Raf pov.
Pagi pagi lagi Ara dah masuk dalam kotak fikiranku..
"Fikir apa bro?" Zack menolak bahuku sedikit, aku tersedar dari lamunan. "Tengah fikir nak makan siapa ke?" Zack menduga sambil tersengih.
"Isy! Kau ni." Aku menggelengkan kepala. "Hanna ajak jumpa.. dia dah bawakan kau makanan, kau free tak esok?" Soal Zack, tergelak aku dibuatnya. Dah bawakan aku makanan konon.
"Lauk sedap ke?" Soalku sambil tersengih. "Boleh lah.. asalkan ada." Zack ketawa sendirian. Entah apa yang lucu sangat.
__________________
Ara pov.
Aku duduk menghadap tv dari pagi sehingga sekarang. Lifeless.
Memandang jam di dinding, 4.40pm. Boleh tahan membosankan juga Malaysia ni.
"Ara! Raf datang ni." Mama melaung memanggil namaku dari bawah.
Aduh! Dia ni, yang datang sini hari aku malas tu kenapa? "Malas." Balasku, entah mama dengar ke tidak.
"Hi sayang!" Raf terpacul dihadapan muka pintu. Cepat cepat aku mengubah posisi tidur dengan kepala dibawah dan kaki diatas kembali kepada duduk seperti seorang manusia.
Raf tersengih..tangannya mengunci pintu. Perlahan lahan dia mengatur langkah ke arahku.
"Apa?" Soalku ketika dia melabuhkan punggung disebelah. "Takde apa.. rindu bakal isteri." Raf memaut lembut pinggangku.
"Saya masih tak faham. Kenapa kita nak kahwin?" Soalku sambil memandang ke arahnya. "Sebab ni." Balas Raf, mendekatkan wajahnya denganku. Jantungku berdegup kencang ketika merenung matanya. Aku berdehem sebelum menolak dadanya.
"Kita boleh buat macam tu tanpa berkahwin juga." Aku tersenyum sumbing. Mengawal diri dari menunjukkan yang aku sedang gementar. "Untuk our parents juga?" Raf memberikan jawapan yang dia sendiri tidak yakin.
"Lagi?" Soalku lagi.. ingin mencari sebab... "sebab anak anak kita mesti kacak dan cantik." Bisiknya lagi. Aku terlepas sengihan..
Tak... aku tak jatuh hati padanya, aku melayannya dengan baik kerana dia adalah anak kepada auntie Hanis. Kot?
Raf membukakan mulutnya untuk berkata sesuatu... "Ara, ajak Raf turun!" Mama laung dari bawah. Tersentak kami dibuatnya.
"Ala. Tak sempat cakap apa apa lagi." Raf merengek. "Mengada ngada." Aku lantas bangun dari situ diikutinya.
Kami berjalan beriringan ke meja makan. Mama sudah pun siap menghidangkan makanan diatas meja. Spaghetti meatball. "Raf dengan Ara pilih warna apa?" Soal mama sambil menyuap meatball ke dalam mulutnya.
"Raf ikut Ara je.." Raf memandangku. Aku menggaru kepala yang tidak gatal. "Ara... ikut mama je." Balasku pula, agak kekok. "Isy! Kamu berdua ni. Kamu yang nak kahwin.. apa pula ikut mama?" Mama mengerling kearahku.
____________________
Atas desakkan mama.. aku dan Raf kini sedang mencari baju pengantin untuk kami.
"Umur berapa ni? Macam muda lagi je?" Soal pereka fashion yang bekerja di butik pengantin itu. "Does it even matter?" Soal Raf kembali sambil mengenakan cermin mata hitamnya. Lengannya memaut erat pinggangku.
"Okay... so, baby blue? Sesuai dengan both of you." Dia tersenyum sebelum kembali ke mejanya.
"Rafael!" Aku terdengar satu suara. Rafael? Raf dan aku menoleh ke belakang untuk melihat siapakah gerangan yang memanggil namanya.
Perempuan yang nampak seperti ingin memakan kami berdua berjalan ke arah sini. "Shit." Gumam Raf sebelum melepaskan lilitan lengannya pada pinggangku.
"Siapa ni? Dan kenapa you kat sini?!" Tempik perempuan tersebut sambil menuding jari kearahku. "Boleh kita sembang baik baik tak?" Raf memegang bahu perempuan tersebut. "You promised nak kahwin dengan I!" Teriak perempuan tersebut. Aku memandang sekeliling... mesti diorang sangka aku perampas.
Haih. Memalukan..
Raf membawa gadis itu keluar dari sini. Aku memandang pereka fashion itu dengan pandangan kosong. "You bincang dengan dia je lah." Kataku, laju sahaja kaki ni berjalan keluar dari butik pengantin. "Ara!" Jerit Raf..
Langkahku terhenti.. tapi aku masih tidak memandang ke arahnya. "Tu ex I.. biasa lah, perempuan.. susah nak move on." Raf memegang bahuku lembut.
Ceh! Ayat taknak kalah.
Awak cuba mainkan saya ke Rafael? "Sure you tak curang?" Soalku sambil menundukkan kepala, "I swear.. saya takkan curang." Raf menarik tanganku sebelum aku mengangkat kepala untuk memandang wajah penipu dihadapanku.
Tak payah nak swear sangat la suir...

ANDA SEDANG MEMBACA
Sayang Sangat ✔
RomanceDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx