bab47

47.6K 798 43
                                    

Ara pov.

Aku melangkah masuk ke dalam wad yang diduduki Raf..

"Buat apa?" Soal Raf, sedikit tak berpuas hati. Aku menceritakan segala galanya yang berlaku sebentar tadi..

"Tak ke pelik tiba tiba dia jadi baik?" Soal Raf sambil menarik muka.

Aku terdiam.. "biar je lah dia.. Yang penting.. saya milik awak, dan awak milik saya." Aku tersengih sambil merapatinya.

    "Saya sayangkan awak!" Raf menarikku ke dalam pelukannya.

Aku memegang bahunya. "Eh.. saya nak melawat kawan kejap." Kataku sambil memandang Raf. "Nak ikut..." Raf menarik muncung.

____________________________

Aku mengetuk pintu beberapa kali sebelum masuk.

Ija mengangkat wajah untuk memandangku. "Kau ke mana?" Soal Ija sambil cuba untuk bangun.

Aku menolak Raf masuk ke dalam.. "ni ke suami kau?" Soal Ija lagi. "La... aku kenal lah dia ni." Tambah Ija lagi.

Aku memandang Raf. "I don't think so.." balas Raf sambil memandangku.

"Ala, husband kau tak pandai berlakon!" Ija meletuskan tawa diikuti ketawa yang dibuat buat aku..

"Ni ke kawan sayang tu?" Soal Raf lagi. Aku mengangguk. "Lepas ni kalau Ara buat perangai lagi, call saya." Usik Raf sambil memandang Ija.

Ija tersengih.. "mana baby?" Soalku sambil memandang sekeliling.

"Ada dengan papa dia." Balas Ija sambil tersenyum.

Senyuman Ija hilang sebelum dia bersuara.. "kau dah tak tinggal dengan aku lepas ni?" Ija menundukkan kepalanya.

"Kau bawa lah Raf datang rumah aku.. kau tak payah balik sana dah." Ija menarik tanganku. "Gila kau, dah lah aku sorang pun macam apa.. lagi nak bawa Raf ke?" Aku tertawa.

"Hm.. nak kau ikut juga!" Ija merengek.. "kenapa ni?" Haris berlari ke arah kami.

"Isteri kau meroyan." Gurauku, Ija meletuskan tawa. "Mulut kau!" Kami meletuskan tawa bersama.

Aku mengerling ke arah baby. "Nama apa baby kecik?" Soalku sambil memegang tangannya. "Iffa Maisara." Jawab Haris sambil tesenyum.

"Aik... tanya baby, papa baby yang jawab.." usikku. Haris tertawa.

"Kau dah nak balik ikut suami kau ke lepas ni?" Soal Haris sambil memandang Raf. "Balik... rindu isteri." Raf tersengih.

___________________

Aku mengemas rumah setelah seminggu kami tidak menjejakkan kaki dirumah.

Petang kejap lagi nak ambil Raf, dah boleh balik. Pintu diketuk... siapa lah yang datang waktu macam ni... aku mengeluh sambil memulas tombol pintu.

Wajah Ad dimuka pintu sedang tersenyum memandangku.

Aku menelan liur. "Hi.." sapanya. Aku terdiam.. "Raf tak balik lagi ke?" Soal Ad sambil memandang sekeliling.

Aku menggeleng. "Awak tengah kemas rumah?" Soal Ad lagi.. aku mengangguk. "Nak saya tolong?" Soalnya.. cuba untuk melangkah masuk ke dalam rumah.

Aku menggeleng. "Takpe.. saya boleh buat sendiri." Balasku sambil menahan bahunya dari terus melangkah masuk ke dalam rumah.

Ad terdiam.. matanya memandangku.

"Awak macam takut dengan saya.." Ad menelan liur. Aku menggeleng, "mana ada." Balasku sambil tersenyum hambar.

"Kadang kadang... saya terfikir, dekat mana salah saya.." Ad menundukkan kepala. "Raf memang bertuah... dan tak berguna." Ad tertawa kecil.

"Saya harap saya adalah Raf." Ad mengangkat kepalanya untuk memandangku. "Supaya awak boleh sayangkan saya macam mana awak sayangkan Raf." Ad mencuit pipiku.

"Ad..." panggilku sambil menarik tangannya turun dari pipiku.

"Awak sayangkan saya?" Soalku.. Ad mengangguk laju.

"Kalau awak sayangkan saya... awak kena bertanggungjawab atas kandungan Rina." Kataku sambil tersenyum...

"Nope... mana tahu nanti awak akan bercerai dengan Raf... masa tu boleh lah saya sambung pula. Kalau saya kahwin dengan Rina, takkan saya nak jadikan awak isteri nombor 2? Taknak. Saya nak jadikan awak satu satunya isteri saya!" Ad meninggikan suaranya.

Aku menelan liur. Ingin sahaja aku menghempas pintu dihadapannya. Tapi tak berani pula.. aduh!

"Saya minta maaf." Ad menggigit bibir sambil mendepakan tangannya. "Peluk saya." Pinta Ad. Aku terkedu... what the heck!

"Cuma satu pelukan. Adik beradik ipar hugs." Ad tertawa kecil. Aku memejamkan mata sambil melangkah perlahan lahan ke hadapan untuk masuk kedalam dakapannya.

Maafkan saya, Raf...

Sayang Sangat ✔Where stories live. Discover now