Ara pov.
"Sayang, jom mandi sungai?" Raf memelukku dari belakang semasa aku sedang mengemas katil.
"Taknak lah.." balasku, acuh tak acuh. "Hm.. Tak sayang lah tu." Raf berpaling ke arah lain sambil memeluk tubuh. Merajuk lah kononnya. Aku tersengih sambil berdiri dihadapannya.
"Laaa, merajuk ke?" Aku meletakkan tangan dibelakang sambil memandang matanya.
"Hm... tadi ingat nak merajuk lah. Tapi lepas tengok muka isteri sendiri rasa tak jadi pula." Katanya, lantas menyambar bibirku..
Aku menggigit bibirnya. Raf memegang bahuku, perlahan lahan melepaskan bibirnya dari gigitanku.
"Suka betul dia gigit bibir orang. Nanti bengkak macam Kylie Jenner macam mana, tak handsome dah suami sayang ni." "Baru lah tak ada orang minat dengan suami sayang ni. Senang sikit lepas ni." "Pandai lah dia tu.." Raf menarik hidungku sambil tersengih.
"Nak balik tak?" Bisiknya sambil mencium hidungku. "Saya ikut je." Aku menggaru kepala yang tidak gatal.
Macam mana nak jawab? Jawab nak kang... dia cakap aku tak sukakan kampung dia.
"Esok kita balik eh?" Katanya lagi.. "kejapnya..." aku memandangnya... "mesti lah! Nak privasi dengan isteri." Bisiknya sambil mencium lembut telingaku.
"Mandi sungai?" Tambahnya lagi. Ingat dah habis pasal mandi sungai tu tadi....
"Yelah..." aku mengalah. Hanya sebab Raf adalah suami...
Kami jalan beriringan ke sungai yang Raf maksudkan.. tak lupa juga, Yana pun ikut.
"Akak! Jom selfie!" Yana menepuk bahuku.. Raf masih tidak melepaskan lengannya dipinggangku.
"Abang masuk ke tak?" Soal Raf sambil memandang aku dan Yana silih berganti. "Tak payah lah. Yana nak buat frame dengan kak Ara. Alaa, lagi pun esok korang dah nak balik." Kata Yana.. mengada ngada. Aku tersengih sambil memandang Raf.
"Boleh!" Aku hanya melayankan sahaja. "Ha manjakan je si Yana ni.. dengan suami sendiri taknak selfie pula." Raf mencebik. "Kalau Yana jadi akak.. confirm Yana akan selfie 24jam dengan abang Raf. Tapi kalau Yana jadi abang Raf pun, Yana akan selfie dengan akak Ara 24jam." Yana ketawa lagi. "Dah macam takde kerja lain nak selfie 24jam." Balas Raf.
"Akak dengan abang tak buat projek ke?" Soalan Yana membuat aku dan Raf tersentak, "projek apa pulak kau merepek ni Yana." Raf bersuara. "Projek kat kolej." Jawab Yana sambil tersenyum simpul. "Gatal eh kau? Mana tahu pasal ni?" Raf memandangnya sambil mencekak pinggang.
"Alaaa, tahu lah. Abang pun mana tahu?" "Ey! Abang ada bini, mesti lah abang tahu." Aku hanya mendengar kedua dua manusia disebelahku bergaduh.
"Tadi cakap nak mandi sungai. Tetiba datang sini bergaduh pula.." aku menjulingkan mata ke atas.
"Yang excited sangat ni kenapa? Sayang pandai berenang tak?" Soal Raf sambil mengangkat wajahnya.. menunjukkan lubang hidungnya. Aku tersengih... tidak menjawab.
"Abang mandi dulu. Sayang tolong Yana hidangkan makanan." Kata Raf... aku hanya mengangguk sambil menolong Yana menyusun pinggan diatas tikar yang dibawa dari rumah.
"Nanti akak dah balik, mesti Yana rindu." Yana semakin mengada ngada pula. "Malam ni akak ajar Yana cara make up eh?" Pinta Yana. Aku tersenyum sambil mengangguk. "Kita buat demo dekat abang Raf." Aku memberi cadangan, Yana tergelak besar.
Cakap pasal Raf.. aku memandang ke arah sungai yang deras mengalir. Mencari Raf. Tak ada!
"Raf!" Jeritku. "Rafael!" Jeritku lebih kuat. "Air tu dalam akak. Entah entah... alamak!" Yana menekup mulut dengan tangannya.
Cepat cepat aku terjun tanpa berfikir apa apa.
Aku menyelam jauh ke dasar.. tak ada bayang Raf. Aku berenang naik... "Raf!" Jeritku lagi sambil menyelam kembali.
Aku merasakan sesuatu menyentuhku dibelakang. Cepat cepat aku berpaling ke belakang.
Raf... Raf sedang tersenyum. "Ja..." aku kembali menutup mulut. Cepat cepat aku berenang naik ke atas.
Raf ketawa terbahak bahak sambil menarikku naik ke darat. "Benci lah macam ni! Lepas ni jangan harap nak mandi sungai lagi!" Marahku. "Jahatnya abang Raf. Kesian Yana tengok kak Ara tadi." Yana menampar bahu Raf..
"Malam ni akak tidur dengan Yana je lah.. tak payah tidur dengan dia." Yana memeluk bahuku..
"Abang nak tengok je... sayang sanggup terjun sebab abang ke tak. Rupanya... haih, tanggapan abang selama ni salah. I love you sayang!" Jerit Raf sambil memeluk tubuhku dari belakang.
"Dah lah, saya nak balik. Menyampah." Marahku sambil memeluk tubuh yang sejuk. "Sayang... alamak." "Tolong jangan menjerit." Raf cuba memujuk lah tu. "Jangan tengok kaki sayang...." pintanya.. seolah olah merayu.
Cepat cepat aku memandang ke bawah.. melihat kaki aku yang....... "aaaaaahhhhh!!!" Aku terjerit melihat dua ekor lintah dikakiku.
"Buang!!!!!" Aku menjerit sambil memeluk Yana dihadapanku.. berteriak seperti orang kehilangan suami. "Tak apa... sekejap eh." Kata Raf... aku masih tersendu sambil memegang Yana.. Raf membongkokkan badannya sedikit.
"Ha ambik kau! Gigit isteri aku sangat kan!" Raf kedengaran seperti sedang memijak sesuatu diatas tanah. "Dah takde.. buka mata." Raf menepuk bahuku sebelum aku melepaskan Yana.
Aku memandang kakiku.. aku menangis sambil memeluk Raf erat. "Dah takde kan? Kenapa menangis lagi ni?" Bisik Raf sambil menyeka air mataku.
"Takut!" Rengekku, Raf tertawa lagi. "Lintah tu kecik je... apa nak takut." Raf seolah olah sedang memujuk... tapi dalam cara yang menyakitkan hati.
"Sebab dia gigit saya, bukan awak." Balasku.. walaupun sedang marah, disebabkan takut aku tetap memeluknya. "Yang lagi besar pada lintah tu sayang tak takut pun... sayang suka lagi ada lah." Bisik Raf. Belum sempat aku menjawab, Yana berdehem..
"Wah! Sweetnya! Jealous." Yana terjerit kecil dibelakang. Kami menoleh ke arahnya sambil memandang satu sama lain..
"Dah. Jom makan.. lepas tu mandi lagi." pinta Raf sambil memeluk bahuku.
"Taknak mandi!" Raf tertawa... "okay.. sayang terkecuali, sebab takut...." Raf mengenyitkan mata kepadaku sebelum aku menghela nafas.
YOU ARE READING
Sayang Sangat ✔
RomanceDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx