bab33

63.6K 1K 29
                                        

Ara pov.

Aku memandang jam di dinding. Sudah pukul 12.35am. Dimana Raf?

Hatiku menjadi tak enak.. Raf tengah buat apa? Dia cakap nak balik lewat.. tapi lewat sampai pukul berapa?

Macam mana kalau dia keluar dengan perempuan lain? Tapi Raf sayangkan aku...kan? Yeke.. dia sayangkan aku ke?

Aku merasa pinggangku dirangkul erat.. sedar sedar aku sudah pun berada diatas katil.

Aku menoleh ke belakang untuk melihat Raf yang sudah pun tidur dengan nyenyak.. aku memandang jam didinding. 4:57am. Raf balik pukul berapa?

"Sayang... bangun." Pipiku dielus lembut. Aku menarik selimut menutupi seluruh badanku.

"Lambat kang bising pula.." bebel Raf sambil menarik turun selimut..

"Jom, mandi..." pinta Raf sambil mengangkat aku masuk ke dalam bilik air.

Aku membuka mata dan merenungnya dengan tajam. "Don't you dare...." aku memberinya amaran dan air yang sejuk seperti ais menyentuh belakangku.

Aku terjerit kecil, laju sahaja aku menarik lengan Raf. Raf ketawa sambil menepuk belakangku. "Malas bangun sangat kan.." kata Raf sambil menukar air yang suam pula.. "nak suruh abang mandikan ke?" Soal Raf sambil mengangkat kening.

"No." Balasku sambil menolaknya keluar dari bilik air. "Okay. Tunggu kat luar ni.."

Aku berjalan keluar dari bilik air dan mencari baju didalam almari untuk dipakai..

Raf sedang menggayakan rambut sambil memandang aku dari dalam cermin. Aku membalas renungannya. "Semalam awak ke mana?" Soalku sambil memeluk tubuh. "Jumpa kawan." Jawabnya, tenang.

"Awak balik pukul berapa?" Soalku lagi.. "2." Jawabnya lagi sambil mendekatiku, memegang tangan. "Kenapa lewat sangat? Awak buat apa?" Soalku lagi.. "nanti awak tahu lah." Raf tersengih..

"Bagitahu sekarang supaya saya tak syak apa apa." Pintaku, mataku tak henti henti merenungnya.

"Abang.. um, nanti lah." Cepat cepat Raf melepaskan tanganku dan keluar dari bilik.

Hatiku berdegup laju. Apa yang Raf buat dibelakang aku sebenarnya?

Selesai membakar roti, aku menuang air kopi ke dalam cawan Raf. Raf memandangku tanpa berkedip.

"Sayang.. apa je yang sayang fikir pasal abang, tu semua tak betul." Kata Raf sambil memandangku. "Dah lah. Malas cakap.." kataku sambil menyapu nutella diatas roti.

"I'm sorry." Kata Raf. Aku mengendahkannya.

____________________

Aku melangkah masuk ke dalam kelas. "Aku dengar.. kau dah jadi perempuan simpanan Raf. Betul ke?" Tegur satu suara ditepiku. Aku menoleh kebelakang untuk memandang Raf yang mengetap rahangnya.

"Siapa cakap?!" Raf menepuk meja dihadapan lelaki itu. "Ramai dah tahu, Raf.." katanya lagi.

"So.. Raf dah sentuh kau, nanti dia dah tinggalkan kau, giliran aku pula eh?" Tambahnya lagi.

Nafasku tersekat dikerongkong. Siapa yang membawa cerita ni?

"Kurang ajar!" Buku lima Raf menyentuh pipi lelaki dihadapannya. "Raf!" Cepat cepat aku menarik tangan Raf.

"Biar saya habiskan budak ni!" Raf meninggikan suaranya. Zack dan Sya juga sedang menarik Raf.

Kami bertiga menariknya dari belakang. "Tak apa... biarkan dia." Gumamku tanpa memandang sesiapa. Raf menoleh ke arahku sambil menarikku, membawa ke sisinya.

"Raf.." aku cuba menolaknya jauh sedikit dariku.. semua mata memandang kami. Aku menelan air liur. "Raf, kita bukan dekat rumah.." bisikku. Raf mengangkat wajahnya untuk memandangku.

Raf tersenyum.. "Ara ni isteri aku." Raf memandang lelaki yang ditumbuknya tadi.

"Dulu you pun cakap I ni isteri you. Isteri tanpa kahwin.. bullshit." Kata gadis yang berambut perang.. namanya Shika. Aku kenal dia...

"Uw-" cepat cepat aku menekup mulut dengan tanganku dan terus berlari ke arah tandas. Aku meluahkan segala isi didalam perutku...

Sya menepuk belakangku.. "kau okay ke tak?" Soal Sya sambil memegang dahiku. Aku sekadar mengangguk.

"Weh..." Sya memegang perutku. "Kau...... kan?!" Wajah Sya jelas teruja. Aku terdiam sambil menelan air liur.

Perlahan lahan aku mengangguk. "Fuck!" Sya memelukku erat.

Aku dan Sya berjalan masuk ke dalam kelas dan duduk bersebelahan.

Mata mata memandangku. "Kau pregnant... kan?" Tegur satu suara... "None of your fucking business." Bidas Raf.

"Tak percaya betul. Gadis sebaik dan nampak innocent macam Ara rupanya lebih kurang macam kita je kan." Nad tersengih. Tak... aku bukan macam korang, dan aku takkan jadi macam korang.

"Kau tak guna protection ke?" Bisik Zack. "Sibuk lah kau ni." Raf menjeling Zack. Aku sekadar memerhati Raf dan Zack.

Tak apa.. biarkan mereka semua, yang penting kita masih bersama.. itu sudah cukup.

Aku hanya mahukan kita, bukannya mereka...

Sayang Sangat ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang