bab28

64.1K 1K 50
                                        

Ara pov.

Selesai menyediakan sarapan.. aku terdengar langkah kaki Raf turun anak tangga. "Awalnya.." Raf tersenyum sambil memelukku dari belakang.

Aku meleraikan pelukannya dan mengambil tempat duduk. Raf menarik kerusi dihadapanku..

"Sedapnya sandwich sayang." Kata Raf selepas menggigit sandwich telur..

Hek eleh! Nak ambil hati lah tu. Aku menuang hot chocolate ke dalam cawan kami berdua.

Memang aku masih marahkan Raf.. tapi Raf adalah suami. "Ara..." panggil Raf, manja. Aku memandangnya tanpa berkedip..

"Rindu." Kata Raf sambil tersenyum. "Ei! Mengada." Aku mencebik. Raf tertawa kecil.

Selesai bersarapan, aku terus meninggalkan meja makan dan bergerak ke arah ruang tamu.

Aku melabuhkan punggung diatas sofa.

Aku mengambil telefonku diatas meja. Entah bila aku letak sini..

Tanganku lincah menekan game didalam telefon.. "sayang." Panggil Raf, aku tidak memandangnya..



Raf mengambil tempat disebelahku. "Main game je tahu." Raf meletakkan pipinya dikepalaku.

"Esok sayang duduk rumah tau?" Soal Raf. Aku memandangnya sambil pause game didalam telefonku. "Esok ada kelas. Taknak terlepas lagi." Jawabku.

Raf tersenyum.. "awak tu tak sihat sepenuhnya lagi." Raf meletakkan tangan diperutku. "Hm.. bila nak besar ni baby?" Raf mengusap lembut perutku membuatkan aku tersenyum.. cepat cepat aku kembali bermain game didalam telefon.

"Awak sayangkan saya tak?" Bisik Raf sambil memegang tanganku.. aku tidak menjawab. Diam.

"Sayang.. kiss me." Pinta Raf. Aku berpura pura tidak dengar..

Raf merebahkan badannya diatas sofa sambil meletakkan kepalanya diatas pehaku. "Kiss me.." pinta Raf lagi. Aku langsung tidak memandangnya.

Raf mengusap kepalaku sambil mengangkat kepalanya sedikit... bibirnya menyentuh bibirku lembut. Aku hampir terjatuh ke dalam ciumannya..

Aku menahan diri dari menciumnya kembali. Raf melepaskanku perlahan lahan sambil tersenyum.. "okay.. maybe you don't love me that much." Raf tertawa kecil..

Raf bangun dari pangkuanku dan terus melangkah masuk ke dalam bilik air.

Maafkan saya..

***

Macam biasa. Cuma nak suruh support kawan saya Alitanist ehek

Sayang Sangat ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang