menjamah sekeliling bilik dan tertancap seketika di gambar perkahwinan kami. Wajahnya yang tersenyum seakan memberi sinaran di hatiku dan aku turut tersenyum.
Kenapa aku tak boleh benci kau Sara?
..........
Hazim pov
Aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Sara. Aku perlu bercerita kepada Sara tentang perkara sebenar. Dia perlu menolong suami dia kembali sebelum lebih teruk Mikail dikerjakan oleh kakak aku.
"Hazim nak pergi mana?" Terberhenti langkah aku seketika apabila mummy menyapa pandanganku.
"Erk...Hazim nak keluar sekejap. Jumpa kawan. Nanti Hazim balik." Aku berdalih.
"Apa yang Hazim pegang tu?" Aku tergamam. Aku tak mahu mummy tahu tentang kakak. Biarlah aku selesaikan dulu semua ni.
"Takde apa mummy. Hazim pergi dulu. Assalamualaikum!" Terus aku mencium pipi mummy sebelum berlalu pergi meninggalkan rumah.
"Pelik anak aku ni." Tengku Sharifah bermonolog dalam hatinya.
..........
Sara pov
Aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan Mikail. Aku rasa dia perlu membuat keputusan untuk melepaskan aku sebab aku memang dah tak mahu ada apa-apa dengan dia. Biarlah dia bahagia dengan Liyana.
Ibu dengan kakak hanya mampu menghantar aku pergi walaupun sebenarnya ibu tak mahu aku terburu-buru buat keputusan.
"Adik dah fikir habis ke?" Kakak menarik tubuh aku menghampirinya.
Aku mengangguk. Hati aku seperti batu.
"Memang akak tak suka dengan apa yang Mikail buat dekat adik. But you have to think about Ain. Dia kena ada ayah. Dan dia perlu tahu siapa ayah dia." Kakak aku berkata.
"Sara tak halang dia dari jumpa Ain. Yes, I know she deserves to know who is her father. Tapi hati Sara ni terlalu sakit untuk mengenangkan apa yang Mikail buat. As you know kakak, dia nyaris nak bunuh anak dia sendiri. Bapa jenis apa tu? Kalau dia sayangkan Sara dan Ain, dia takkan biarkan perempuan tu tendang Sara!" Aku menjerit. Terus jatuh terjelepok di atas lantai.
Tatkala itu, Ain yang berada dalam dukungan ibu terus teresak-esak menangis. Dia seperti tahu apa yang aku sedang alami sekarang.
Kakak menyambut tubuh aku. Aku menangis teresak-esak di bahunya. Ya Allah! Kenapa dugaan kau terlalu berat untukku? Adakah ini hikmah terhadap dosa yang pernah aku lakukan dulu?
"Adik, sudahlah. Ibu dan akak faham apa yang adik rasa. Just go and betulkan apa yang perlu. Kakak dan ibu tak halang." Aku memandang wajah ibu. Ternyata ibu juga sedang menahan tangisan sambil mendodoi anak aku.
Aku bangun dan menghampiri ibu yang sedang mendukung Ain. Ain sudah mula diam dan dia turut melihat aku.
Aku mencium dahinya dengan lama. Inilah satu-satunya kasih cinta aku bersama Mikail yang aku takkan siakan sampai bila-bila.
"Sara pergi dulu. Assalamualaikum." Aku melangkah masuk ke dalam kereta dan memandu pergi.
........
Mikail pov
"Sayang hari ni you lunch dengan I? Semalam you cakap sakit kepala. So today you have no reason untuk elak daripada I." Dia memeluk lenganku dengan manja. Aku hanya mengeluh.
Sejak kejadian haritu, aku asyik termimpikan Sara sahaja. Makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi pun tak basah.
Tuk!Tuk!Tuk
Pintu diketuk mematikan aktiviti Liyana yang sedang bermanja dengan aku.
"Erk...maaf bos. Ada orang nak jumpa dengan bos. Katanya urgent." Aku terpana.
Urgent? Siapa?
"Siapa tu Zack? Suruh dia masuk!" Liyana memotong percakapanku.
"Sila masuk puan." Tatkala itu, aku tergamam. Liyana turut terkejut.
Aku tak sangka bahawa Sara yang hendak berjumpa dengan aku. Adakah ini peluang aku untuk meminta maaf kepadanya?
Aku dapat melihat wajah Liyana yang sudah kemerahan menahan kemarahan.
Dia memang tak sukakan Sara.
Aku lihat Sara berjalan sedikit depan. Tapi mataku masih tak boleh lari dari melihat perutnya yang sudah kempis membuatkan aku tertanya-tanya di manakah anaknya itu?
Liyana menghampiri Sara untuk mencari pasal dengan gadis itu. Namun.....
# sorry short chapter...after this ada lagi saja nak buat suspen....
TBC
YOU ARE READING
ISTERI TAK DIJANGKA
RomanceMaisara Hanim, bergelar isteri kepada seorang lelaki korporat terkenal, Tengku Mikail Isyraf yang tanpa dijangka. Dipaksa untuk berkahwin dengan lelaki tersebut walaupun lelaki ini pernah meninggalkan titik hitam dalam hidupnya kerana ingin menutup...