bab9

104K 1.1K 47
                                    

Ara pov.

"Awak.. tak takut terlewat ke...." Aku mencuit hidung Raf yang mancung. Raf mendengus marah. "Ha! Marah.. nanti lewat baru tahu." Bebelku sendirian.. entah Raf dengar atau tidak.

"Lepas tu nak salahkan orang.. ni lah manusia, salah sendiri tapi tetap nak salahkan orang lain." Bebelku lagi, Raf tergelak kecil..

"Dah habis dah membebel?" Suara bangun tidur Raf menjadi serak basah..

"Belum. Sampai lah awak bangun dan mandi... baru saya stop." Balasku, sambung mencuit pipinya.

"Saya akan bangun kalau sayang stop kacau muka saya.." Raf menjeling.. aku tersengih sebelum turun dari katil.

"Saya nak sediakan breakfast. Awak mandi wangi wangi tau..." pesanku.. "lepas tu sambung bercinta dengan orang lain." Aku memerli dengan nada yang perlahan.. tidak mahu didengari Raf.

Nak perli tapi takut.

_______________________

Aku masuk ke dalam kelas, awal...

Tapi... Zack dan Sya lebih awal. Aku mengambil tempat duduk disebelah Sya.

"Awal pula kau hari ni. Rindu aku ke?" Sya mengusik sambil tersenyum. "Takde sebab pun dia nak rindu kau. Mesti lah dia rindukan aku. Kan awak?" Soal Zack yang sedang mengambil tempat disebelahku.

Raf berjalan masuk ke kelas. Matanya menangkap mataku, kemudian dilarikan kepada Zack. "Zack, sini kau.. tak habis habis." Raf menarik lengan Zack. Zack tetap melawan.. tidak mahu bergerak.

"Awak pergi duduk sana... sibuk je." Aku tersengih.. "oh! Kau orang berpakat! Takpe!" Zack menarik muncung. "Ee! Muncung tu dah kenapa?" Sya tergelak besar..

Aku tersengih memandangnya yang sedang melabuhkan punggung disebelah Raf.

Zack berpusing ke arahku. "Eh! Kau ni tak kacau dia memang tak boleh kan?" Marah Raf sambil memegang leher Zack, memaksanya pandang hadapan. "Yang kau sibuk sangat tu kenapa? Aku pun nak merasa ada girlfriend juga." Zack mencebik.. "eh! Zack tak pernah ada girlfriend ke?" Aku memandangnya, menunggu jawapan.

"Takde.... takde orang nakkan saya." Balasnya sedikit muncung. Tak habis habis dengan muncung dia tu.

"Lah.. yeke? Sama lah kita."
Aku juga turut menarik muncung... "mengada ngada." Raf menjeling ke arahku.

"Biar betul? Awak tak ada boyfriend?" "Dia takde boyfriend je tapi mungkin dah ada tunang atau suami. Jangan jadi bodoh sangat." Raf menepuk bahu Zack.

"Yang awak cakap macam tu dekat Zack kenapa? Sibuk je awak ni!" Marahku... Raf memberiku pandangan tajam.

"Yang awak nak bela dia kenapa? Dia boyfriend awak ke?" Raf mengangkat kening. "Kalau boyfriend kenapa?" Soalki kembali. Raf mencebik.

"Korang ni bergaduh ke apa?" Sya menepuk meja dihadapanku.

"Mana a-" "Ara... ada orang cari tu." Seorang lelaki berkaca mata menyampuk sambil mengetuk meja dihadapanku. Raf memberiku pandangan tanda soal. Aku menjongket bahu, tidak tahu.

Sayang Sangat ✔Where stories live. Discover now