bab64

41.9K 728 4
                                    

Ara pov.

"Kenapa? Takut?" Soal Raf sambil mengurut leherku. Aku menggeleng. "Dah tu?" "Nervous." Aku tersengih.

"Abang ada ni.." Raf merangkul pinggangku. Namaku disebut. Raf dan aku berjalan masuk ke dalam bilik..

Raf membantu aku baring diatas katil. Aku memejamkan mata.. tak tahu kenapa nervous sangat.

"Eh.. macam ada benda lindung je." Kata doktor perempuan dihadapanku.

Aku mula terbayang cerita hantu yang pernah aku tonton.. hantu ke.. ugh apa aku merepek ni.

"Oh wait.. girl, and..." Doktor dihadapanku tersenyum. And?! Bukan sorang je ke? "Lagi sorang, I tak nampak.. sebab terlindung. Tahniah.. you dapat baby kembar." Doktor memegang perutku. Jantungku berdegup kencang.

Tak tahu ni perasaan gembira ke takut. "Alhamdulillah.." Raf meraup wajahnya beberapa kali.

"Take a good care of your wife.." kata doktor kepada Raf. Raf sekadar tersenyum dan mengangguk.

"Hm kuat juga sayang ni sampai dapat kembar." Usik Raf. "Mama dengan papa perlu tahu pasal ni." Aku memandang Raf.

"Nak balik rumah papa?" Soal Raf. Aku mengangguk. "Nak buat surprise." Aku tersengih.

"Er.. surprise sebab sayang mengandung?" Raf tergaru garu kepalanya. Aku mengangguk laju.

"Sebenarnya kan.. erm, macam mana eh nak cakap..." Raf menggigit bibir. "Apa?" Soalku sambil merenungnya. "Abang dah terbagitahu mama dan papa yang sayang mengandung waktu sayang demam hari tu." Raf menelan liur.

Aku tertawa kecil. "Tak apa lah kalau macam tu." Aku mengusap pipinya. "Tak kisah." Tambahku lagi sambil tersengih.

Aku mengetuk pintu.. Raf memberi salam beberapa kali. "Walaikumsalam..." jawab mama sambil membukakan pintu untuk kami.

Mama memandang perutku.. matanya terbuntang luas.

"Lama tak jenguk mama, tiba tiba je perut dah masuk angin." Usik mama. Aku tertawa kecil. "Masuk lah.." pinta mama sambil memegang tanganku. Raf sekadar memerhati..

___________________________

Aku merebahkan badan disebelah Raf.. laju sahaja Raf mengusap perutku.. "tidur baik baik anak anak daddy." Bisik Raf sambil mengucup perutku.

Aku mengusap kepala Raf sambil tersenyum. "Nasihat daddy.. jangan ganas macam mommy. Nanti habis cermin dirumah kita ni pecah." Aku menarik rambut Raf sedikit. Raf menggaru kepalanya sambil ketawa.

"Benci.." aku menarik selimut untuk menutup muka.. malu dan geram.

"Alaa sayang ni. Touching pula.. orang bergurau je." Raf menyembam mukanya pada pipiku dari luar selimut.

"Tengok ni.. mommy merajuk pula sebab daddy bocorkan rahsia dia." Raf mengusap perutku. "Keluar lah cepat, meh sini.. bantu daddy pujuk mommy." Tambah Raf sambil memelukku erat.

Aku tertawa kecil sambil menarik selimut turun. "Saya benci awak.. tapi saya sayang awak." Kataku sambil mengucup lembut bibirnya.

"Tahu.. sebab tu saya pun sayangkan awak." Raf tersenyum sambil mengucup bibirku untuk kali kedua. "Sayang sangat.."

Sayang Sangat ✔Where stories live. Discover now