Ara pov
Selesai menyediakan sarapan.. aku bergerak masuk ke dalam bilik..
Raf seperti sedang menekan sesuatu... menggunakan telefon aku. Tapi, mana ada rahsia apa pun... buat apa nak takut.
"Abang, turun.." panggilku sambil memandangnya.. Raf sekadar mengangguk.
Aku menuruni anak tangga diikuti Raf.. "malam ni abang nak keluar kejap." Kata Raf sambil menarik kerusi untukku.
"Nak pergi mana?" Soalku sambil melabuhkan punggung. "Nak jumpa kawan." Raf tersenyum.
Kawan? Lelaki ke perempuan?! "Okay.." balasku sambil memandangnya.
"Kawan lelaki. Jangan risau." Raf tertawa kecil. Macam mana dia tahu aku tertanya tanya ni?!
"Saya boleh baca fikiran awak. Dah dah, jangan fikir banyak sangat." Tambahnya lagi. Aku mengedipkan mata beberapa kali. Dia tahu lagi! Dia betul betul boleh baca fikiran aku ke?
_______________________
Aku melangkah keluar dari kereta diikuti Raf, aku menoleh ke arahnya.
"Awak masuk sekali tau! Tak payah melencong ke tempat lain." Aku memandangnya tajam. Raf ketawa.
"Ye.. saya dekat belakang awak ni, sayang." Balasnya.. aku tersenyum sambil membukakan pintu diikuti Raf.
Tanpa memandang sesiapa, aku terus bergerak ke arah Sya yang sedang meletakkan kepalanya diatas meja a.k.a tidur.
"Engkorang datang sekali ke macam mana?" Soal Zack sambil memandangku dan Raf.
"Kalau datang sekali pun apa salahnya.. kan sayang kan?" Raf tersengih. "Apa ni panggil awek aku sayang?" Zack memandang Raf tajam. "Ye ye je awek kau." Raf ketawa.
"Eh! Dah datang rupanya. Sorry, aku tak sihat sikit." Sya memegang hidungnya yang berair. "Kesiannya. Nah!" Raf menghulurkan Sya tisu.
"Baiknya kau Raf... rasa macam dah fall in love." Sya tersengih sambil mengesat hidungnya menggunakan tisu sebelum menyumbat tisu ke dalam lubang hidungnya.
"Bodoh je kau Raf. Dah macam apa je aku tengok si Sya ni." Zack ketawa terbahak bahak melihat tisu didalam lubang hidung Sya.
"Alaa, biarlah." Sya mencebik. "Tak makan ubat ke?" Soalku sambil menyentuh dahi Sya yang panas. "Panas lah. Tak payah datang pun tak apa." Kata aku sambil memandangnya.
"Sayangnya korang dekat aku. Terharu..." Sya berpura pura menangis. "Aku bagi kang dia ni." Kata Zack sambil ketawa.
Mrs Lin masuk ke dalam kelas, pada masa yang sama telefonku bergetar. Aku memandang skrin yang menyala. Adrian..
Aku membuka texts dari Ad.
Adrian:
- Tahu awak bencikan saya.. tapi, perlu ke menipu sampai macam ni?
- Saya nak jumpa awak lepas kelas. Please?
- Saya rindukan awak 😔
- Saya nak awak!
- Raf tak layak dapat awak. Awak layak dapat lebih dari dia.
- Saya nak jumpa awak sangat! Please... I'm begging you. Saya buat apa je.. please Ara.Dah kenapa dia ni.. menakutkan. Aku scroll texts diatas. What the fu....ck. Bila aku hantar ni semua?!
Raf.. aku memandang Raf sebelum memandang skrin telefonku kembali.
Adrian:
- Awak mengandung? Serious?
- Tolong cakap yang Raf bergurau....Me:
- Aah mengandung
- Dah, jangan ganggu saya lagi. Saya sayangkan Raf, bukannya awak.Raf, Raf.. aku menggelengkan kepala sendirian.
Aku mengetuk kerusi Raf dihadapanku beberapa kali sebelum Raf menoleh ke belakang untuk memandangku.
"Ad nak jumpa.." bisikku, perlahan. Entah Raf dengan ke tak. Raf sekadar menggeleng. "Awak dengar tak?" Soalku, Raf terdiam.
Ala bencinya.
Mrs Lin keluar dari kelas.. cepat cepat aku mengemas barang diatas meja.. "Ara, abang kau datang tu." Sya menunjuk ke arah pintu.
Raf dan aku menoleh ke arah pintu. Aku memandang Raf. Raf memandangku kembali. "Saya ikut." Aku mengeluh perlahan.
Raf mengambil bag aku ketika aku sedang berjalan ke arah Ad. Tangan Ad laju menarik tanganku.
"No touching." Kata Raf dibelakang. Tanganku dilepaskan.. aku menyembunyikan tangan dibelakang.
"Can I see you without him?" Soal Ad sambil memandang Raf. "Aku suami dia. So, nope." Raf menyandarkan badannya didinding.
"Never mind, maybe next time." Sempat Adrian mencuit daguku sebelum berlalu pergi.
"Gila agaknya.." Raf menyentuh daguku ditempat Ad mencuit sebentar tadi.
"Oi... public." Tegur satu suara, Zack. Sya dan Zack saling berpandangan...
"Aku dah agak diorang ni mesti ada something.." Sya menjeling ke arah kami sambil tersengih. "Love bite tu. Hasil kerja sesama sendiri lah kan?" Sya mengusik membuatkan pipiku menjadi panas.
"Bagus lah dah tahu. Takde lagi Zack nak ganggu isteri aku." Raf tertawa kecil. Wajah Zack berubah warna.
"Serious lah? Selama ni aku ganggu isteri kau? Ya Allah jahilnya aku sebagai seorang sahabat!" Entah drama apa yang Zack sedang lakonkan. Kami bertiga ketawa...
"Ye lah. Kau cakap nak buat apa apa pada dia lah apa lah... aku sabar je tak tumbuk kau tau." Wajah Zack bertambah merah..
"Ara tahu ke?" Soal Zack sambil memandangku. Aku mengangguk, "Ya Allah... bertambah malunya!" Zack menekup muka.
"Gatal eh kau nak kacau bini orang!" Sya mencubit lengan Zack diikuti ketawa kami.
YOU ARE READING
Sayang Sangat ✔
Roman d'amourDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx