Ara pov.
Aku mengetuk pintu sebelum masuk ke dalam rumah. "Baru balik?" Raf yang sedang duduk diatas sofa memandangku...tajam.
"Awak tak keluar ke?" Soalan dibalas dengan soalan. "Awak ke mana?" Soalan lagi....
"Tengok wayang." Balasku, ringkas. "Dengan siapa?" Soalnya lagi. "Sya." Balasku, sepatah. "Lagi?" Raf seperti tahu aku keluar dengan orang lain lagi... "kawan.." jawabku, perlahan. "Siapa?" Raf masih tenang memandangku.
"Adrian." Balasku.. Raf meraupkan wajahnya beberapa kali sebelum mendengus. "Kenapa?" Soalnya.. "kenapa apa?" Aku menggaru kepala yang tidak gatal.
"Awak ada affair dengan dia ke apa?" Soal Raf lagi. "Apa awak merepek ni? Dah lah.. saya nak mandi." Aku cuba mengelak dari soalan yang ditanya Raf. Perlahan lahan aku berjalan masuk ke dalam bilik tidur utama.
Aku mencapai tuala yang tersidai rapi diatas hanger. "Kenapa taknak jawab?" Soal Raf lagi... sampai ke sini dia ikut!
"Look... saya tak pernah sibuk pun pasal awak punya makanan. Kenapa nak sibuk pasal saya? Kita dah buat perjanjian kan?" Aku memeluk tubuh sambil merenung matanya, tidak mahu mengalah.
"Memang. Tapi!" Raf mendengus lagi. "Awak tu perempuan! Nak jadi perempuan murahan ke?!" Tengking Raf sambil menarik lenganku dengan kuat.
"Oh! Kalau saya keluar dengan kawan lelaki, awak cakap murahan. Habis awak buat tu semua? Tak murah ke?!" Tempikku kembali.
"Saya ni suami awak! Syurga awak ada pada saya! Respect lah sikit!" "Awak yang ajar saya. Awak buat yang ni, yang tu... sampai saya sendiri tak pasti, saya ni isteri awak ke... atau cuma—— stranger?" Air mata menitis jua akhirnya.
"Sayang..." panggilnya, suaranya kedengaran kesal. "Awak tak sayangkan saya... tak langsung, so.. stop panggil saya sayang!" Aku mengesat air mata dipipi dengan hujung lengan baju. "I do.. saya sayangkan awak.. awak isteri saya, siapa je tak sayangkan isteri?" Raf memegang tanganku, lembut.
"Tapi.. awak ada perempuan lain, lebih dari seorang." Balasku... menahan diri dari menambah keruhkan keadaan.
"Saya..." Raf mengeluh. Dilepaskan tanganku perlahan lahan.. "Kita lupakan semua tu, kita start over. Awak tinggalkan lelaki tu, saya tinggalkan perempuan lain?" Raf cuba memujuk.. memegang kepalaku dan menyandarkannya didadanya.
"Memang susah.. tapi saya cuba. Kalau ada yang awak tak suka, awak tolong bagitahu." Raf mengucup lembut dahiku.
"Sakit tahu tak... tengok isteri saya bercinta dengan lelaki lain. Saya pun ada perasaan juga."
Entah bilanya aku bercinta dengan lelaki lain.... dan, memang awak seorang je yang ada perasaan Raf...
_____________________
Malam pun menjelma.. seperti biasa, Raf sedang menyiapkan assignment yang tertunggak.
Aku hanya melayan youtube.. "sayang, dah cukup tiga minggu kita kahwin.. tapi awak tak pernah bagi saya apa yang saya nak." Raf mengusap kepalanya sendiri.
"Awak nak apa?" Soalku.. sambil pause cerita yang aku tontoni.. "nak awak.." "kan saya memang milik awak." "Memang. Tapi... hm.. awak ni." Raf ketawa kecil.
YOU ARE READING
Sayang Sangat ✔
RomanceDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx