Ara pov.
"Assalamualaikum.." loceng ditekan.. suara Ija. Aku lantas bergerak ke arah pintu dan membukanya.
Ija dan Iffa. Ija menarik aku ke dalam pelukannya... "rindu." Ija tertawa kecil sambil melepaskan pelukannya.
"Masuk lah.. Zack pun ada." Kataku sambil memegang bahu Ija.
Aku melabuhkan punggung disebelah Raf. "Ija." Zack menguntumkan senyuman. "Hi.." balas Ija sambil melabuhkan punggung dihadapan kami.
"Okay.. awkward sebab aku nak jumpa kau sorang je." Ija menggigit bibirnya.
Aku ketawa.. "awak berdua boleh pergi jauh sikit?" Aku mengangkat kening. Raf menggeleng. "Isy! Awak ni..." aku merenung Raf tajam.
"Yelah..." "jom Zack." Raf dan Zack melangkah pergi, agak jauh dari kami.
Aku memandang Ija. "Hm... macam mana eh." Ija menggaru kepalanya yang tidak gatal. "Kejap.. ni pasal siapa?" Aku mengerutkan dahi. "Haris." Ija menggigit bibirnya.
"Dia nak balik pada aku. Tapi aku... tak tahu lah." Ija mengangkat bahu. "Aku masih lagi isteri Ad walaupun dia er.. kurang waras." Ija tertawa kecil.
"Aku patut balik pada Haris ke macam mana?" Ija memandangku. Aku mengangkat bahu. "Tapi, dia takkan buat lagi ke macam dulu?" Soalku sambil memandang Ija yang sedang mengeluh.
"Tak tahu.. tapi kita boleh doakan dia supaya berubah, kan?" Ija tersenyum.
Aku mengangguk perlahan. "Sebab aku fikirkan pasal Iffa. Kalau bukan sebab Iffa, tak adanya aku nak rujuk dengan Haris." Ija menggeleng. "Jadi, aku kena naik mahkamah dulu untuk bercerai dengan Ad.." Ija menjeling ke arahku.
Aku tertawa kecil.. "sorry sebab buat kau kahwin dengan Ad." Aku menggaru kepala yang tidak gatal.
"Bukan salah kau. Kau sendiri tak tahu aku kahwin dengan dia." Ija tersengih. "Tapi tak apa.. sepanjang kahwin, dia tak pernah sentuh aku kot.. macam sia sia je kahwin. Setakat bercium, sesiapa pun boleh, baik aku kahwin lain." Ija mendengus sambil ketawa.
"Cakap pasal Ad.. dia kat mana sekarang?" Aku menjeling Raf yang sedang menuju ke arah kami.
"Hospital.. doktor sahkan dia memang ada tekanan jiwa." "Lepas dia dapat kau, terus otak dia hilang fungsi. Tapi kelakar juga lah.." Ija tertawa kecil.
"Tak baik lah kau gelakkan suami sendiri." Aku mencebik.. Raf melabuhkan punggung disebelahku.
"Ad dekat hospital ke sekarang ni?" Raf mencelah. Tak malu pasang telinga.
"Eh, mana Zack?" Aku menoleh ke belakang. "Dah balik dah.. dia nampak abang makin okay, dia ajak masuk kelas cepat sikit. Tak boleh tengok orang nak berehat kat rumah dengan isteri." Raf memaut bahuku sambil tersengih.
Ija berdehem. "Ad kat hospital... otak tak betul." Ija tertawa kecil. Seronok betul dia gelakkan Ad.
"Korang taknak melawat dia ke?" Ija mengangkat kening. "Tak kot.. takut makin tak betul lepas nampak Ara." Raf memandangku sambil tersenyum.
"Itu lah.. sukakan Ara sampai gila macam tu. Tapi masa sekolah dulu dia budak pandai.." Ija membuatkan aku merasa serba salah.
________________________
Selesai mencuci muka... aku melangkah keluar dari bilik air.
Raf sibuk menekan telefonnya. Aku menuju ke arah katil. Perlahan lahan aku melabuhkan pungung diatas katil..
"Kesiannya dia, perut berat sangat." Raf memegang perutku..
Aku tertawa kecil sambil membetulkan posisi untuk baring.
Raf meletakkan bantal sedikit tinggi dari biasa. Aku memeluk pinggang Raf.. tangannya mengusap kepalaku.
"Awak rasa kan.. Ad jadi macam tu sebab saya ke?" Soalku sambil memejamkan mata. "Apa sayang cakap ni.. tak lah." Raf mengucup dahiku.
"Ad tu memang tekanan dari dulu.." tambah Raf lagi. "Tapi saya tambahkan tekanan dia." "Sayang... bukan salah awak." Raf memegang pipiku... aku mengeluh.
"Sayang letih? Nak tidur ke?" Soal Raf. Aku sekadar mengangguk sambil tersenyum hambar. "I love you." Bisik Raf. "I love you more.." balasku sambil memeluk Raf erat..
![](https://img.wattpad.com/cover/75264173-288-k589378.jpg)
YOU ARE READING
Sayang Sangat ✔
RomanceDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx