Ara pov.
Aku memandang jam didinding. 4:02am. Aku nekad.. aku mahu berjauhan dari Raf.
Aku perlukan masa.. aku memandang Raf disebelah. Sayu hatiku melihat Raf tidur bersama air matanya.
Aku tahu Raf sudah berubah, tapi.. akibat yang dulu masih ada. Akibat itu yang boleh menyebabkan punca rumah tangga kami musnah.
Aku mengucup lembut dahinya.. tidak sedar air mataku terjatuh.. cepat cepat aku menyeka air mataku dari menyentuh wajah Raf.
Aku turun dari katil.. kakiku laju sahaja melangkah ke arah bilik tetamu.. aku mengambil bag pakaianku. Perlahan lahan aku membuka pintu rumah.
Jangan cari saya... saya yang akan balik pada awak nanti bila dah bersedia..
Aku mengambil telefon yang mama hadiahkan ketika hari jadiku.. aku mendail nombor Ija.. sahabatku dari kecil. Dia melarikan diri dan bekerja disini selepas mengalami masalah keluarga dikampung.
Ija menjawab panggilanku. "Hello?" Suaranya... kedengaran seperti baru bangun tidur. Alamak! Apa aku buat ni... sekarang awal pagi.
"Er. Tak apa lah. Nanti aku call balik-" "eh? Ara?" Suaranya kembali segar.
"Aha.." aku tergaru garu kepala yang tidak gatal. "Kenapa call ni?" Soalnya.. "tak apa lah.. nanti aku call balik." Jawabku. "Kau ada masalah ke? Kat mana? Nak aku pick up?" Soalnya. Ija tahu segalanya tentang aku..
Dulu aku sering mencarinya untuk menceritakan masalahku kepadanya. Begitu juga dia..
Kereta Myvi berwarna kuning berhenti dihadapanku. Ija berjalan keluar dari situ bersama perutnya yang besar.. wah! Dah mengandung dia ni.
Ija berjalan keluar dari situ sambil menarikku ke dalam dakapannya.
"Rindunya... lama betul tak jumpa!" Jeritnya. Aku tertawa kecil.. segan.
"Jom lah masuk." Pelawanya.. aku mengangguk perlahan sambil membukakan pintu keretanya.
Selalunya... Raf yang bukakan, tapi kali ni.. aku buka sendiri..
"Kau dengar tak?" Soal Ija. "Ah.. dengar." Balasku sambil mengangguk. Cepat cepat aku mengesat air mata menggunakan lengan baju.
"Kenapa ni?!" Suara Ija sedikit meninggi. Aku menggeleng. "Selsema." Tipuku sambil tertawa kecil. "Kalau kau selsema.. hidung je yang merah. Ni pipi pun merah.. jangan cakap kau pakai blusher pula.." Ija berseloroh.. aku tertawa kecil.
"Kau okay tak ni?" Soalnya.. air mataku jatuh bercuraian. "Tak!" Aku menangis dihadapannya...
"Weh. Kenapa ni? Kau ada masalah apa?" Soalnya, risau. "Siapa buat kau macam ni?" Soal Ija lagi sambil memberi signal masuk ke halaman rumahnya.
"Jom cerita dekat dalam." Pinta Ija.. aku mengangguk, cuba menahan sendu.
"Haris mana?" Soalku sambil memandang sekeliling. Mana tahu suami Ija pun ada.. segan lah aku.
"Haris kan tentera.. memang jarang ada kat rumah lah." Jawabnya.. fuh, lega!
"Ha cerita lah." Pinta Ija sambil memimpin tanganku untuk melabuhkan punggung diatas sofa..

ANDA SEDANG MEMBACA
Sayang Sangat ✔
RomanceDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx