bab69

49K 864 35
                                    

Ara pov.

Telefon diatas meja berdering.. aku menjeling Raf yang sedang mengeringkan badannya yang basah dengan tuala.

Aku mengambil telefonku diatas meja.. mataku tak lekang dari Raf..

"Hello?" Ija.. "hi.." jawabku, mataku memandang ke tempat lain pula. "Nak jumpa sekejap boleh? Nak bagitahu something." "Something? Pasal apa?" Aku menjadi tertanya tanya.. macam macam yang difikirkan aku.

Ad dah tak gila ke? Ke Ad tengah cari aku?

"Aku nak jumpa kau.. aku pergi rumah kau eh?" Soalnya.. aku mengangguk sebelum terfikir, Ija tak boleh nampak aku.

"Datang lah.." aku ketawa kecil. "Okay.. aku pergi petang sikit." "Okay... nanti datang, bagitahu." "Ye mommy!"

"Siapa tu?" Soal Raf selepas aku mematikan talian. "Ija." Balasku sambil meletakkan telefon diatas meja kembali.

"Nak datang sini ke?" Soal Raf sambil memakai boxer dihadapanku. "A'ah.." balasku tanpa memandangnya.

"Dia nak tinggal sini lagi ke?" Soal Raf sambil merapati aku. Aku menggeleng. "Tak kot. Dia cakap nak bagitahu something." Aku mengangkat wajah untuk memandang Raf yang sudah pun menutup tubuhnya dengan pakaian.

__________________________

Bunyi loceng pintu ditekan dari bawah.. aku melangkah perlahan lahan.

Perut semakin membesar.. sudah masuk 6 bulan.. aku yang 30% isi dan lainnya adalah tulang membawa dua bayi didalam kandunganku sendirian.

"Assalamualaikum!" Suara Zack. Sedikit hampa. Aku sangkakan Ija. Tapi tak mengapa...

Aku membukakan pintu untuk memandang Zack yang sedang tersengih. "Dah besar dah.." kata Zack sambil tertawa kecil.

"Masuk lah Zack.." pintaku sambil membukakan pintu untuk Zack.

"Mana Raf?" Soal Zack sambil memandang sekeliling. "Solat.." balasku sambil melabuhkan punggung diatas sofa.

"Oh.. yeke. Sya tak datang sini ke?" Soal Zack sambil menggaru kepalanya. "Awak rindu dia ke?" Soalku sambil mengangkat kening.

"Tak ada lah.. tanya je. Rasa macam kosong je hidup tanpa dia." Zack tertawa kecil. "Kalau rindu, cakap je rindu.." aku tersengih..

"Tapi kan Sya tengah sibuk kemas barang sebab dia nak pindah-" "yeke?!" Zack memotong cakapku. "A'ah.." jawabku sambil memerhati gelagatnya. "Kenapa dia tak bagitahu saya yang dia nak pindah rumah? Dia pindah ke mana?" Soal Zack... risau.

"Perlu ke dia bagitahu awak yang dia sibuk kemas barang untuk pindah bilik." Aku ketawa mengejek.

"Nampak tak.. awak risau dengan Sya?" Aku mengusik.. "mana ada.. tak ada Sya, saya rasa macam dah takde hiburan lagi dah." Balas Zack sambil tertawa kecil.

"Seronok nampak ketawa dengan isteri orang." Raf melabuhkan punggung disebelahku. Zack tertawa kecil.

"Mana ada.. aku sedih lagi ada lah, Ara jadi milik kau.. bukan aku." Zack menarik muka. "Kau jangan jadi macam Ad sudah.." Raf tertawa kecil.

"Tak.. Zack takkan jadi macam Ad sebab dia sayangkan Sya." Aku menjelirkan lidah.. Zack tertawa kecil. "Mana ada. Pandai pandai je.." Zack membalas dengan menjelirkan lidah kepadaku.

"Korang berdua ni jangan buat aksi tak senonoh depan aku boleh tak?" Raf memandang aku dan Zack silih berganti sebelum kami meletuskan tawa..

Sayang Sangat ✔Where stories live. Discover now