Ara pov.
Tepat pukul 9.. aku berada dikolej. Mama menghantarku sehingga didepan pintu seperti aku baru sahaja masuk darjah satu.
Aku mengetuk pintu.. "dah sampai pun.. masuk lah." Lecturer yang agak muda didalam kelas tersenyum, mungkin hanya lima tahun tua dari aku.. aku perlahan lahan melangkah masuk ke dalam kelas dengan jantung yang berdegup kencang. Gementar.
Mataku menangkap Raf yang sedang memaut pinggang seorang gadis disebelahnya.
Jantungku bertambah kencang degupannya. Apa ni! Aku sendiri tahu yang dia ni playboy.. kenapa nak terkejut? Mungkin sebab dia suami aku. Suami yang berikan aku perhatian dirumah. Aku mengetap bibir dan memejamkan mata.
_________________________
Raf pov.
Shika menolak Zack untuk duduk disebelahku. "Sorry. Hari ni.. dia milik aku." Shika menepuk dadaku sambil tersengih. Kasihan Zack, terpaksa duduk seorang diri dibelakang. Nasib baik ada Sya yang menemani.
Shika menyentuh pehaku.. aku hanya membalas dengan memaut pinggangnya. "Wah! Ni ke pelajar tu?!" Terdengar suara Zack dibelakang.. aku masih sibuk menaip mesej.
"Hi, assalamualaikum." Sapa satu suara dihadapan. Agak familiar. Aku mengangkat kepala untuk memandangnya... tersentak aku dibuatnya. Ara?! Cepat cepat aku melepaskan pinggang Shika. Shika menjelingku sekilas.
Shika bertanya sesuatu.. tetapi aku tidak dapat memberi perhatian. Aku berpeluh kesejukan disini. Mati lah aku apa nak jawab dengan papa dan mama nanti.
"Hi, waalaikumsalam.." jawab hampir semua students. Encik Azril berbual dengan Ara dihadapan, membiarkan kami semua menjadi penonton.
Zack mengangkat tangan. "Saya ada soalan!" Suara Zack. Ara memandang mataku sebelum memandang ke arah Zack. Habis lah... nanti Ara bagitahu mama macam mana?
"Single or..." Zack menggaru kepala. "Kenapa?" Soal Ara kembali. Zack terdiam.. mungkin sentap. "Look. Since tak ada cincin di jari manis, maksudnya saya tak ada sesiapa. So.. you're welcome to change that." Ara tersengih, nakal. Dia sembunyikan cincin kahwin kami ke? Budak ni.....
Boleh tahan juga Ara ni... tapi, hm.. mati ke aku balik kejap lagi?
Soalan soalan bodoh keluar dari mulut pelajar lelaki tanpa henti. Rimas pula aku dengar soalan dan jawapan Ara yang cheesy tu.
"Okay. Ara boleh duduk diantara Sya dan Zack." Encik Azril menunjuk tempat tepat dibelakang Shika.
Ara perlahan lahan berjalan dibelakangku.
_____________________
Ara pov.
Sempat aku menjeling ke arah Raf dan perempuan yang berada disebelahnya. Aku mengambil tempat duduk ditengah Zack dan Sya.
"Hi.." Sya menegur. Aku memberinya senyuman. "Hi." Balasku. "Dah lama dekat Malaysia?" Soal Sya. "Tak ada lah lama sangat. Tak sampai sebulan lagi." Jawabku sambil tersengih.
"Awak tinggal kat mana?" Soal Zack pula. Eh.. dia ni lah yang tanya aku single ke tak tu. "Kenapa saya kena bagitau awak pula?" Soalku kembali. "Tadi awak pelawa saya untuk ubah status awak kan. Nak pergi merisik lah.. apa lagi." Jawab Zack, bersahaja. Aku tersengih tanpa membalas jawapannya.
"Sayang. Hari ni I dapat lagi tak?" Soal perempuan dihadapanku kepada Raf. Terasa seperti telinga keluar asap... Raf berdehem sambil menjeling ke arahku..... "apa yang awak merepek ni...." Raf menolak tangan gadis disebelahnya dari menyentuh pehanya.
Ingat aku kisah sangat ke?
.......mestilah aku kisah! Sebab kau tu suami aku.. suami yang sah. Kalau kau tu boyfriend, tak ada masalah.
