bab60

40.7K 838 90
                                    

Ara pov.

"Saya keluar dulu.. awak makan tau?" Pesan Raf sambil melangkah keluar dari bilik. Aku terdiam..

Telefon diatas meja berdering.. aku membaca nama di skrin. Sya. Aku menjawab panggilannya.

"Ara?" "Ya?" "Kau okay tak?" Soal Sya.. "okay, kenapa?" Aku menelan liur.. Sya juga tahu tentang perkahwinan Raf dan Ija...

"Aku nak pergi rumah kau, boleh?" Soal Sya. Aku terdiam.. "kalau tak-" "boleh.." "kau nak makan apa apa? Kfc? Pizza?" "Taknak.." "aku belikan pizza." Sya mematikan talian.

Aku tersendu sendirian. Pintu diketuk beberapa kali. "Aku ni.." suara Sya. "Masuk lah." Jawabku lemah. Dah tiga hari aku tak makan.. sekadar minum air kosong untuk kesihatan kandunganku.

"Ya Allah, Ara.." Sya merapatiku sambil menarikku kedalam pelukannya. "Kau tak makan ke?" Sya sedikit terkejut. Aku tidak menjawab..

"Kau kena kuat.. tak boleh macam ni." Sya menasihatiku. Aku menggelengkan kepala. "Kau makan sikit eh?" Pujuk Sya sambil meletakkan pizza diatas meja.

Selera makanku hilang, macam mana nak makan.. "kenyang.." gumamku. "Ara! Kesian dekat baby tu." Sya meninggikan suaranya.

"Manusia.. datang dan pergi dalam hidup kita tu semua perkara biasa. Nanti mana tahu aku pun akan tinggalkan kau.. aku taknak kau macam ni." Sya menggelengkan kepalanya.

Aku memandang Sya.. "kau pun nak tinggalkan aku?" Soal aku sambil mengerutkan dahi. Sya menggeleng.

"Aku sayang kau dunia akhirat.. tak sanggup nak tinggalkan kau." Bisik Sya sambil mengusap kepalaku. Air mataku turun berjuraian..

"Lagi dua hari diorang nak kahwin.. kau pergi tak?" Soal Sya.. soalan yang menghancurkan hati. Aku terdiam.. "eh.." Sya menggaru kepalanya.

Aku tertawa kecil melihat Sya yang kekok. "Tak apa.." aku tersenyum hambar sambil mengesat air mata menggunakan tangan.

"Kau tak boleh fikir sangat pasal orang lain... kau kena fikir pasal baby je.. baby lagi penting dari orang lain." Sya memegang perutku.

Beberapa jam selepas Sya pulang.. Ija meminta kebenaran untuk masuk ke dalam bilikku.

Aku memerhati langkahnya kearahku. "Aku minta maaf sebab selama ni menyusahkan kau.." Ija memegang tanganku..

Air mata dipipi aku membiarkannya mengalir turun ke bawah.

"Terima kasih sebab sayangkan aku.. aku pun sayangkan kau. Terima kasih sebab banyak berkorban untuk aku." Ija menarikku kedalam pelukannya membuatkan aku menangis lebih kuat.

Nak je aku bagitahu dia supaya batalkan perkahwinan.. tapi entah kenapa, tak sanggup...

"Aku tak tahu kenapa kau marahkan aku, aku harap... kita takkan jadi musuh. Aku sayang kau..." Ija mengucup pipiku. Aku sekadar mendiamkan diri.

"Sa-" Raf terpacul dimuka pintu sedang memerhati aku dan Ija.. aku memandang Raf.

"Dah siap ke semua?" Soal Raf sambil memandang Ija.. hatiku menjadi tak keruan. Ingin sahaja aku mengambil pisau diatas meja dan menikam dua manusia dihadapanku ini!

"Sikit je lagi.." jawab Ija sambil menggosok belakangku. "Sini lah sekejap.." panggil Raf. Ija sekadar menuruti Raf, dia bangun dari katil dan menghampiri Raf di luar bilik.

Aku menekup muka menggunakan telapak tangan. Air mata membanjiri tanganku.

Sakit yang aku alami.... lebih pedih dari sakit yang aku rasa sebelum sebelum ni..

Aku benci Raf.. aku benci Raf!

Tanganku ditarik kebawah. Raf memandangku.. "jangan menangis sangat, boleh?" Soalnya sambil menyeka air mataku menggunakan ibu jarinya.

"Saya taknak awak kahwin dengan dia!" Marahku sambil menepis tangannya dari menyentuhku.

'Tapi.. tu yang awak nak.... kan?" Suara Raf kedengaran seperti serba salah.. "saya taknak!" Teriakku. Raf memegang mulutku. "Sh.. ada orang kat bawah." Bisik Raf sambil mengurut belakangku.

Aku memeluknya dari tepi. "Saya sayang awak.." ucapku, perlahan. "Saya taknak kongsi awak.." tambahku lagi. "Saya taknak anak kita ada dua mommy." Aku menggelengkan kepala.

"Awak batalkan perkahwinan tu, please?" Aku memandangnya.. air mataku diseka Raf lagi. "Sayang, jangan macam ni please.." pinta Raf sambil memegang pipiku dengan tangannya.

"Saya akan berhenti menangis kalau awak batalkan perkahwinan ni." Rayuku sambil menarik nafas yang tersekat dikerongkong. "Saya janji akan makan. Saya janji takkan ignore awak bila awak kat depan saya, saya janji takkan minta apa apa lagi." Tambahku lagi, air mata membanjiri pipiku. "Saya akan ikut cakap awak. Saya merayu. Kali ni je.. please."

Raf menggeleng sebelum bangun dari situ.. "Raf!" Aku meraung, menjerit namanya ketika dia melangkah keluar dari bilik. Aku tak mampu buat apa apa..

Aku tak boleh mengubah apa yang bakal terjadi.

Bahagiakan orang lain dengan menyakiti diri sendiri. Bijak... terlalu bijak...

Sayang Sangat ✔Where stories live. Discover now