Ara pov.
"Sayang.. saya rasa tak sedap badan lah." Kata Raf sambil merehatkan kepalanya dipehaku.
Mataku masih tertumpu pada skrin TV. "Dah makan ubat ke?" Soalku tanpa memandangnya. "Sayang... saya suami awak ke tv ni suami awak?" Suara Raf seperti sedang berkecil hati.
Aku menundukkan kepala untuk memandangnya sambil tersengih. "Mesti lah awak." Jawabku sambil mengusap pipinya.
"Demam.." kata Raf lagi sambil menarik tanganku dan diletakkan pada dahinya.
"Tak demam pun..." gumamku sambil mengangkat kepala untuk sambung menonton tv dihadapan.
"Jangan lah tengok benda tu. Alahai..." Raf mengeluh sambil menarik remote control dari tanganku.
"Suami sendiri ada pun masih nak tengok tv ke?" Raf ketawa kecil. Aku menarik remote control dari tangannya.
"Baby keluar nanti jangan jadi macam mommy tau? Kesian daddy nanti tak ada siapa nak layan.." Raf mengusap perutku.
"Daddy ada.. mommy taknak tengok, nak juga tengok benda alah tu." Raf mencebik. Aku tersengih..
"Sayang.. abang rindukan awak." Kata Raf lagi. "Masih rindu ke duduk serumah?" Soalku sambil mengerutkan dahi.
"Hm.. sayang ni. Amatur." Balas Raf membuatkan aku meletuskan tawa..
"Awak ni, bagi perhatian dekat abang sikit." Raf mengangkat kepalanya dari pehaku dan menarik remote control dari tanganku kembali.
Aku memandangnya. "Bagi balik!" Aku cuba mengambilnya kembali. Cepat cepat Raf menyembunyikan controller dibelakangnya.
"Nak remote, kena kiss dulu." Raf memuncungkan bibir. "Tak ada remote, tak ada kiss!" Aku memaling wajah ke arah lain sambil memeluk tubuh.
"Alala budak kecik tu merajuk.." Raf mendekatiku... aku mencebik.
Bibirnya menyentuh pipiku. "Sayang dia..." ciuman yang agak annoying dipipi.
"Wanginya..." bisik Raf sambil menggigit pipiku. Aku menolak sebelum memandang Raf sambil ketawa.
"Awak ni kenapa?" Soalku sambil mengesat pipiku menggunakan lengan baju.
"Saya nak perhatian awak je.." balasnya sambil mendepakan tangan untuk memelukku.
Aku mengucup bibirnya beberapa kali sebelum memandang matanya.
"I'm so in love with you.." bisiknya sambil menarik hidungku.
"Sayang saya tak?" Bisiknya sambil meletakkan remote diatas meja.
Aku menjeling ke arah remote.. "don't." Kata Raf sambil memegang tanganku.
"Mesti lah sayang..." "Kalau abang tak ada... sayang sedih tak?" Soalnya sambil memandang bibirku. "Abang nak pergi mana? Nak ikut." Aku tersengih. "Mana lah tahu ajal——" "apa abang merepek ni?" Soalku, merenungnya tak berpuas hati.
"Tanya je. Mana tahu sayang seronok ke..." Raf mengangkat kening. "Mesti lah tak! Saya dah jadi janda anak sorang. Taknak lah!"
"Kalau sayang yang takde?" Soalku kembali. "Kalau abang kehilangan sayang... mesti lah abang cari baru, yang lagi comel.." kata Raf sambil mengurut bibirku menggunakan ibu jarinya.
"Tak payah tunggu saya meninggal pun awak boleh pergi cari." Kataku sambil melepaskan pelukan pada lengannya.. "pergi lah!" Marahku..
"Comelnya dia cemburu." Raf tertawa kecil sambil menarikku ke dalam pelukannya lagi.
"Abang gurau je lah. Kalau sayang takde... hm, sayang nak ke mana?" Soal Raf sambil memandang dinding.
"Awak tak boleh ke mana mana... sebab saya akan ikut." Tambah Raf lagi membuatkan aku semakin sayang padanya..
"Saya sayang awak.." bisikku sambil mengucup dagunya.. "saya pun sayang awak... sayang sangat." Bisik Raf sambil tersengih, tangannya merayap ke perut.
"Tak sabarnya nak jumpa anak daddy." Bisik Raf sambil mengucup bibirku...
YOU ARE READING
Sayang Sangat ✔
RomansaDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx