Ara pov.
Mata kami bertaut.. Jari jemarinya mengelus lembut rambutku..
Raf menyentuh bibirku menggunakan ibu jarinya...
"Rindu nak peluk isteri abang ni." Raf memeluk pinggangku erat.
"Kalau setakat rindu nak peluk, dengan sesiapa pun boleh lepaskan rindu tu.." balasku tanpa memandangnya. "Tapi tak sama dengan isteri abang ni." Raf mengucup hidungku sambil tersengih.
"Oh! Maknanya dah peluk orang lain lah ni?" Aku memandangnya tajam. "Ya..." balasnya, ringkas. Aku terkedu...
"Mama. Abang peluk mama." Tambah Raf lagi sambil ketawa. Aku menyembunyikan wajahku pada dadanya..
Raf mengucup lembut kepalaku aku sambil tangannya memgusap belakangku..
"I love yo-" aku menekup mulut, cuba menahan muntah. Cepat cepat aku mengangkat kepala dari situ dan terus berlari ke dalam bilik air.
Aku mengeluarkan segala isi perut yang ada didalam sinki... belakangku ditepuk tepuk Raf.
Aku menarik nafas kerana terlalu letih... setelah selesai mengeluarkan segala isi perutku, aku berkumur. Raf masih disisi, sedang menepuk belakangku.
"Tak apa.. dah okay." Aku menolak lengan Raf perlahan.. sambil melabuhkan punggung diatas katil sambil menekup muka.
"Sayang.. I'm sorry." Raf meminta maaf. Entah untuk kesalahannya yang mana satu. Aku mengangkat muka untuk memandangnya. "Why?" Keningku diangkat sedikit.
"Sebab buat awak macam ni, kalau awak tak mengandung mesti awak tak letih sampai macam ni sekali. Semuanya salah saya." Raf memegang tanganku sambil melutut diatas lantai.
Aku tertawa kecil. "Awak... tak buat lawak.. tak boleh ke?" Aku menjelingnya. "Betul lah. Hasil kerja saya, mesti lah saya rasa bersalah." "Yakin je-" "ha, nak cakap bukan anak saya lah tu.. padahal saya sorang je yang berani sentuh awak, dah la garang macam harimau." Kata Raf sambil mencuit hidungku. Aku meletuskan ketawa.
"Rindunya tengok awak gembira macam ni..." Raf tersenyum. "Mana ada gembira. Saya ketawa sebab kelakar." Aku mencebik.
"Yelah.. orang tengah mengandung kan.." Raf tersengih. "Tak sabarnya daddy nak tunggu baby keluar." Raf mengusap perutku..
"Kalau baby lelaki... daddy nak ajar main bola. Kalau girl... hm, taknak lah ikut mommy, mommy." Aku mencebik sebelum Raf ketawa, mengucup lembut perutku beralaskan kemeja yang aku pakai.
Raf kelihatan tidak sabar menunggu kehadiran baby..
Mungkin dah muak dengan aku agaknya, asyik muka yang sama je dekat rumah ni.
"Sayang.. um, saya minta maaf sebab malam tu, sa-" "malam ni nak makan apa?" Cepat cepat aku memotong cakapnya.
Sejujurnya aku tidak mahu mengingati kejadian itu lagi. Dah muak. Malas nak ingat.. rasa nak mengamuk.
Raf menelan liur. "Nak makan masakan awak tapi, hm..." Raf memandang bibirku..
"Kita makan Nando's nak?" Raf memberi cadangan. Aku mengangguk laju. "Okay, pergi siap.." "tapi kalau saya muntah lagi, macam mana?" Aku menongkat dagu..
"Hm.. tak apa, abang sangkutkan plastik dileher awak. Nak muntah nanti senang lah." "Ingat kelakar?" Aku menjeling tajam ke arah Raf.
Raf meletuskan ketawa. Eleh.. seronok dia kenakan orang.

ANDA SEDANG MEMBACA
Sayang Sangat ✔
RomanceDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx