Ara pov.
"Terima kasih sangat sangat! Takde kau, aku tak tahu lah apa nasib aku dengan Iffa." Ija memegang bahuku ketika berada didalam kereta.
Raf sekadar mendiamkan diri, dia langsung tak memandang Ija.. mungkin terkesan dengan permintaan gilaku tempoh hari? Oops...
"Tak apa... kita kan kawan?" Aku menepuk tangannya dibahuku. "Kalau aku takde-" "Kau nak ke mana?" Sengaja aku tak mahu beremosi...
Ija tertawa kecil.. "mana tahu kan." Ija mengeluh panjang. "Jangan risau, aku carikan kau bakal suami yang lagi baik dari Raf." Aku menggigit bibir.
Raf menjeling ke arahku sambil tersengih. "Tak payah lah.. aku dah muak." Kata Ija sambil tertawa kecil.
"Aku nak cari kerja, lepas tu... aku pindah rumah." Kata Ija sambil melepaskan tangan dibahuku.
"Kau tinggal dengan aku pun tak apa. Raf pun jarang ada dirumah." Tipuku.. padahal Raf sentiasa ada.
Raf menggelengkan kepala. Aku mencubit pehanya..
Sesampai dirumah, aku cuba membantu Ija mengeluarkan bag pakaiannya tetapi dihalang Raf. "Orang mengandung tak boleh angkat benda berat.. ke lupa yang diri tu mengandung?" Raf menarik tanganku.
"Aku boleh buat sendiri lah.." kata Ija sambil tersenyum. "Mana boleh. Raf tolong bawakan." Pintaku. Raf melepaskan tanganku dan mengangkat bag pakaian Ija.
"Masuklah.." kataku sambil membukakan pintu. "Cantiknya rumah.." puji Ija sambil melangkah masuk ke dalam. "Biasa je." Aku tersengih sambil memandang Raf yang sedang meletakkan bag pakaian Ija diatas lantai.
"Nanti Ara tunjukkan bilik kau." Raf menekan perkataan kau.. Ija mengangguk perlahan..
"Terima kasih banyak banyak!" Kata Ija sambil menarikku ke dalam pelukannya.
"Kau pernah tolong aku, aku kena balas balik lah.." aku tersengih sambil membalas pelukannya.
Kami bertiga menonton TV bersama sama, Raf langsung tidak menyentuhku. Mungkin kerana Ija juga berada disini?
"Mengantuk..." kata Raf sambil bangun dari sofa.. "jom sayang?" Pintanya sambil menghulurkan tangan. Aku menggeleng.
"Jom lah.." pujuk Raf. "Saya nak temankan Ija." Gumamku sambil melentokkan kepala diatas bahu Ija.
Raf mendengus marah sambil melangkah pergi meninggalkan kami. Oh...kay.
"Tak baik lah. Jangan sebab aku, kau buat Raf macam tu.. aku ni cuma kawan, Raf tu suami." Pesan Ija. "Tapi aku rindukan kau.." aku menarik muncung.
"Kau jangan mengada eh.. aku bukan suami kau." Ija ketawa.. ketawa yang tak seperti selalu.
Kasihannya Ija. Kalau aku berada ditempat dia, aku tak tahu apa akan jadi. Entah hidup ke mati. Sudah lah keluarga dia buang.. suami pun tak guna.
"Lagi pun esok Raf takde kan? Esok kita bermanja manja eh?" Usik Ija sambil tertawa kecil.
"Esok aku nak bawa kau dating." Aku tersengih. "Dating? Dengan kau?" Aku mengangguk laju. "Bertiga? Dengan Iffa?" Aku masih teruskan mengangguk sambil tersenyum.
"Okay. Tak sabarnya nak dating dengan mommy to be ni.." kata Ija sambil tersengih. "Okay.. sekarang kita masuk tidur. Goodnight." Kataku sebelum mengucup pipinya..
Aku melompat naik ke atas katil sambil memandang Raf yang sedang berselimut.. Raf sudah pun memejamkan matanya..
"Abang.." panggilku. Tiada respon. "Dah tidur ke?" Soalku sambil mengucup bibirnya. Raf membuka matanya sambil memandangku..
"Saya sayang awak.." bisikku. "Saya sayang awak lebih." Balasnya sambil mengusap belakangku menggunakan tangannya.
"Tak.. saya lebih lagi." Aku tidak mahu mengalah. Raf mengucup daguku..
"Ija kat bawah." Bisikku. Wajah Raf yang tadinya ceria, kini menjadi muram. "Abang tak selesa dengan dia." Luah Raf. "Tahu.. tapi dia tak ada sesiapa." Gumamku sebelum menggigit bibir.
"Parents?" Soal Raf sambil menarik selimut untuk menyelimuti aku.
Aku menggeleng. "Kat kampung.." kataku sambil meletakkan mengusap dagunya.
"Mhm.. balik kampung je lah. Tak ada duit?" Soal Raf lagi.. "bukan.. dia larikan diri. Parents dia pun dah buang dia."
"Sebab tu perkahwinan dia tak-" "tak baik lah.." aku menggeleng. Raf tersengih. "Sorry.. tapi abang masih tak selesa dengan dia." Raf merenung mataku.
"Nanti lah.. kita fikirkan macam mana." Kataku sambil mengangkat bahu. "Nanti nanti.. bila nanti yang awak maksudkan tu?" Raf menjeling sebelum ketawa.
"Nanti kita cukupkan duit dia untuk dia pergi dari sini." Tambah Raf lagi. Aku menggeleng. "Nanti jadi apa apa dekat dia macam mana?" Soalku. "Sayang.. dia dah besar. Pandai pandai dia lah." Raf kelihatan tak berpuas hati.
"Tapi dia perempuan.. dan dia kawan saya." Balasku. "Kalau saya jatuh hati pada dia macam mana? Ha!" Raf tersenyum sambil mengangkat kening.
"Mana boleh! Awak kan saya punya!" Marahku sambil cuba untuk menjarakkan diri dari Raf.. "Ha tahu pun marah. Dah tu, suruh lah dia cari rumah lain."
Aku menjadi serba salah.. aku taknak Raf jatuh hati pada Ija.. tapi aku taknak Ija berjauhan dari aku setelah apa yang Haris lakukan padanya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sayang Sangat ✔
RomansaDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx