Ara pov.
Selesai menyediakan sarapan.. aku terus mencari Raf yang sedang mengeluarkan barang barang kami semasa berada dikampung.
"Eh.. hadiah dari Yana lah." Aku memegang kotak yang dibaluti kertas pembalut hadiah... baru teringat... bulan lepas Zack ada bagi aku hadiah, tapi masih tak tersentuh.
"Apa benda budak ni merepek ni." Raf mengeluarkan sepasang pakaian dan barang mainan bayi. "Tak sabar nak ada anak saudara ke.." Raf tertawa kecil.
"Taknak makan dulu ke?" Soalku sambil menarik kerusi dihadapan Raf. "Sayang taknak baby?" Soal Raf... agak kekok. Aku terdiam..."mama asyik tanya, pening lah." Gumam Raf. Aku masih mendiamkan diri.
Aku mencedokkan spaghetti ke dalam pinggan Raf. "Abang tanya ni..." suara Raf sedikit meninggi.
"Nak.." balasku sambil mengetap bibir. "Tapi bukan sekarang." Tambahku lagi. Wajah Raf yang tadinya tersenyum kini berubah menjadi dingin.
"Kenapa? Tak sayangkan saya? Sebab tu taknak anak dengan saya? Nak biar mama sakitkan kepala saya hari hari?" Sesuka hati je dia tuduh aku macam tu. "Bukan lah! Sebab kita muda lagi." Aku menggaru kepala yang tidak gatal.
"So? Saya dah bersedia, awak dah bersedia... tak ada masalah dengan masih muda." Suara Raf makin meninggi.
Aku tak cakap yang aku dah bersedia pun.....?
"Cakap dengan awak ni, buat sakit hati je tau!" Aku menepuk meja makan sambil melangkah anak tangga dan masuk ke dalam bilik air..
I hate myself for loving you.. bukannya aku tak ada perasaan. "Ara?!" Pintu diketuk dengan kuat. "open the door!" Jeritnya dari luar. "No!" Balasku dari dalam.
"Buka pintu ni atau saya robohkan!" Satu perintah.. aku menggelengkan kepala. "Taknak!" Jeritku lagi. Bunyi kunci dimasukkan ke dalam tombol.
Oh shit!
Wajah Raf yang bengis dan dingin berada dimuka pintu. Raf menarik lenganku kasar..
"Never doing that to me ever again!" Raf menengking sambil menolakku jatuh diatas katil. "Who do you think I am?!" Tengkingnya lagi sambil melangkah naik ke atas katil. Aku cuba berundur... jantungku berdegup dengan kencang.
"Sekali lagi awak layan saya macam sampah... awak akan menyesal sebab kahwin dengan saya!" Jari telunjuknya menyentuh dahiku. Aku hanya mengetap bibir... menahan diri dari melawan.
"Faham?!" Tempiknya. Aku mengangguk perlahan.
Air mata menitis. Wajah Raf berubah... cepat cepat dia berpaling ke arah lain.
Dia tak kisah kalau aku menangis, dia tak kisah kalau aku tinggalkan dia... dia tak pernah kisah pasal aku.
"Lap air mata tu lepas tu turun makan." Katanya, tegas.. sebelum dia melangkah keluar dari bilik.
Aku menyeka air mataku dengan lengan baju..
Aku memandang diri dicermin. Ni bukan macam yang aku nak, ni bukan perkahwinan yang aku impikan...
______________________
"Assalamualaikum!" Aku mengetuk pintu rumah mama. "Waalaikumsalam..." jawab mama sambil membukakan pintu.
Raf menghulurkan tangannya untuk bersalaman. "Ni Raf ada belikan buah buahan untuk mama dengan papa." Raf menghulurkan buah buahan yang kami beli dalam perjalanan ke sini kepada mama.
"Terima kasih. Susah susah je.." mama tersenyum. "Masuk lah. Mama Raf pun ada sini juga." Kata mama. Raf mengeluh.
Kami melangkah masuk ke dalam rumah.. "papa kerja ke?" Soalku sambil memandang sekeliling. "Hm.. papa Ara tu sibuk dengan kerja je." Mama menggelengkan kepala.
"Lama tak jenguk mama kan, mentang la dah ada isteri." Mama Hanis mencubit peha Raf. "Mesti lah! Orang ada isteri, nak bermanja manja dengan isteri pula." Gurau Raf sambil tertawa diikuti mamanya.
"Ara belum berbadan dua lagi ke?" Soal mama Hanis.. "mama....." Raf mengeluh sebelum menjelingku sekilas. "Mama dah lama sampai?" Raf menukar topik..
"Lama lah juga." Jawab mama Hanis sambil tersenyum. "Eh! Raf tak bawa Ara pergi honeymoon ke?" Soal mama Hanis lagi. "Raf bercadang nak pergi lah... tapi tunggu cuti dulu." Raf memandangku.. aku hanya mengedipkan mata beberapa kali.
"Sini..." pintanya sambil menepuk sofa disebelahnya, perlahan lahan aku berjalan ke arahnya.. "Raf pernah pukul Ara tak?" Soal mama Hanis. "Mama ni.. memang lah Raf garang, tapi sampai nak pukul isteri tu tak ada lah..." Raf menggelengkan kepala.
Ya.. Raf sememangnya tegas, tapi dia tak pernah menggunakan kekerasan.
"Tak ada lah mama." Jawabku, kekok.
"Raf dan Ara tidur sini ke malam ni?" Soal mama pula... "mama nak kitorang tidur sini ke?" Aku tersenyum sumbing. "Mana mana je boleh." Balas mama. Aku memandang Raf, inginkan kepastian..
Raf menggeleng. "Lain kali je lah... esok kitorang ada kelas." Balasku... Raf mengurut lembut tanganku.
Entah kenapa... aku hanya mahu Raf gembira, ini cinta ke bangang....

ANDA SEDANG MEMBACA
Sayang Sangat ✔
RomanceDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx