Ara pov.
Aku bergerak ke arah meja makan dimana mama, papa dan Raf sedang menunggu. "Dah siap pun. Sini.." Raf menarik kerusi disebelahnya.
Aku menarik kerusi disebelah mama dan melabuhkan punggung disitu.
Papa memandangku.. "Ara, Ara okay tak ni?" Papa mencari kepastian. Aku sekadar mengangguk.
"Ara nak datang bulan tu." Mama memegang lengan papa. Papa sekadar mengangguk.
Aku memandang Raf yang sudah sedia memandangku. Datang bulan...
Raf mencedokkan mee goreng masuk ke dalam pingganku bersama tiga bebola ketam. Dia tahu aku amat menyukainya.
"Ara taknak balik ke? Kesian mama tengok Raf, bersusah payah datang sini.. bukannya dekat." Bebel mama sendirian. Aku mengetap bibir.
"Eh, tak apa lah mama. Lagi pun Ara kan tengah sakit.." kata Raf selepas melihat wajahku sedikit berubah.
"Ara balik lepas makan." Balasku tanpa memandang mereka. Mee goreng yang aku gulung menggunakan garfu, aku suap ke dalam mulut..
Kalau dirumah, aku menggulung macam ni mesti Raf ketawa. Katanya berhati hati sangat..
Aku tersenyum kecil ketika mengingati kisah manis antara aku dan Raf..
Dan kejadian Raf mencium gadis disebelahnya bermain difikiranku kembali. Aku mendengus marah.
"Ara dah kenyang." Kataku sambil membawa pinggan berisi lebihan mee dan bebola ketam didalam ke sinki.
Aku berlari menaiki anak tangga. Berjalan masuk ke bilikku...
Ya Allah. Lenyapkan ingatan aku pasal semua tu...
______________________
Raf membukakan pintu.. aku meluru masuk ke dalam rumah yang agak selerak. "Sorry.... hari tu awak takde, saya em.. saya lupa nak kemas." Raf menggaru kepalanya sambil mengetap bibir.
"Awak pergi masuk bilik, saya nak kemas dekat bawah ni.." kata Raf sambil menutup pintu dibelakang kami.
Aku terus melangkah naik ke atas dan menjejakkan kaki ke dalam bilik.
Bilik yang aku dan Raf berkongsi kasih sayang..
Aku melabuhkan punggung diatas katil. Telefon Raf hanya berada disebelahku...
Nak ambil ke tak.... aku menunggu beberapa minit sebelum mengambil keputusan untuk check segala galanya.
Aku membuka whatsApp. Sedikit pun tak terkejut bila semuanya hanya perempuan..
Aku membuka satu persatu. Satu pun tidak Raf balas.
Satu perbualan yang menangkap mataku.. aku terdengar bunyi kaki Raf menaiki tangga. Cepat cepat aku meletakkan telefonnya kembali ditempat tadi.
"Sayang.. nak makan apa apa tak?" Soal Raf sambil memandang telefonnya disebelahku.
Aku hanya menggeleng. "Nak tidur." Raf mengambil telefonnya disebelahku sambil membukanya. "Eh, ada orang check telefon saya lah. Hm.. siapa agaknya ya." Raf mengusik.
Aku terlupa tekan button home! Aku hanya biarkannya di whatsApp. Bodohnya Ara!
Wajahku menjadi panas.. cepat cepat aku merebahkan badan dan mengiring untuk membelakangi Raf.
Perbualan antara Raf dan perempuan itu masih bermain difikiranku..
Nelly:
- Kau ceraikan dia! Aku ada je untuk kau.
- Aku janji aku bagi segala galanya yang kau nak.
- Aku tahu kau pun cintakan aku 😔Raf:
- Jangan jadi bodoh lah. Stop it!Nelly:
- Tapi kau cakap kau pun sukakan aku.Raf:
- Habis tu orang yang sebelum ni aku buat lagi teruk dari tu? Aku cintakan diorang?Nelly:
- Aku harap perempuan tu bagi kau rasa apa yang kau dah buat pada orang!Raf:
- I'm sorry.Bluetick...
Raf lebih kejam berbandingku.. Raf memberi dia harapan kemudian hancurkannya.
Raf, Raf... bila nak berubah?
YOU ARE READING
Sayang Sangat ✔
RomanceDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx