bab46

48.4K 850 34
                                    

Ara pov.

"Err.. aku pergi dulu lah kalau macam ni." Haris menggaru kepalanya. Aku mengangguk.

"Saya nak lawat kawan sa-" "jangan tinggalkan saya lagi." Raf memegang tanganku erat. Aku memandangnya sambil tersenyum..

"Takkan." Gumamku sambil memegang tangannya lebih erat. "Saya pergi dengan isteri saya je lah.." Raf memberitahu nurse yang masih menunggu. Nurse mengangguk sambil melangkah pergi.

"Awak nak ke mana?" Soalku.. "ada kawan nak jumpa. Dia taknak jumpa di bilik.. tapi dah alang alang awak ada sekali..." Raf tersenyum.

Aku memimpinnya kembali ke kerusi roda. Aku menolak Raf keluar untuk ke taman disekitar sini..

"Tu.." Raf menunjuk ke arah seorang wanita mengandung yang mengenakan selendang dikepalanya.

Hatiku berdegup kencang. Apa pula kali ni? Perempuan ni.. Rina, kan?!

"Apa ni Raf? Taknak lah." Aku berhenti menolaknya. "Sayang.. trust me." Raf memegang tanganku. Aku menelan liur..

Satu lagi drama akan berlaku dihospital?

Kami menghampirinya.. dia menoleh ke arah kami. Matanya jatuh pada Raf dan kemudian baru lah memandangku..

Dia tersenyum memandangku.. dadaku berombak. Apa rancangan mereka ni? Nak jadikan Rina madu aku ke?

Mataku berkaca.. taknak! "Raf.. you nampak teruk." Rina membelek wajah Raf..

"Impak yang besar dari Ara." Raf tertawa kecil. "Lucky girl." Rina tersengih.. Raf memandangku.

"First of all.. I nak minta maaf dekat you." Rina merapatiku.. aku menelan liur.

"Ini bukan Raf punya.. ini Ad punya." Mataku terbuntang luas.. Ad?!

Aku mengerutkan dahi, macam mana lelaki sebaik Ad boleh er... "Ad cakap dia tak mampu nak bertanggungjawab. So, dia nak tolong I dapatkan Raf sebab I dengan Raf pun pernah er.. you know." Rina tergaru garu kepalanya. Aku sekadar mengangguk.

"So.. dia buat rancangan.. rancangan dia nak tipu Raf supaya Raf akan berkahwin dengan I dan ceraikan you." Rina masih memandangku.

"Ad cakap I perlukan lelaki yang baik, bukan macam dia.. sebab tu I setuju walaupun macam tak kena.. sebab Ad adalah bapa kepada baby ni.. tapi nak buat macam mana, I taknak malu.." Air mata ditubir matanya ditahan.

"Gambar tu.. memang lah I yang ambil, tapi.. hm, I minta maaf. I baru sedar yang sebenarnya Ad mahukan you.. bukannya Ad nak tolong I dapatkan Raf. Ad cuma nak hancurkan hubungan you je.." Rina mengenggam tanganku erat.

"Apa pun yang terjadi... korang jangan putus asa, jangan tinggalkan satu sama lain. You tengok Raf, tengok betapa teruknya dia.. I tak pernah tengok dia seteruk ni." Rina membisik. Mataku jatuh pada Raf yang sedang memandang kami.

Derhakanya aku sebagai seorang isteri meninggalkan suami hanya kerana salah faham. Aku patut percayakan Raf..

"Pasal gambar tu.. it's nothing pun." Tambah Rina lagi. Nothing? Kepala hotak dia nothing.. tapi tak apa, past is past kan.

Sayang Sangat ✔Where stories live. Discover now