Ara pov.
"Abang pergi dulu.." kata Raf sambil memeluk tubuhku dari belakang ketika aku sedang mengemaskan katil.
"Tak makan dulu ke?" Soalku sambil memegang tangan Raf diperutku. "Tak." Leherku dikucup..
Aku cuba melonggarkan pelukannya. "Kenapa tak?" Soalku sambil menoleh ke arahnya.
"Makan dengan Zack kat luar." "Dah taknak makan kat rumah ke?" Aku menarik muncung.. "bukan lah... saya makan air tangan awak je." "Kat luar tu, air tangan saya lah tu?" Aku mencebik. Alasan entah apa apa.
Raf meletuskan tawa. "Saya pergi dulu lah.." Raf memegang tanganku. Aku mengangguk sambil mencium tangannya. Dibalasnya dengan mengucup pipiku.
"Bye anak daddy.." perutku turut dikucupnya.
"Raf dah pergi ke?" Soal Ija ketika aku sedang menyediakan pinggan diatas meja.
Aku mengangguk. "Dia macam tak suka aku je.." Ija menelan liur.. "mana ada! Dia memang macam tu." Ija terdiam...
"Makan lah dulu." Kataku sambil tersengih. Telefonku bergetar.. Aku mencapai telefon disebelah.
9:12am
Husband sayang kacak:
- Dia dah keluar ke? 👀9:12am
Me:
- What the.........
- Tak 😒9:12am
Husband sayang kacak:
- Ok, bila nak keluar?9:13am
Me:
- Hahaha. Jahat..Raf pov.
9:13am
Sayang:
- Hahaha. Jahat..Aku merenung textnya... tu je? Seen. Tengah makan ke? Ke tengah layan Ija sampai dah tak reti nak balas panjang panjang?
Hari ni class cancel. Biasa lah, jenis lecturer yang suka bagitahu last minit ni... aku dan Zack pun cari lah port yang sesuai untuk lepak walaupun aku nak balik, tapi fikirkan balik..
Bukannya boleh bergurau sesuka hati walaupun dia dah jadi isteri. Ada je mata manusia ketiga dalam rumah tu. Naik rimas dah aku.
"Kau ni tengah tension ke?" Zack menepuk meja dihadapanku. Aku sekadar menggeleng.
"Zack! Kau nak janda tak?" Aku tersenyum girang. "Janda? Aku sendiri pun teruna lagi.." balas Zack sambil mengedipkan matanya.
"Alah.. janda meletop, better than dara." Aku memandangnya. Berharap untuk Zack menerima..
Tapi Zack macam noob je, nak ke dia.. "taknak." Balasnya. "Ambil lah bodoh.... rimas tahu tak!" Marahku. Zack tertawa kecil. "Dia ganggu kau ke?" Zack tersengih.
"Tak. Dia ganggu Ara." Aku mengeluh. "Lah.. lesbian ke apa?" "Kawan Ara. Ara pun asyik nak berkepit dengan kawan dia 24jam. Aku suami dia, tapi kawan dia yang dapat perhatian lebih.." aku mencebik.
"Biasa lah.. dia dah lama dengan kau-" Zack menepuk belakangku.. aku merenung tajam matanya, Zack menghentikan tangannya dari menepukku.
"Apa pula?! Kalau dah lama, dia makin bosan ke apa?" Marahku.. "tak lah. Aku gurau.. biasa lah, aku ni tak dapat Ara." Zack menjelingku. Aku ketawa kecil.
"Siapa suruh tak handsome." Aku tersengih. "Aku tengok.. aku dengan kau ni, aku lagi handsome." Zack memandangku dari atas sampai ke bawah.
"A'ah.. kau lagi handsome dari aku sebab tu kau dapat Ara." Aku mencebik. Zack mendengus. "Takpe! Kau mainkan emosi aku.." kami berdua meletuskan tawa.
"Pasal janda tu... dia buat apa kat rumah kau?" Soal Zack..
Ara pov.
Iffa menangis.. mungkin sebab tak sihat. Ija cuba memujuknya tetapi tak berjaya. Risau pula kalau malam malam Iffa menangis, tak pepasal Raf marah..
"Nak ke klinik?" Soalku. Ija menggeleng. "Dah ada ubat." Jawabnya. Kenapa tak makan kalau dah ada ubat? Haih... dia ni pun.
"Assalamualaikum.." Raf memberi salam sambil menjeling Iffa. Aku merapatinya.
"Lewatnya balik." Kataku sambil menjeling jam didinding. Sepatutnya habis pukul 2, tapi sekarang dah pukul 3. "Lepak dengan Zack kejap." Kata Raf.
"Lepak dengan Zack sampai lupa saya dirumah." Aku mencebik. Raf merenungku tajam. "Awak..." Raf menjeling ke arah Ija yang sedang memujuk Iffa.
Tanganku ditarik... berjalan masuk ke dalam bilik. "Kita cari Haris balik.. paksa dia rujuk dengan Ija.." kata Raf. "Macam mana?" Soalku. Raf menggaru kepalanya. "Duit..." Raf memandangku.
"Tapi.... maknanya nanti Haris akan rujuk disebabkan duit? Bukan sebab sayang?" Soalku sambil mengangkat kening.
"Okay lah tu.... asalkan dia beram-" "awak ni kenapa? Kenapa pentingkan diri sangat?" Aku mengetap rahang.
"Awak tu yang kenapa?! Kenapa pentingkan kawan?!" Suara Raf mula meninggi. "Saya ni suami!" Tambah Raf lagi.
"Awak nak dia digelar madu ke baru nak menyesal?" Soal Raf sambil merenungku. "Awak ada hati dekat dia ke?" Soalku.. "yes! Dia cantik... tinggi, baik, rajin, peramah.." Aku mengerutkan dahi.. air mata ditubir mata terjatuh dipipi. Habis tu aku ni tak cantik? Tak tinggi? Tak baik? Tak rajin?
"Saya nak dia keluar dari sini!" Bentak Raf sebelum melangkah keluar dari bilik kami.
Raf pov.
Tak bermaksud langsung nak buat Ara menangis. Salah Zack lah ni.. nak bagi Ara cemburu konon. Dia tak tahu Ara kalau cemburu, dia menangis..
Aku mendail nombor Zack. Beberapa beep sebelum Zack menjawab. "Kat mana?" Soalku. "Rumah. Datang lah." "On my way."
Aku melangkah masuk ke dalam rumah Zack. "Macam mana? Berjaya tak?" Soal Zack sambil mengangkat kening. "Sikit pun tak! Lain pula jadinya." Aku menggaru kepala yang tidak gatal.
"Kau salah teknik tu.. meh sini aku ajar kau." Zack tersengih..
YOU ARE READING
Sayang Sangat ✔
RomanceDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx