Ara pov.
Aku membantu Ija memandikan Iffa. "Aku rasa macam nak balik kampung." Kata Ija sambil memandangku. "Kau pasti ke?" Aku memandangnya.
Ija mengangkat bahu.. "nak buat macam mana lagi. Aku pun segan duduk rumah kau lama lama." Ija menggaru kepala.
"Apa nak segan... kita kan dah lama kenal." Gumamku sambil mengangkat Iffa dari kolam kecil yang dibeli Ija dua minggu lepas.
Ija menyelimuti badan Iffa dengan tuala kecil.. "memang lah. Aku sebagai orang luar ni tetap rasa segan." Balas Ija.
Aku terdiam.. dah tak tahu apa nak pujuk Ija supaya terus tinggal disini.
"Sayang?" Raf mengetuk pintu bilik Ija.. aku meletakkan Iffa diatas tilam dan terus meluru ke arah Raf. "Ya?" Aku memandangnya. "Tak dengar ke abang balik?" Soal Raf sambil menelan liur. Riak mukanya seperti sedang marah.
"Tak... sorry, tolong mandikan Iffa tadi." Balasku sambil menutup pintu dibelakangku.
Raf merenungku.. "lah... yeke? Kenapa tak bagitahu abang? Abang pun nak mandikan Iffa, sekali dengan Ija.. abang nak tolong mandikan." Raf cuba memulas tombol pintu.
Aku menepis tangannya. "Awak ni kenapa?!" Marahku sambil menarik lengannya supaya jauh dari situ.
"Kenapa? Awak tanya saya kenapa?" Raf tersenyum sinis. "Dah masuk tiga minggu awak abaikan saya sebab diorang.. dah berapa minggu kita tak boleh tidur sebab anak dia menangis." Raf cuba memperlahankan suara dia.
"Awak kesiankan diorang kan?" Soal Raf. Aku tidak mengangguk.. menggeleng juga tidak. "Biar saya kahwin dengan dia untuk hilangkan rasa kesian tu.." Raf memegang dadanya. "Kurang sikit beban dia." Tambah Raf lagi sambil merenungku tajam.
Aku menelan liur. "Awak bagitahu Ija, minggu depan saya nak kahwin!" Suara Raf meninggi. Aku mengetap rahang..
"Okay.." gumamku perlahan sebelum berpusing ke belakang untuk membelakanginya, air mata ditubir mata ku kesat menggunakan lengan baju.
"Isteri jenis apa awak ni?" Soal Raf sambil memegang bahuku. "Awak sayangkan saya ke tidak? Sikit pun tak rasa cemburu bila orang lain tengok suami awak? Sikit pun tak rasa cemburu bila suami awak cakap nak kahwin dengan orang lain?" Raf menarikku merapatinya.
Aku terdiam...
"Jawab! Awak sayangkan saya ke tidak?!" Suara Raf meninggi lagi. "Tak.." balasku sambil melangkah pergi dari situ.
________________________
"Ara.. Adrian datang ni." Bagitahu Raf dari bawah. Dia dah tak cemburukan Ad? Nampak sangat dia betul betul dah tawar hati dengan aku.
Bodohnya Ara.... nak bahagiakan orang konon, diri sendiri juga yang terluka... kasihan anak mommy, maafkan kebodohan mommy.. aku memegang perut. Air mata dipipi kuseka..
Aku turun ke bawah untuk menyambut Adrian.. Raf dan Ad seperti berkawan baik.. miracle.
Ke Raf nak lepaskan aku pada Ad? Sebab tu diorang baik sangat.... jantungku berdegup kencang.
Aku taknak Raf kahwin dengan Ija! "Ara..." sapa Ad.. aku tersenyum hambar. "Tak sihat ke?" Soal Ad sambil memandangku.
Mungkin sebab mataku yang merah dan hidung sedikit berair kerana baru lepas menangis. "A'ah.. selsema sikit." Aku tersenyum hambar.
YOU ARE READING
Sayang Sangat ✔
RomanceDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx