Ara pov.
Aku lantas bangun dari sofa untuk ke dapur.. "sayang!" Jerit Raf. Jantungku hampir terhenti. Aku menoleh ke arahnya. "Air..... ketuban!" Raf memandang belakangku.
Aku memusingkan kepala untuk memandang kainku yang sudah pun dibasahi air ketuban yang dah pecah.
Aku memandang Raf dengan perasaan takut. "Maktok!" Laung Raf dari bawah.
Raf pov.
Aku turut masuk ke dalam bilik bersalin untuk hilangkan gementar Ara. Ara kelihatan lesu dibawah cahaya lampu. "Awak okay kan?" Soalku.. Ara kelihatan takut, aku lagi lah takut!
Ara mengangguk.. cuba menguntumkan senyuman walaupun keadaan dirinya kelihatan pucat.
Beberapa orang doktor dan jururawat menghampiri Ara..
Aku memerhati Ara berjuang untuk memberi nyawa pada anak anak kami.. tiada perasaan lain selain perasaan terharu seorang suami.
Suara bayi menangis.. "one more.." kata mereka. "Stuck!" Jerit seorang jururawat.. aku memandang Ara yang lemah terbaring disisiku.
"Sayang.." aku mengusap kepalanya. Ara membukakan matanya perlahan lahan.. "sayang kena kuat.. untuk anak anak kita." Bisikku sambil mengucup lembut dahinya.
Ara cuba lagi membebaskan zuriatku... dua suara bayi menangis didengari..
Air mata terjatuh dipipi. Aku memandang Ara yang sedang keletihan, wajahnya pucat..
"Dia hilang banyak darah!" Laung satu lagi jururawat.. "Encik keluar dulu.." aku melangkah keluar dari situ. Meninggalkan Ara sendirian.
Kusut...
Ara pov.
Bunyi bunyi orang bercakap.. tetapi tak dapat tangkap sepatah pun. "Sayang.." suara yang amat aku kenali. Aku cuba membukakan mata..
Maktok, mama, mama Hanis, papa, Sya, Zack, Ija.. mana Raf? Tadi aku dengar suara dia..
Bahuku dipegang. Aku menoleh ke sisi.. Raf. Raf memelukku erat.. "terima kasih." Bisiknya.. sambil mengucup lembut pipiku. Aku tersenyum sambil menepuk bahunya supaya melepaskan aku.
"Kejap eh.." kata Raf.. aku mengangguk. Raf melangkah keluar dari sini..
"Ara okay ke?" Soal mama sambil memandangku. "Okay.." balasku sambil tersenyum.
Beberapa minit kemudian.. Raf dan seorang jururawat membawa bayi.. bayi kami. Jantungku berdegup kencang... terasa bagai kasih sayangku dicurahkan kepada mereka tanpa dipaksa.
Raf menghampiri kami. Jururawat menghulurkan bayi lelaki kepadaku.. air mataku menitis saat menyambutnya..
"Anak mommy.." aku membetulkan posisi tidurnya.. dahinya aku kucup lama...
"Bibir mungil macam mommy dia." Kata Ija sambil memandangku.. aku tertawa kecil.
Raf melabuhkan punggung disebelahku. Aku memberinya sedikit ruang.. wajah anak perempuan kami... ku tatap.
Raf memandangku.. "I love you.." bisiknya sambil mengucup lembut dahiku. Aku melentokkan kepala pada bahunya..
"Tiba tiba rasa nak kahwin." Zack bersuara. "Gatal lah kau." Sya mencebik. Aku tertawa kecil. "Nama apa ni?" Soal maktok sambil memegang pipi bayi didakapanku. "Mikhael." Balas Raf sambil memandangku.
"Pandai lah dia namakan anak macam nama dia sikit." Usik mama Hanis. "Jangan perangai sama sudah." Zack pula mencelah.
"Kenapa cakap tu.. Raf suami yang baik lah." Aku memandang Raf sambil tertawa kecil.
YOU ARE READING
Sayang Sangat ✔
RomanceDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx