"Saya nak sangat hubungan kawan baik kita ni kekal.. kalau boleh, taknak berpisah langsung." Kata Yanti kepada rakan baiknya, Hanis. "Macam mana kalau kita jodohkan Raf dengan Ara? Sekarang mereka kecil lagi.. nanti dah cukup umur, kita kahwinkan mereka.. nak?" Hanis memberi cadangan, jarinya mengelus lembut pipi Ara.
"Iye juga! Kita tak lah berpisah dengan cara ni. Kita janji tau?" Kedua dua mereka berjanji...
Ara yang baru belajar berdiri hanya tersengih sambil memandangnya mamanya. Raf yang sudah pun boleh berjalan, berlari ke arah Ara.. Raf melanggar Ara jatuh ke lantai.
Ara menangis. Cepat cepat Raf mencium lembut dahi Ara. Ara menggosok matanya sambil tersengih, terserlah gigi susu dua batang yang baru tumbuh digusinya...
YOU ARE READING
Sayang Sangat ✔
RomanceDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx