Ara pov.
Aku menjadi lali selepas menelan ubat.. terasa tilam disebelah tenggelam sedikit. Bulu romaku tegak berdiri tetapi aku masih mengabaikannya kerana ubat yang aku telan memberi kesan yang sangat kuat..
Mataku terasa berat, aku merasa bagai didalam dakapan Raf.. mungkin aku hanya rindu kepadanya... dan segalanya gelap.
____________________
Jam locengku berbunyi. Aku mendengus marah sambil membuka mata untuk mematikannya.
Pinggangku dirangkul erat.. aku menoleh ke belakang. Raf yang masih tidur lena...
Dia datang sini ke semalam? Aku memandang wajah Raf. Matanya membengkak, mungkin kerana tidak mendapat tidur yang cukup..
Mataku jatuh ke bibir merah jambunya. Hatiku merasa sebak kembali selepas mengingati insiden yang berlaku sebelum aku kemalangan..
Aku memejamkan mata.. sakit hati. Raf mula bergerak, cepat cepat aku baring kembali ke posisi asalku. Tangan Raf makin kuat merangkul tubuhku.
"Sayang.. saya rindu.." bisiknya sambil memelukku erat sebelum melepaskan aku.
Raf bangun dari katil. Separuh dari diriku masih mahukan dia kembali ke atas katil dan cuba memujukku. Separuh lagi masih memberontak mahu dia melepaskan aku pergi.
Aku sendiri tidak memahami diri sendiri...
Aku terdengar bunyi air, mungkin Raf sedang mandi.
"Sayang..." tegur satu suara. Aku membukakan mata, rupanya aku tertidur lagi. "Bangun, sarapan. Mama cakap perut awak masuk angin kalau makan lewat." Raf mengelus lembut pipiku.
Aku mendengus marah. "Don't touch me!" Tempikku. Aku kembali agresif. Raf menelan liur. "Bangun.. makan, saya taknak awak sakit." Raf cuba memujukku lagi.
"Biar lah! Saya sakit ke apa ke, awak peduli apa?!" Aku menyelubung kepala dengan selimut. "Mesti lah saya peduli. Awak tu isteri saya.. lepas tu, baby saya pun mesti lapar." Raf menyentuh lembut perutku membuat aku tersenyum kecil disebalik selimut yang tebal.
"Taknak! Biar saya sakit. Mudah sikit kerja awak nak buat apa apa dengan sesiapa je." Sengaja aku memerlinya. "Sayang... I'm sorry. Berapa kali nak minta maaf baru awak maafkan?" "Kan saya dah cakap, kalau awak nak saya maafkan awak, awak kena ce-" "okay.. tak payah maafkan. Turun makan." Raf memotong cakapku.
Kedengaran pintu ditutup rapat.
Raf, Raf... sampai bila kita nak macam ni?
Selesai membersihkan diri, aku terus berjalan keluar dari bilik air untuk memakai pakaian yang bersesuaian.
Aku membuka almari pakaian.. tak banyak pilihan. Pakaianku semua berada dirumah Raf. Aku mengeluh panjang.
Kedengaran pintu dibuka.. Raf tersembul di muka pintu.
Raf memandangku sambil menguntumkan senyuman, dia mengambil langkah ke arahku...
Memeluk aku dengan kuat, aku cuba menolak.. Raf cuba mengucup bibirku, aku tidak menolak, tidak juga aku membalas ciumannya.
Perlahan lahan aku menundukkan wajah, menyandarkan dahiku pada dagunya. "It's okay kalau awak masih taknak cium saya balik. Saya tetap sayangkan awak." bisiknya sambil mengucup lembut dahiku.
"I miss you so bad.." tambah Raf lagi. "Lepaskan saya.." gumamku. Raf memandangku, agak terkejut. "Kenapa?" Soalnya.. seperti sedang menahan marah.
"Saya nak pakai baju." Jawabku sebelum mengangkat kepala untuk memandangnya. Raf mengedipkan matanya beberapa kali. "Oh.. maksud awak, lepaskan awak untuk awak pakai baju?" Raf menggaru kepalanya sambil memandangku.
Raf yang kekok.. sungguh aku rindukan perangainya yang aneh. Raf melepaskan aku sambil tertawa kecil. "Saya tunggu bawah.." kata Raf sebelum melangkah pergi.
Patutkah aku mengalah dan kembali menyayanginya?
Tak.. aku harus mengajar Raf yang sudah pun menghancurkan hatiku beberapa kali.
Aku mahu dia rasa apa yang pernah aku rasakan.
***
GUYSSSS, FOLLOW Alitanist CERITA DIA SEMUA MENARIK. BUKAN BACA JA TAU?! FOLLOW SEKALI!
YOU ARE READING
Sayang Sangat ✔
RomanceDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx