Ara pov.
Raf membukakan pintu kereta untukku. Aku melangkah kaki keluar dari kereta. "Jom, mommy?" Raf memegang tanganku..
"Mommy pulak. Entah bila masa saya jadi emak awak." Bebelku sendirian.. Raf ketawa mendengar bebelanku. "Isy! Mommy ni.. malu lah dekat orang, bebel macam tu." Kata Raf sambil membukakan pintu.
Kami mengambil tempat duduk ditepi tingkap, "abang pergi order, eh?" Raf mengusap lenganku sebelum mengangkat punggungnya kembali.
Mataku menangkap sesusuk tubuh yang amat aku kenali.. dia juga sedang memandangku..
Adrian... bersama dengan kawan kawannya. Ad tersenyum.. belum sempat aku membalas senyumannya, Raf meletakkan dulang makanan dihadapanku.
"Eh! Cepatnya..." aku memandang Raf yang sedang melabuhkan punggung dihadapanku. "Yelah, lambat lambat nanti ada orang tu rindu pula." Raf tertawa kecil.. aku menjulingkan mata ke atas.
"Tak ada lah.. tak ramai sangat pun." Raf tersenyum..
Hanya beberapa suap, aku menekup mulut. Cepat cepat Raf berlari membawa aku ke toilet.
Raf menepuk belakangku.. "sayang okay tak ni? Ke nak balik?" Soal Raf sambil menarik rambutku ke belakang sedikit..
"Balik.." balasku, pendek. Selesai berkumur, Raf memegang tanganku erat.. "itu lah, dah tahu mengandung...- hm, salah saya kot sebab ajak awak keluar." Raf tergaru garu kepalanya. "Memang salah awak. Nak keluar makan, lepas tu nak ikat plastik kat leher konon. Mana plastik tu?" Aku mencebik. Raf ketawa sambil memaut pinggangku..
Aku menolak pintu terbuka, cepat cepat Raf menolaknya lebih jauh dariku. "Orang mengandung tak boleh tolak benda berat." "Awak! Baru berapa minggu." Aku menjeling Raf yang sedang ketawa.
"Biar lah.. saya nak awak duduk diam diam tanpa buat apa apa." Raf menjelirkan lidah sambil tersengih membuatkan aku tersenyum dengan gelagatnya.
Raf membukakan pintu, tiba tiba... mataku terbuntang luas. Adrian.
Dia dengar tak perbualan kami tadi? "Buat apa lagi tu? Nak suruh abang angkat-" "eh, tak tak." Aku masuk ke dalam kereta dengan jantung yang berdegup kencang.
"Sayang? Awak okay? Nampak macam baru lepas nampak hantu je.." Raf memandangku sebelum menghidupkan enjin. Aku tertawa kecil..
"Saya okay." Balasku.. tersangatlah okay.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sayang Sangat ✔
RomanceDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx