Ara pov.
Pagi ini aku berkeras juga nak pergi kuliah walaupum Raf cuba menghalang. Sehinggalah aku mula meninggikan suara, akhirnya Raf akur juga..
Tetapi dipaksa untuk pergi ke kolej bersama sama dengannya. Tak apa, tempat parking pun tak ada lah dekat sangat..
"Memang datang sebab nak termenung je ke macam mana?" Soal Raf.. tersentak aku dibuatnya. Jauh betul termenung dari rumah sampai ke kolej.
Aku keluar dari kereta sambil berjalan mendahuluinya. "Perlahan lah sikit. Nak lari dari siapa?" Soal Raf dari belakang. Awak! Nak lari dari awak..
Aku membukakan pintu. Mata mata mereka disitu memandangku.. aku menelan liur. Apa pula salah aku kali ni?
"Eh! Ara dah datang!" Zack bersuara.. aku tersengih sambil berjalan ke arah Sya yang sedang tersenyum.
"Kenapa datang? Tak okay lagi kan?" Soal Sya sambil menyentuh plaster dikepalaku. "Okay sikit. Lagi pun kaki takde masalah. Yang bermasalahnya dahi je." Aku tertawa kecil.
"Hm... kelakar sangat." Sya memerli. Aku mencubit lengannya diikuti tawa kami berdua.
"Engkorang buat apa lagi ni? Hari ni kan ustaz dari Terengganu tu datang. Tak pergi tengok ke?" Lelaki yang tersembul dimuka pintu memandang kami.
"Malas ah." Balas mereka. "Raf tak datang lagi ke hari ni?" Soal Zack. Sya mengangkat bahu tanda tidak tahu.
Aku tercari cari.. eh, mana Raf?
Raf pov.
Aku memandang Ara yang sedang masuk ke dalam kelas.. pintu dibuka, tetapi dia masih belum melangkah masuk.
Aku cuba berjalan ke arahnya.. dan...... Ara pun melangkah masuk.
Aku ingat diorang cakap bukan bukan dekat dia tadi, sebab tu dia tak masuk. Rupanya... haih. Tak apa kot.
"Hari ini saya nak cerita pasal jodoh! Ha! Mesti korang semua teruja nak dengar ni!" Terdengar satu suara bergema.
Aku tercari cari dimana suara itu berada, "eh kejap!" Aku memegang bahu Jat yang sedang berjalan.. entah nak ke mana.
Jat kelihatan cuak. Mesti lah cuak, aku pernah buli dia semasa di sekolah menengah. Tapi dulu tu cerita dulu lah.. nak cakap pasal dulu, nenek aku pun anak dara lagi.
"Ha! Dengar tu? Kat mana tu?" Soalku ketika suara tadi kembali.. "oh.. ada ustaz datang ceramah sini. Semua pelajar dialu alukan.. aku nak pergi situ lah ni." Kata Jat sambil membetulkan cermin matanya.
"Aku ikut.." kataku. Jat mengangkat kening. "Sejak bila kau minat-" "aku ikut!" Aku memotong cakapnya.
Jat hanya berjalan diikuti aku dibelakangnya.
Sesampai disitu, Jat sudah pun menghilangkan diri.. tak guna punya nerd.
Aku melabuhkan punggung diatas kerusi kosong disitu.
Mendengar setiap ayat ayat yang keluar dari bibir ustaz dihadapanku.
"Korang semua nak jodoh yang baik ke jahat?" Soal ustaz yang segak berpakaian serba putih dihadapan semua orang itu.
Aku mendengar setiap ayat yang terbit dari mulutnya. Hatiku sebak mendengar cerita cerita yang diceritakan olehnya.
Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik... baik ke aku? Layak ke aku untuk terus bersama Ara?
Aku sepatutnya yang menjadi imamnya.. ini tak. Kadang kadang aku melihat Ara solat sendirian... tanpa imam. Tanpa aku dihadapannya..
Ustaz disitu meminta diri.. para pelajar semuanya bersurai.. aku sengaja melewat lewatkan masa.
Setelah semuanya bangun.. Aku berlalu pergi dari situ..
"Nasib baik awak tak apa apa.." suara yang amat aku kenali. Adrian. Dia bercakap sesorang?
Kakiku melangkah lebih laju untuk melihat siapa gerangan yang disembangnya.. hatiku berdegup kencang, tolonglah bukan Ara.
Aku berjalan melepasi Adrian.... dan Ara, Adrian sedang memegang tangan Ara. Hatiku bagai dihiris. Aku menangkap senyuman sinis dibibir Ad.. "Ara!" Jeritku. Ara menoleh ke arahku. Sedikit terkaku.
Aku melangkah ke arahnya. "Kau! Jantan tak guna! Berhenti ganggu Ara!" Suaraku meninggi. Ad melepaskan tangan Ara..
"Awak! Balik!" Tempikku sambil menarik kuat tangan Ara. Ara menelan air liur..
Ara pov.
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, Raf diam, dah tak banyak bercakap. Dah dia diam, aku pun diam lah..
Sesampai dirumah, Raf membuka pintu sambil meluru masuk tanpa menungguku.
Aku berjalan masuk ke bilik tidur utama.
"Awak buat apa dekat situ? Kiss Ad? Nak balas dendam dekat saya?" Soal Raf sambil melonggarkan tali lehernya.
Kiss? Murah sangat ke aku nak kiss orang lain... dengan mengandung lagi.
Aku terdiam. "Jawab!" Tempik Raf. "Saya cari-" "cari Ad? Dekat situ? Nak geli lepas rindu sebab dah muak dengan saya?!" Raf memotong cakapku.
Sungguh aku tak percaya apa yang Raf telah katakan kepadaku sebentar tadi...
"Saya cari awak." Balasku, perlahan. Air mata jatuh dipipi.
"Cari saya?" Soal Raf sedikit terkejut. "Sya dengan Zack cakap awak tak datang. Padahal.. padahal saya pergi dengan awak. Lepas tu saya macam tak puas hati lah sebab... awak takde sekali. Lepas tu ada sorang budak ni cakap ada ustaz datang. Saya tergerak hati nak pergi, sebab mungkin awak ada situ. Lepas tu Ad tarik saya, dia tanya saya okay ke tak lepas kemalangan hari tu.. dia suruh saya hati hati je. Takde pun aksi kiss ke geli geli ke..." aku memberitahu segalanya dengan menahan sendu..
"Oh." Raf meraup wajahnya beberapa kali.
"Saya minta maaf." Raf mendekatiku.. tanganku dipegang erat. "Saya takkan fikir bukan bukan lagi lepas ni." Raf menarikku ke dalam pelukannya. Aku hanya mendiamkan diri sahaja.
Sudah lah sakit hati dengan perangai dia. Boleh pula tuduh aku bukan bukan. "Dah lah." Aku cuba melepaskan diri tetapi pelukan Raf terlalu kuat dan erat.
"Jangan melawan kejap. Saya rindukan pelukan awak." Bisik Raf sambil mengucup dahiku.
Aku tidak memberi sebarang respon.
"Sayang.. please?" Rayunya sambil menundukkan sedikit kepalanya untuk menyandarkan dahinya ke dahiku.. nafasnya turun naik... matanya dipejam erat..
"I miss you.." bisiknya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sayang Sangat ✔
RomanceDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx