bab67

46.3K 887 52
                                    

Ara pov.

"Sayang.. buka mulut." Kata Ad sambil memegang daguku untuk menyuap makanan. Aku mengemam bibir rapat sambil menggeleng.

Pisau ditangannya diletakkan pada bahuku. Mata kami bertaut.. aku teringat bagaimana kami boleh berkawan..

Ad menyapaku ketika aku sedang menunggu papa untuk menjemput aku pulang...

Lelaki yang baik macam tu sekarang cuba untuk menderaku... air mata berlinang dipipi.

"Kau patut bersama aku." Kedua belah pipiku dipegang kuat. "Anak kau ni, tak patut hidup!" Tempiknya.

"Saya taknak bersama dengan lelaki kurang waras macam awak!" Tengkingku. Ad tersenyum sinis...

"Nak tahu apa yang lelaki kurang waras ni boleh buat?" Soal Ad sambil merenungku tajam.

"Dia boleh bunuh anak awak pada bila bila masa... nanti mesti Raf sedih kan sebab anak dia dah tak ada." Ad mengusap perutku sebelum menarik rambutku ke belakang membuatkan aku terdongak.

Air mata dibiarkan berlinang ke pipi. "Jangan menangis sayang.." Ad menyeka air mataku menggunakan ibu jarinya.

"Saya datang balik sekejap lagi.." kata Ad sebelum melangkah keluar dari bilik yang gelap meninggalkan aku yang sememangnya sudah ketakutan.

Aku memandang telefon yang agak jauh dariku.. aku hanya sekadar boleh memandang tetapi tak boleh mencapainya..

Tangisanku semakin teresak. Pintu digegarkan, kuat. Jantungku berdegup semakin kencang. Ad dah kembali, penderaan apa lagi kali ni.

Aku sekadar menundukkan wajah, badanku dipeluk. Wangian tu... Aku mengangkat kepala untuk melihat Raf. Air mata semakin laju berjuraian.

"Sh.. tak apa. Abang dah ada kat sini.." Raf memegang leherku. Matanya jatuh pada lenganku.

Rahangnya diketap. Air matanya terjatuh beberapa titik dipehaku. Raf melonggarkan tali yang diikat pada tanganku. "Tak apa... you'll be fine.." halkum Raf turun naik.

"Saya dah minta Zack telefon polis.." Kata Raf tanpa memandangku.

Belum sempat Raf membuka ikatan pada kakiku.. Ad sudah pun terpacul pada muka pintu.

Wajahnya semakin bengis. "Abang!" Panggilku cemas. Raf menoleh ke belakang untuk memandang Ad.

"Kau dah janji!" Tempik Raf. "Kau memperbodohkan aku!" Ad melangkah ke hadapan..

"Kau janji takkan sentuh Ara! Tapi kau bukan setakat sentuh! Tapi menyakiti dia.. kali ni aku takkan lepaskan kau.." Jerit Raf.

Ad memegang pisau.. Raf pula tiada senjata, aku menjadi tidak sedap hati..

Aku membuka ikatan dikakiku secepat yang mungkin.. tak sanggup melihat dua lelaki dihadapanku bertarung.

Allah, lindungi Raf... aku masih perlukan dia.

Ad sedang mengerang. Bahuku dipegang. Aku mengangkat wajah untuk melihat Raf yang sedikit terluka di bahunya.

Sayang Sangat ✔Where stories live. Discover now