Kelas dah tamat. Aku cepat cepat bangun dari tempat duduk.. "Ara.." Raf mengetuk meja dihadapanku menggunakan jarinya.
Aku berpura pura tidak mendengar. "Apa ni kacau awek aku?" Zack menepis tangan Raf sambil tersengih.
"Jangan lah kacau Ara. Kau kan dah ada Shika, cukup lah." Kata Zack sambil memegang kedua dua bahu Raf. "Ish! Kau ni.. mulut!" Marah Raf.
"Okie dokie.. sorry." Zack ketawa kecil. "Ara drive sendiri ke?" Soal Sya. Aku menggeleng. "Nak aku tumpangkan?" Soal Sya lagi. "Tak apa.. papa yang jemput." Aku tersenyum.
Sya menghulurkan iPhone miliknya kepadaku. "Bagi aku ke apa?" Usikku sambil menyimpan ke dalam bag. Sya ketawa, "save nombor kau. Nanti senang nak contact." Sya tersengih. Aku menekan nombor telefonku dan memberikan kepadanya.
"Jumpa kau esok okay?" Sya tersenyum. "Alright." Aku membalas senyumannya. "Saya...?" Zack memberiku iPhonenya pula. Aku menekan nombor 999 lalu menghulurkan kepadanya.
"Lah... mudah je nombor awak ni. Nanti saya call awak eh?" Soal Zack sebelum aku melangkah keluar dari kelas. "Weh dia bagi nombor dia ke?" Soalan terkeluar daripada mulut Raf.. belum sempat aku mendengar jawapan dari mulut Zack, aku sudah pun jauh dihadapan.
Aku bermain game ditelefon sementara menunggu papa. "Hi awak transfer student kan?" Tegur satu suara. Aku tidak menoleh... kerana terlalu fokus. "Hi." Jawabku. "Nak duduk kat sini boleh?" Soalnya. "Duduk lah. Bukan saya punya kerusi sampai nak minta kebenaran." Jawabku sebelum tersengih dan memandang keatas untuk melihat sepasang mata berwarna coklat gelap, tinggi lampai.
"Umur berapa?" Soalnya sebelum mengambil tempat duduk disebelahku. "19.. awak?" Soalku kembali. "Oh. Junior saya lah ni. Saya dah 21." Balasnya sambil tersenyum.
"Saya nampak awak awal tadi... waktu your mom bawakan bag." Dia tergelak kecil. Terus panas muka aku dibuatnya. "Yeke?! Kenapa awak tengok!" Marahku, menahan malu.
"Tak apa.. comel je awak. Ingatkan baru 12 tahun tadi.." Dia tersengih. "Oh.. by the way.. nama saya Adrian." Dia mula memperkenalkan diri.. "panggil Ad atau abang. Sebab saya lagi tua." Katanya sambil tersengih.
"Awak Ara.. kan?" Soalnya.. aku memandang tepat ke arahnya. "Mana tahu?" Soalku sambil memandang sekeliling. Aku menangkap sesusuk tubuh yang memerhatiku dari jauh. Rafael.
"Selalunya orang orang kat sini memang laju sikit sebar berita." Katanya sambil mencuit hidungku. Aku tersengih sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Yang dia ni gatal sangat cuit hidung aku kenapa?!
Nanti mesti Raf ada point untuk salahkan aku balik.
Kereta Audi berhenti dihadapan kami. "Your... car?" Soal Ad.. aku tidak mengangguk, tetapi tidak menggeleng juga. Tingkap kereta dibuka, papa tersenyum memandangku."Papa!" Aku terjerit kecil. "Oh...kay. papa awak dah sampai, saya pergi dulu." Kata Ad.. belum sempat aku berkata apa apa, dia sudah pun berlalu pergi.
"Siapa tu? Kawan Ara ke?" Soal papa sambil membuka pintu kereta. Aku menggeleng. Papa keluar dari tempat duduknya untuk aku memandu.
"Papa belikan untuk Ara? Soalku teruja. "Terima kasih!" Aku terjerit didalam kereta. Papa tak henti henti ketawa.
"Ara suka tak?" "Suka lah!"
![](https://img.wattpad.com/cover/75264173-288-k589378.jpg)
YOU ARE READING
Sayang Sangat ✔
RomanceDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx