bab52

43K 748 60
                                        

Ara pov.

Aku memandang sekeliling rumah Ija. Mana kereta? Ada orang ke tak?

"Assalamualaikum!" Aku mengetuk pintu beberapa kali. "Walaikumsalam.." oh... Ija ada.

Pintu dibuka. Ija memandangku sambil tersenyum. Bibirnya menguntumkan senyuman tetapi matanya tidak.

"Kau okay ke tak?" Aku merenung Ija. Ija mengangguk.. aku tahu dia menipu.

"Tak.. serious lah, kau okay ke tak?" Soalku, tegas. "Haris dah ceraikan aku.." Ija menundukkan wajahnya.

Jantungku berdegup kencang. "Kau tak bergurau kan?!" Suaraku sedikit meninggi. "Aku harap aku boleh cakap, aku bergurau je.. tapi tak. Aku tak bergurau." Air mata jatuh dipipinya.

Aku menjeling Raf yang agak kekok disebelahku.

Ija tersendu sambil melepaskan pelukannya. "Masuk lah..." pelawanya.. "sorry, rumah tak sempat kemas." Kata Ija sambil membuka pintu seluasnya.

"Mana Iffa?" Soalku.. "ada kat atas." Balasnya. Risau juga aku dengan Iffa dalam keadaan Ija yang macam ni.

"Macam mana boleh bercerai?" Soalku, bukan nak jadi penyibuk... tapi erm nak tahu je.

"Lepas kami dapat Iffa, seminggu lepas tu.. Haris berubah, Haris selalu pulang lewat. Kadang kadang dia dah habis program pun dia tak balik. Dia cakap dia sayangkan aku, tapi dia tak! Dia tak sayangkan aku pun Ara! Dia pernah terkantoi whatsApp cakap pasal kat mana nak jumpa dengan perempuan lain!" Ija meraung sambil memelukku lagi.. kali ni, lebih erat.

"Lepas dapat Iffa. Dia macam dah tak berminat dengan aku.. dia tinggalkan aku dan Iffa. Dia ambil semua kereta!" Tambah Ija lagi.. aku menyeka air matanya..

"Kau ada aku.." kataku sambil merenung matanya. Bunyi tangisan bayi ditingkat atas.

Ija melepaskan pelukanku.. "korang duduk lah dulu." Katanya sambil melangkah naik ke atas..

Raf memegang tanganku.. lepas dapat Iffa.... kenapa dia boleh berubah serta merta? Haris terlalu sayangkan Ija...

Macam mana ni semua boleh berlaku? Aku memegang perut. Baby... sebab baby ke?

Macam mana dengan Raf nanti? Raf akan buat macam Haris ke? Raf akan tinggalkan aku lepas dapat baby?

Raf akan jadi Raf yang dulu ke lepas kami dapat baby? Raf dah tak sayangkan aku ke lepas kami dah dapat baby?

"Sayang? Awak okay ke tak?" Soal Raf sambil menyeka air mataku.. tak sedar aku dah menangis.

Aku taknak kehilangan Raf. "O...okay.." balasku sambil melentokkan kepala dibahunya.

Ija kembali bersama Iffa. Diletaknya Iffa diatas tilam dihadapan kami. "Sayang, saya keluar kejap." Kata Raf sambil mengucup dahiku. Aku sekadar mengangguk.

Raf berjalan keluar dari situ. Aku bermain dengan Iffa.. "aku rindukan Haris.." kata Ija sambil memandangku. "Kau tak boleh rindu dia. Dia buat kau macam ni kot... ceraikan kau lepas korang dapat Iffa. Dia tak layak dipanggil lelaki." Aku mendengus marah..

"Tapi aku takde tempat nak bergantung lagi dah.." Ija menangis lagi. "Berapa kali nak cakap? Kau ada aku.. kau ada Iffa..." balasku. "Entah kenapa aku lahirkan Iffa. Aku sepatutnya gugu-" "Ija! Tak baik lah! Benda dah jadi.. jangan salahkan Iffa." Suaraku meninggi.

Ija meraung sambil memelukku. "Kau layak dapat yang lagi baik.." aku menepuk belakang Ija. "Kan seronok kalau ada suami macam Raf, dia sayangkan kau." Bisik Ija.

"Aku dah tak percayakan mana mana lelaki lagi dah.." tambah Ija lagi. "Tapi Raf macam boleh dipercayai.. dia sangat sayangkan kau. Kau beruntung.." kata Ija, perlahan.

Aku sayangkan Ija.. aku sanggup berbuat apa sahaja untuk Ija. Tapi berkongsi suami sebab taknak dia terluka lagi... memang tidak lah!

____________________

Didalam kereta, aku hanya mendiamkan diri.. "ke?" Hanya dihujung sahaja aku mendengar soalan Raf.

"Ha? Apa?" Aku mengedipkan mata beberapa kali. "Awak fikirkan apa ni sayang?" Soal Raf sambil mengenggam tanganku.

"Terfikir... awak sayangkan saya tak?" Soalku.. "ish soalan dia! Mesti lah sayang." Raf menjelingku.

"Kalau saya cakap, Ija nak awak kahwin dengan dia... awak nak tak?" Soalku.. hatiku sedikit terluka dan berharap jawapan yang Raf beri akan membuatkan aku tersenyum gembira..

Sayang Sangat ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang