bab20

90.9K 1K 45
                                        

Ara pov.

Malam ini malam yang dikatakan Sya dan Zack. Pelajar semua diwajibkan membawa pasangan. Kalau tak ada pasangan, kena cari mamat nerd yang tak ada partner lah jawabnya.

Aku ke rumah Sya sebelum bergerak ke kolej. Aku sudah pun meminta izin terlebih dahulu daripada Raf...

"Cantik tak aku?!" Soal Sya sambil memandangku. Aku tertawa kecil. "Cantik! Sya pakai apa pun cantik." Aku memuji berserta senyuman dibibir.

________________

Aku memandu ke kolej. Dari jauh dah boleh nampak kilauan lampu disitu.

Sya dan aku turun dari kereta sebelum masuk ke dewan besar dimana para pelajar berkumpul disitu. Sya memegang tanganku. "Ratu kena pegang raja." Bisik Sya sambil tersengih. "Kau ingat aku raja kau ke?" Kami tertawa. "Ara!" Satu suara memanggil.

"Wow. Sama sama hitam. Cute." Sya mengusik. Aku menoleh ke belakang untuk melihat Adrian. Ad merapati aku.

Aku tersenyum melihatnya.. "you look pretty amazing in this kind of dress." Bisiknya sambil tersenyum. "I——I'm sorry for-" "tak apa. Saya dah lupakan pun. Tak salahkan kita berkawan?" Soalnya... sambil tersenyum.

Sungguh aku merasa serba salah. "Sembang nanti. Saya busy. Cuma datang sini untuk puji awak cantik je." Ad tertawa kecil sambil berlalu pergi.

Encik Kamal membuat jenaka diatas pentas. Mataku terjatuh pada sesusuk tubuh yang sedang dipeluk oleh seorang perempuan. Dia membalasnya dengan mengusap pipi perempuan tersebut dengan ibu jarinya. Jantungku berdegup kencang. Raf..

Majlis tari menari pun bermula... mood ku tiba tiba hilang. "Siapa yang tak ada partner. Sila naik ke atas pentas." Kata Encik Hashim. "Mati lah kena berpasangan dengan orang nerd." Sya tertawa nervous.

"Hi. Sorang je ke si cantik?" Soal Zack kepada Sya. "Weh! Kau ke?!" Zack terjerit selepas memandang Sya. Aku tertawa melihat mereka walaupun hati sedang berduka.

"Jom lah. Kau jadi partner aku." Zack memaksa. "Taknak lah aku dengan kau." Sya mencebik. "Baik kau pilih Zack dari kau kena cari mamat nerd. Zack tak ada lah nerd sangat. Boleh boleh je dia." Usikku. Sya tertawa diikuti Zack.

"Mana Ad?" Soal Zack. "Entah. Bukan partner saya." Aku mengecilkan mata.

"Raf mana? Aku tak nampak dia dari tadi." Kata Sya sambil memandang sekeliling. "Macam biasa lah dia tu." Zack mengangkat bahunya. "Hi. Ara dah ada partner ke?" Suara Ad dibelakang.

Aku menggeleng. "Bagus lah. Jadi partner saya. Saya pun single ni." Ad tertawa kecil. "Kuat betul jodoh engkorang eh. Baru je cakap pasal kau, tiba tiba dah datang." Zack berseloroh.

Aku memandang Raf yang sedang menjeling kearahku. Tangannya melilit pinggang gadis disebelahnya.

Aku berpaling kearah lain. Sakit. "Hi. Nak tukar partner boleh?" Raf mendekati kami. "Tukar dengan?" Zack memandang kami..

"Ara." Jawabnya sambil tersenyum. "Taknak." Balasku. Wajah Raf berubah. "Tukar!" Satu perintah dari Raf. "Taknak!" Suaraku semakin meninggi. Air mata hampir terjatuh, aku tetap bertahan.

Raf memegang tanganku, aku merentap kuat tangannya. "Weh! Raf.. apa ni?!" Zack terkejut dengan perbuatan Raf. "Kau diam!" Raf menengking.

"Hormat lah sikit!" Tempik Adrian. "Kau boleh pergi mampus." Raf menarik tanganku keluar dari tempat yang bising.

"Dah ada Ad, awak ingat awak boleh buat apa je?!" Raf menengking. "Jangan babitkan dia!" Suaraku meninggi. Raf tersenyum sinis.

"Saya nampak awak buat apa dengan perempuan tu!" Aku menumbuk dadanya. Air mata jatuh bercucuran. Raf memandangku.. "sayang.." panggilnya, cuba untuk menahan tanganku dari menumbuknya.

Raf menelan liur. "Saya benci awak." Kataku, cuba untuk melangkah pergi.. Raf menarik tanganku.

"A...abang minta maaf." "Lepas!" Aku menjerit sambil merentap tanganku lagi.

Aku berlari masuk ke dalam kereta. "Sayang! Saya arahkan awak buka pintu ni!" Raf menengkingku dari luar kereta. Aku menghidupkan enjin. "Ceraikan saya!" Jeritku, laju sahaja kaki ni menekan minyak.. aku hanya memandu, tidak tahu kemana untuk aku tuju. Yang aku tahu, aku cuma bergerak..

Aku memandang cermin, lampu kereta berkelip. Raf.. Raf mengekoriku.

Aku menyeka air mataku... aku benci Raf! Aku sepatutnya tahu... bahagia yang aku nikmati tidak akan lama.

Telefon berdering. Aku meraba telefon didalam handbag.. skrin telefon terpampang nama Raf. Aku menekan decline.

Aku tersendu... dan aku semakin lali... mataku hampir terpejam. Aku bencikan Raf....

*BANGG!!!*

Aku cuba mengangkat kepala yang semakin berat, aku memegang kepalaku yang dipenuhi cecair pekat. Aku tertumpahkan ink ke?

Lampu lampu yang bercahaya disitu semakin malap.. dan segalanya kabur... "Ara!" Satu jeritan... aku amat mengenali suara tersebut.. "sayang!"

Raf.

Sayang Sangat ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang