Ara pov.
"Awak tahu kan.. kenapa abang taknak tidur sana?" Soal Raf ketika memandu keretanya.. aku sekadar mengangguk perlahan.
Sebab taknak disoal lebih banyak. "Bagus lah dah tahu. Dan pasal pagi tadi.... abang minta maaf." Raf menarik tanganku rapat ke pehanya.
"Tak apa.. saya tak ambil hati pun." Tak ambil hati lah sangat! "Betul ni?" Soal Raf tanpa sedikit rasa bersalah pun. Ya tuhan...
"Kita keluar sekejap tau." Pinta Raf, aku sekadar mengangguk. Kalau aku jawab taknak kang makan penumbuk pula dalam kereta ni.
Raf membukakan pintu keretanya untukku. "Thanks." Aku tersenyum sambil melangkah keluar kaki dari dalam perut kereta.
Aku jalan disebelah Raf... perlahan lahan tanganku ditariknya.
"Tak apa kan abang pegang ni?" Soalnya sambil memandangku, aku masih lagi mengangguk.
"Abang nak belikan dress untuk isteri cantik abang." Bisik Raf. Aku memandangnya.. "what for?" Soalku. "Untuk jadi queen..." Raf memaut bahuku.
"Raf? Rafael?" Satu suara... aku menoleh ke arah pemilik suara. Seorang gadis melayu yang berambut blonde. Raf menggaru kepalanya.
"Girlfriend awak panggil." Sengaja aku menyakitkan hatinya sebab hati aku dah pun terluka lepas terdengar perempuan lain memanggilnya.
"Biar je lah dia." Raf memelukku lebih rapat. Terasa bahuku ditarik dan
PAP!
Terasa panasnya dipipi. "Perempuan tak tahu malu!" Jeritnya membuat semua mata mata disitu memandang kami.
Raf yang terkejut dengan perbuatan perempuan itu cepat cepat menarik aku ke belakangnya.
Aku yang tak bersalah juga ditampar dihadapan orang ramai.
Aku memandang wanita dihadapan kami. Pipiku pedih, pedih lagi hati ni bila dimaki hamun dikhalayak ramai.
"Kau sini!" Raf menarik kasar lengan perempuan itu keluar dari situ.
Aku hanya mengikuti mereka dari belakang. "You ni kenapa?! Siapa betina ni?!" Perempuan tersebut menunjuk ke arahku.
Satu tamparan hinggap dipipi wanita itu... lebih kuat. Perempuan tersebut memegang pipinya sambil mengerling ke arah ku. "Kau sundal! Perampas! Kau tak tahu malu!" Belum sempat tangannya tiba dirambutku, Raf menolak gadis itu.
"Kau patut sedar diri sikit. Kau tu yang sundal!" Tempik Raf. "Sayang... kenapa buat I macam ni?" Perempuan itu menarik tangan Raf.
"Aku dah kahwin. Kau tak payah lah nak kacau aku lagi. Tak ada maruah ke?" Bidas Raf..
"Wait...what?" Perempuan tersebut merenungku tajam. "Dengan dia ni?" Soalnya sambil menunjuk ke arahku.
Raf menarik tanganku. "Jangan kacau aku lagi." Raf memandangnya. "Kau! Aku tak habis lagi dengan kau!" "Cik ingat saya dah habis ke dengan cik? Tamparan tadi tu masih terasa tau." Aku menggosok pipi menggunakan tangan.
"Hari ni hari kau. Esok hari aku. Kita tunggu." Perempuan tersebut berlalu pergi.
"Sakit tau tak!" Marahku sambil memegang pipi. "Sorry. Abang tak tahu pula dia boleh buat macam tu." Pujuk Raf. "Nanti kalau jumpa dengan girlfriend awak yang lain macam mana? Habis lah pipi saya, dah tak payah pakai blusher dah." Aku menarik muncung.
"Sayang... taknak ungkit. Ungkit pasal sayang kang." Raf memeluk bahuku. "Tak payah masuk sana balik. Kita pergi tempat lain je lag." Raf membukakan pintu kereta untukku...
Sekali lagi... lelaki yang bergelar suami membuatkan aku rasa diri ni selamat walaupun ditengking, dimarahinya hari hari...
![](https://img.wattpad.com/cover/75264173-288-k589378.jpg)
YOU ARE READING
Sayang Sangat ✔
RomanceDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx