Raf pov.
Aku melihat jam didinding. 8.50am. Kelas bermula pukul 10. Cepat cepat aku bangun dari katil.. sambil menjeling ke arah Ara yang masih berselimut. Aku mengeluh.
Aku keluar dari bilik air dengan tuala yang dililit dipinggang. Selesai memakai kemeja dan berseluar slack.. aku memandang Ara yang masih tidak bergerak. Dah mati ke isteri aku ni.
Aku merangkak diatas katil untuk menghidupkannya kembali. "Sayang.." panggilku, lembut. Aku mengelus lembut pipinya.. Ara menggosokkan mukanya menggunakan tangan sebelum memandangku.
"Abang dah nak pergi kolej. Sayang duduk rumah baik baik... kalau nak apa apa, call." Kataku, lantas mencium dahinya. Ara hanya mengangguk sebelum memejamkan matanya kembali. "Abang?" Ara menarik muka sebelum membuka matanya untuk memberikan aku jelingan maut.
Aku menuruni anak tangga, ibu bapa kami sudah pun duduk dimeja makan menunggu kami. "Ara mana?" Soal papa kepadaku. "Tidur." Balasku. "Ish! Apa ni anak dara masih tidur waktu macam." Papa menggelengkan kepala.
"Tak apa lah. Semalam dia tidur lewat." Jawabku sambil mengambil tempat duduk disebelah mama. "Tidur lewat? Buat apa tidur lewat?" Soal papa sambil tersengih. "Dia tolong iron pakaian Raf." Jawabku sambil menggaru kepala yang tidak gatal. Papa ketawa sendirian.
_________________
Aku keluar dari kereta dan terus bergerak masuk ke dalam kelas. Tak mahu membuang masa.. "sayang..." sapa Shika. Aku memandangnya sambil tersenyum. "Hi." Gumamku.
"I miss you." Rengek Shika sambil memeluk lenganku..
"I miss you more. Habis kelas nanti kita jumpa kat luar ye sayang?" Bisikku kepadanya. Shika tersenyum sambil mengangguk.
Aku kembali ke tempat dudukku. "Apahal berseri je ni? Dah dapat mangsa baru ke?" Soal Zack sambil tersengih. "Ish! Tak ada lah. Kita ni sebagai lelaki, kena lah sentiasa senyum, baru menawan." Balasku, Zack ketawa kecil. "Iye lah tu." Zack mencebik sebelum mengambil tempat duduk disebelahku.
"Zack! Mana paper aku!" Jerit Nelly. Nelly adalah rakan sekelas kami yang selalu membantu Zack membuat tugasannya. Dia juga——- rakan yang agak baik denganku.
"Alamak!" Zack memegang kepala. "Itu lah kau.. dah tahu Zack ni pelupa.." Aku menggelengkan kepala. "Alamak. Mati lah aku!" Zack memegang pipi Nelly yang gebu.. ingatkan aku pada Ara.
__________________
Aku mengajak Shika ke mall tetapi dia beriya mahu membawa aku ke hotel.. menggeletar tangannya memasukkan kunci kerana takut kalau sesiapa ternampak kami berdua.
Pintu dibuka. Cepat cepat Shika menarik aku ke dalam untuk mengunci pintu. Shika menanggalkan pakaiannya sehelai demi sehelai. Aku merenung tubuhnya. Shika mengenyitkan mata sebelum mendekatiku, cuba menanggalkan pakaianku pula.
Dia bagi apa yang Ara tak bagi.
Ini bukan pertama kali aku melakukan perkara begini. Aku tak kisah apa yang bakal terjadi...
Wajah Ara bermain dikepalaku... Ah! Dia tak kisah pun... kitorang kahwin pun sebab keluarga kan.
Tapi dia isteri aku..
Tapi.... lelaki boleh kahwin empat. Tak kisah lah. Ara pun tak sayang aku, buat apa aku nak sibuk sibuk fikir pasal dia.
_____________________
Ara pov.
"Nanti Ara tinggal berdua dengan Raf.. mesti papa rindu." Papa memegang tanganku. "Haih. Papa ni. Ke situ pula.. biar lah anak kita ikut suami dia. Nanti serba salah pula dia jadinya!" Marah mama. Aku ketawa kecil.. "Ke.... papa nak Ara bawa papa sekali?" Aku tersengih sambil memandang papa.
"Takde takde. Kamu dengan Raf cukup lah." Kata mama Hanis. "Betul tu.. papa ni saja je tau." Mama mencubit bahu papa. Papa mengaduh kesakitan.
"Esok Ara start masuk belajar tau? Mama dah aturkan semuanya." Mama Hanis tersenyum. "Eh yeke... Ara boleh buat sendiri lah. Susah susah je." Aku menggaru kepala yang tidak gatal. Segan.
"Takpe lah. Ara kan anak mama juga." Balas mama Hanis sambil tersenyum. "Terima kasih." Kekok betul aku dengan mama Hanis.
____________________"Saya dah balik." Suara Raf seperti orang yang keletihan. Aku memandang kearahnya yang sedang menguntumkan senyuman..
Aku kembali menyambung memandang ke arah laptop.
"Rindu sayang.." Raf merengek.. aku tersenyum sambil memandangnya yang sedang membuka kemeja.
Dicampaknya kemeja didalam bakul.. terpampang tubuhnya yang fit... dan berdada bidang.
Oh——okay...
Raf merebahkan kepalanya diatas pehaku.. aku mengusap kepalanya yang basah disebabkan peluh. "Sayang cakap lah something." Raf mencuit daguku. "Apa? Cakap apa?" Soalku tanpa memandangnya. "Cakap je. Anything.. jangan diam." Gumam Raf. "Mana ada diam. Dah kita dua je yang ada... awak tak cakap, takkan lah saya nak cakap sesorang." Aku menjulingkan mata keatas. Raf tergelak kecil.
"Next week kita tinggal di apartment bie." Kata Raf sambil memegang daguku. Bie? What the fuck is that?! Ew! Aku menarik muka. "Bie?" Soalku sambil menjelingnya.
"Sayang panggil saya, bie eh?" Bisik Raf. "Untuk apa?" Soalku sambil memandang Raf yang sedang merenungku.
"Atau.. abang, atau hubby?" Pintanya lagi. Aku tersengih. "Yang menarik sikit?" Soalku. "Daddy." Bisiknya sambil melilit lengannya pada leherku.. aku mengangkat kepalaku tinggi agar tidak disentuhnya.
"Semua tu geli tahu tak. Cringe je dengar." Aku ketawa kecil. "Kalau abang? Jangan cakap geli sebab mama panggil papa awak abang." Raf mengangkat kening. "Okay." Jawabku sepatah.
"Sayang..." panggil Raf. "Hm?" Balasku, mata masih tertumpu pada skrin laptop. "Sayang.." panggilnya lagi. "Apa?" Soalku sambil memandangnya. "Sayang!" Kali ini suaranya sedikit kuat. "Dah kenapa?" Marahku.. "panggil abang." Desaknya.
Oh! Lupa. "Ye abang sayang.." Balasku sebelum menguntumkan senyuman.
YOU ARE READING
Sayang Sangat ✔
RomansaDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx