Ara pov.
Aku mematikan telefon.. "kau tak boleh lah macam ni. Kesian parents kau.." Ija memerhatikan aku..
"Tak boleh. Nanti mesti Raf ganggu." Jawabku. "Hm... ikut lah Ara, aku sebagai sahabat cuma boleh bagi nasihat je. Nak pukul pun... bukan anak aku." Ija tertawa kecil.
"Kau buat apa sekarang?" Soalku sambil memandangnya. "Kerja.." jawab Ija sambil tersengih. "Kau dah berapa bulan?" Soal Ija kembali. "Dua kot.." aku mengetap bibir. Ija tertawa kecil. "Aku lagi berapa hari.. dah ada kawan baru. Nasib ada kau, kalau tak.. takkan aku nak drive sendiri nanti? Aku beranak, aku yang drive. Gila." Aku dan Ija meletuskan tawa selepas mendengar kata kata yang keluar dari mulutnya.
Ija pandai bergurau... masih ku ingat ketika aku pulang ke Malaysia.. dan macam mana aku boleh kenal dengannya.
"Jom.. tidur dengan aku." Ija mengangkat punggungnya.. "ei! Taknak!" Aku mencebik sambil berdiri. "Apa? Nak cakap taknak sebab tu tempat aku berasmara dengan Haris lah tu." Ija membalas cebik.
Aku tertawa kecil. "Tak lah. Tidur dalam bilik satu lagi... jom. Aku pun dah lama tak peluk kau. Rindu..." Ija memaut bahuku..
Kami berjalan menaiki tangga.. tiba tiba hatiku menjadi tak enak. Aku rasa nak menangis... tak tahu kenapa. Sakitnya... tapi apa yang sakit?
"Kau okay ke ni?" Soal Ija sambil memulas tombol pintu. Aku sekadar mengangguk..
Raf pov.
"Raf... Rafael!" Ara.. Ara tertawa kecil sambil menundukkan wajahnya untuk memandangku dengan lebih dekat.
Aku tersenyum sambil melilit tanganku disekitar pinggangnya sementara kepalaku diatas ribanya.
"Bangun.. awak kena bangun..." Rambut Ara menutup matanya..
Aku menolak rambutnya ke belakang. Air matanya menitis.. jatuh dipipiku. "Sayang?" Panggilku. Ara tersenyum... "Adrian.. saya sayang awak." Ara merapatkan wajahnya... aku bukan lagi berada diatas ribanya.
Tetapi Adrian.. Adrian mengucup Ara.
"Sayang!" Jeritku.. "ya Allah Raf.. mengucap." Mama.. mama dan papa. "Ara?! Mana Ara?!" Aku cuba turun dari katil..
Aku hampir terjatuh diatas lantai, cepat cepat papa menarikku kembali. "Kamu masih sakit. Rehat lah. Sekejap lagi papa bagitahu Ara." Kata papa sambil memimpinku kembali ke katil.
"Taknak! Raf nak call Ara sekarang!" Aku menjerit.. seperti kanak kanak kehilangan orang tuanya.
"Bagi lah Ara masa... korang gaduh teruk sangat ni sampai Ara buat macam tu. Anak mama tak pernah buat macam tu kalau tak ada apa apa masalah." Balas mama. Aku terdiam..
Ya, salah aku. "Tapi Raf nak Ara!" Marahku sambil menendang kabinet ditepi. "Pesakit bertindak agresif." Doktor menghampiriku bersama beberapa jururawat.
Mereka menyuntik aku... wajah Ara datang kembali... Ara merapati wajahku sambil tersenyum. "Ara..." panggilku sebelum segalanya kabur..
_________________
"Raf, makan lah sikit. Dah tiga hari Raf tak makan.." mama cuba memujukku.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sayang Sangat ✔
RomanceDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx