bab41

53.4K 900 45
                                    

Ara pov.

Aku melabuhkan punggung disebelah Raf sambil memerhati Raf bermain game ditelefonnya.

"Awak... nak cakap sikit." Aku menepuk pehanya. Raf tidak menjawab. "Abang.." panggilku sambil melentokkan kepala pada bahunya.

Masih tiada respon. Aku menarik kasar telefonnya. Raf memandangku sambil mengerutkan dahi.

"Benci betul!" Marahku sambil memandangnya. "Tahu pula dia marah bila orang buat tak tahu." Raf mencebik, cuba untuk mengambil telefonnya kembali.

"Tak boleh." Kataku sambil menyembunyikan telefonnya dibelakang.

"Okay. Ambil lah. Abang nak main game dalam phone sayang." "No!" Aku menarik tangannya.

"Cakap dengan saya." Rengekku sambil memegang lengannya. "Lah... perlukan perhatian rupanya isteri abang ni." Raf mencuit pipiku.

Rambut dihadapan, ditolak ke belakang. Dahiku dikucup.. "nak apa?" Soalnya. Aku mengetap bibir, cuba memikirkan apa yang aku mahu.

"Saya nak awak sayang saya." Balasku. Raf meletuskan tawa. "Bergurau?" Soalnya.. aku mengangkat kepala. Kecil hatiku dengan soalannya.

Minta disayangi pun dikatakan aku bergurau...

"Taknak sayang.. sudah!" Marahku sambil meletakkan kaki diatas lantai untuk bangun dari situ. Tanganku ditarik.

"Mana ada... sayang. Kan abang dah sememangnya sayangkan awak." Balas Raf sambil menarikku merapatinya kembali.

Aku tersengih. "Bukti awak sayang saya?" Soalku sambil menggigit bibir.. "tu buktinya.." Raf memuncungkan bibir ke arah perutku.

Kami meletuskan tawa. Telefonku bergetar.. whatsApp dari Adrian.

Aku menjeling Raf sambil membuka whatsApp yang dihantar Adrian.

Gambar... Raf, dan seorang gadis. Sedang berpelukan diatas katil.

Me:
- Gambar lama?

Adrian menghantar gambar lagi.. seorang perempuan mengandung. Jantungku berdegup kencang... perempuan yang berada diatas katil bersama Raf.

Ad:
- She's pregnant. Agak agak anak siapa eh?
- Yup... betul lah siapa yang awak fikirkan tu.

Aku menelan liur.. air mata hampir terjatuh. "Sayang.. kenapa ni?" Raf menarik bahuku.
Aku menunjuk gambar yang dihantar Ad. Raf meraup wajahnya beberapa kali sebelum telefonku dirampasnya. Aku bangun dari situ...

Raf mengikuti aku. "Bukan saya punya!" Raf mencampak telefonku ke lantai. Pecah berkecai seperti hatiku..

"Bukti awak tidur dengan dia, sekarang dia mengandung! Apa lagi?!" Tempikku tanpa memandang Raf.

"Itu yang dulu! Tapi saya tahu itu bukan saya punya! Terserah awak nak cakap apa!" Raf mengetap rahang...

"Ad sengaja buat macam tu! Saya yakin itu bu-" "shut up! Taknak dengar alasan!" Aku memotong cakapnya.

"Ikut saya..." pintanya sambil menarik tanganku.. aku merentap tanganku dan berlari masuk ke dalam bilik. Aku mengunci dari dalam..

Aku memejamkan mata dan membiarkan air mata jatuh ke pipi. "Ara! Buka pintu ni!" Pintu diketuk Raf.. "taknak! Tinggalkan saya! Ceraikan saya!" Jeritku..

"Saya bawa Ad ke sini!" Tengking Raf dari luar. "Dia tak ada kena mengena! Bukan Ad yang mengandung anak awak. Jangan jadi bodoh!" "Saya suami awak! Jaga bahasa!" Tengkingnya dari luar. Kedengaran kunci dimasukkan ke dalam tombol pintu.

Pintu dibuka. Raf menerpa kearahku. Tanganku dipegang. "Percaya cakap saya... tu bukan anak saya!" Raf melagakan dahi kami..

Aku menggeleng. Aku sudah tidak tahan lagi. "Saya nak cerai." Balasku tanpa memandangnya. "Taknak!" Tengking Raf sambil menarik leherku mendekatinya.

"Lepas saya lahirkan anak awak.. kita cerai. Muktamad." Kataku sambil melarikan diri darinya.

Tetapi aku masih diekori Raf. "Saya cakap taknak! Tu bukan anak saya! Awak lebih percayakan lelaki tu kenapa?!" Tanganku ditarik kuat. "Lepas!" Jeritku.

"Saya bawakan awak pada perempuan tu..." aku menggeleng kepala. "Tak perlu.. letih dengan awak." Gumamku.. suara kembali perlahan.

"Entah sampai bila kita akan macam ni." Air mata menitis. Raf menarikku ke dalam pelukannya.

"Tak.. sayang. Saya berani sumpah. Tu bukan saya punya." Suara Raf terketar ketar.

"Atau kita tak ada jodoh." Tambahku lagi. "Awak dah tak sayangkan saya ke?" Aku mengangkat wajah untuk memandang matanya yang berubah warna menjadi warna merah.

Air mata ditubir matanya ditahan. "Atau awak memang tak pernah sayangkan saya?" Soalku lagi... Raf menggeleng, air matanya menitis juga.

Dikucupnya ubun ubunku beberapa kali. "Demi Allah hanya awak dihati saya.." Raf tersendu.. aku membiarkan pipiku dibasahi air mata.

"Esok saya bawa awak jumpa dia." Raf memegang tanganku erat. Aku sekadar menggeleng. "Tak apa.. saya nak rehat." Balasku sambil menarik tanganku darinya.

Aku melangkah masuk ke bilik tetamu.. tak mahu bersemuka dengan Raf.

Terlalu banyak ujian... perempuan lain mengandungkan anak hasil suami sendiri yang paling perit sekali.

Tak guna.. aku tak patut percayakan Raf dari awal. Aku memang bodoh..

Sayang Sangat ✔Where stories live. Discover now