bab16

92K 1.1K 8
                                    

Ara pov.

"Cucu cucu maktok dah nak balik ke?" Soal maktok ketika aku dan Raf berjalan keluar dari bilik. Perasaan rasa bersalah menyelubungi diri.

"Kena balik lah maktok... esok kitorang exam. Ara ni, entah study ke belum lagi." Raf menipu... entah bilanya exam. Exam lambat lagi lah! Menipu ada exam tu tak apa. Menipu pasal aku study tu....

Aku mencubit lengannya. "Yelah. Hati hati tau dekat jalanraya. Jangan bawa kereta laju sangat, pesan dekat Raf tu Ara." Aduh.. aku pula yang dileteri maktok padahal Raf dihadapannya saja.

"Yelah maktok. Nanti Ara cubit Raf kalau dia bawa laju." Aku tersenyum sumbing. "Akak! Abang!" Suara Yana.. terjerit jerit dibelakang. Aku dan Raf menoleh ke arahnya.. "hadiah untuk korang. Balik nanti buka lah." Yana tersenyum nakal.

"Susah susah je Yana ni." Balasku sambil tersenyum... "takde yang susahnya pun.. Yana minta duit dari abang Raf lepas tu belikan hadiah." Yana tergelak kecil. "Lah... duit abang ke tu? Tak dikira hadiah lah. Tu macam abang bagi Yana duit untuk belikan barang untuk diri sendiri." Raf mencebik. Yana dan maktok ketawa.

Aku bersalaman dengan maktok.. "terima kasih tau jaga Ara sepanjang Ara kat sini. Terima kasih sebab ajar Ara cara masak nasi lemak." Aku mengucup lembut tangan maktok.

"Tak apa.. maktok pun nanti mesti rindukan Ara kat sini. Rindu tangan Ara urut maktok." Maktok tersenyum.. air jernih mengalir dipipinya, hatiku terasa sayu.

Aku menariknya kedalam pelukan. "Alaa. Nanti Raf bawa Ara setiap bulan datang sini. Mana tahu bulan depan Ara dah berbadan dua." Raf tersenyum nakal.. sempat jarinya mencuit pinggangku.

"Ara.. jawapan bagi soalan Ara tu..." maktok tersenyum mengangguk, mengiyakan. Ya? Soalan? Aku pernah tanya soalan ke? Soalan apa?

______________________

"Exam konon! Tak baik menipu tau." Kataku sebaik sahaja Raf menghidupkan enjin keretanya. "Betul lah exam. Kan esok abang ada exam dengan sayang." Raf menjelirkan lidah sambil ketawa. Aku mencubit pehanya sebelum ketawa.

Kami berbual kosong tentang Yana dan maktok di kampung. "Nanti balik ke kampung saya pula." Aku berdehem. "Awak ada kampung ke?" Soal Raf. "Tak ada." Jawabku sebelum Raf ketawa. "Dah tu nak balik mana?" Raf mencebik, "rumah mama papa lah...." gumamku.

Sayang Sangat ✔Where stories live. Discover now