Ara pov.
Aku memimpin Raf masuk ke dalam kereta selepas memasukkan bag pakaiannya di tempat duduk belakang.
Raf memeriksa keretaku.. "patut lah sayang taknak naik dengan abang... ye lah, kereta dia kan cantik." Raf melihat sekeliling.
Hadiah yang diberi Zack tidak terusik diambil Raf. "Ni hadiah Zack kan?" Soal Raf, aku sekadar mengangguk.
"Kenapa tak buka?" "Sebab bukan dari suami saya.." balasku sambil tersengih. "Alaaa comelnya sayang saya ni." Raf tertawa kecil sambil mengoyakkan kertas hadiah yang dibalut Zack..
"Kalau awak pakai esok.. maknanya awak dah jadi tunang saya. P/s: pakai lah please!!!" Raf membaca sambil menarik muka.
Sesekali aku menjeling ke arahnya.. "sabar jap Zack ni..." Raf menyimpan hadiah yang diberi Zack ke dalam kocek seluarnya.
"Untung lah.. ada orang bagi hadiah, saya sebagai suami pun tak bagi apa apa." Raf menarik muncung.
"Apa pula awak tak bagi? Habis tu dalam perut ni apa?" Usikku.. Raf tertawa..
Masuk ke dalam rumah, aku memimpin Raf untuk naik ke bilik. "Saya boleh buat sendiri lah sayang." Kata Raf sambil melangkah perlahan lahan.
"Biar lah saya nak buat juga." Aku tetap memegang Raf.. "kalau rindu... cakap." Raf merangkul pinggangku. "Rindu lah juga.. sikit." Balasku. Raf mencebik..
"Yelaaa.. dia kan dah ada Za..-" "apa?" Marahku sambil merenungnya tajam. Raf menutup pintu bilik.
"Rindu sayang saya.." kata Raf sambil merebahkan badan diatas katil.
"Yeke rindu..." aku mengangkat kening sambil merapatinya. "Sangat!" Raf tersengih. Tanganku ditarik untuk merapatinya..
Aku melabuhkan punggung disisinya.. "saya lapar.." bisik Raf sambil merenung mataku. "Awak nak makan apa? Saya masakkan."
_______________________
Aku memeluk Raf dari tepi.. "Raf..." panggilku. Diam. Mungkin sudah tidur.
"Saya sayang awak." Bisikku sambil mengucup pipinya.
Aku terbersin beberapa kali. Hidung mula berair..
Aku menjauhi Raf sedikit.. tidak mahu dia dijangkiti selsemaku.
Aku membalut tubuhku menggunakan selimut yang baru..
Raf pov.
Aku meraba disebelah... takut kalau Ara tinggalkan aku lagi. Ara ke ni? Kenapa dia bungkus diri ni? Dah macam ulat beluncas.
Aku membuka mata untuk memandangnya yang sedang berbungkus.. "sayang.." panggilku sambil menjeling jam didinding.
6:45am. "Subuh sekali.." kataku sambil menepuk selimut dibadannya. Ara merengek, bibirnya sedikit menggigil..
"Sayang?" Aku mengusap pipinya perlahan. Panas.. aku menyentuh leher dan dahinya.
Ya Allah. Panasnya.. aku mengambil tongkat dibawah katil.. berjalan ke arah almari..
Aku mengambil tuala kecil dan menuju ke dalam bilik air. Aku membasahkan tuala dan terus berjalan laju ke arah Ara yang sedang terbaring.
Aku melabuhkan punggung disisinya.. tuala yang lembab aku letakkan diatas dahi Ara.
"Kesiannya.. isteri abang demam." Aku menolak rambut hadapannya ke belakang.
Aku mendail nombor mama.. beberapa beep kemudian.. "assalamualaikum." Aku memberi salam. "Walaikumsalam. Awalnya Raf bangun. Raf okay tak?" Soal mama. "Raf okay.. tapi Ara tak okay. Dia tak sihat. Mama datang sini boleh tak?" Soalku sambil memandang Ara.
Bukan aku taknak menjaga Ara, tapi aku tak mampu.. dengan keadaan aku yang macam ni. Macam mana nak jaga isteri?
"Kejap.. kejap lagi mama sampai." Balas mama. "Okay. Assalamualaikum." Kataku sebelum mematikan panggilan.
Pintu diketuk beberapa kali. Ara membuka matanya.. sambil meraba dahinya.. Ara memandangku tak berpuas hati sambil bersin. Aku tertawa kecil.. cepat cepat aku menggigit bibir, taknak Ara kecil hati pula dengar aku ketawa selepas mendengar bersinnya yang comel itu.
"Siapa datang tu?" Soal Ara sambil bangun dari katil. Oh! Terlupa pula.. "mama kot." Balasku sambil menarik tangannya kembali ke katil.
"Saya bukakan.." kataku sambil menarik tongkat disebelah. "Awak tu sakit!" Marah Ara sambil berjalan pergi meninggalkan aku.
Garang betul dia ni bila demam.
Ara pov.
Aku membuka pintu.. kepalaku terasa bagai nak meletup. Mama Hanis memandangku. "Ara tak sihat ke?" Soal mama. Aku mengedipkan mata beberapa kali. "Selsema je mama." Balasku sambil bersalaman dan mencium tangan mama.
"Masuk lah dulu." Kataku sambil menutup pintu selepas mama sudah pun masuk ke dalam rumah.
"Raf ada kat atas." Kataku sambil melangkah naik diikuti mama. "Mama datang nak tengok Ara lah." Kata mama sambil memegang dahiku. "Eh.. bukan Ara yang sakit." Kataku sambil membukakan pintu bilik.
Raf memandangku dan mama silih berganti.
"Raf call mama tadi.. cakap kamu demam. Ni mama pegang, panas." Kata mama sambil memandangku..
"Ara demam selsema je lah.." balasku sambil menarik tisu diatas meja untuk mengesat hidung.
"Tapi panas ni." Mama memegang dahiku sekali lagi. "Tak apa.. Ara makan ubat kejap lagi, sihat lah ni." Jawabku sambil menyumbat tisu ke dalam hidung.
"Ara rehat lah.. mama buatkan sup ayam." Kata mama sambil memimpin tanganku untuk baring diatas katil.
Aku hanya menurutinya sahaja. Mama berlalu pergi dari situ. Raf merehatkan dagunya pada bahuku. Pipiku dikucup..
"Kesiannya dia... demam." Pipiku dikucup tanpa henti. Aku menoleh kearahnya.. bibirnya tersentuh bibirku.
"Yang awak bagitahu mama kenapa? Saya boleh jaga diri lah.." aku mencebik. "Awak tak boleh.. awak demam. Menggigil abang tengok awak tadi. Risau tahu tak.." Raf merenungku tajam.
Aku terdiam seketika.. "terima kasih sebab letakkan tuala kecik atas dahi saya." Aku tersengih sambil memeluk lengannya.
Raf memandangku.. tisu didalam hidungku ditarik Raf. "Menganggu." Kata Raf. Aku meletuskan tawa sambil menyumbat tisu lain pula...
YOU ARE READING
Sayang Sangat ✔
RomanceDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx