bab42

49.7K 920 36
                                    

Ara pov.

Selesai menyediakan sarapan. Aku bergegas keluar dari rumah. Aku mengambil teksi yang lalu dikawasan itu.

Entah bila nak ambil kereta yang sudah pun siap dibaiki dirumah papa.

Aku membayar upah teksi sebelum melangkah keluar dari situ..

Pintu dibuka.. tangan ni, aku kenal.. Raf.

Aku tidak memandangnya.. laju sahaja kakiku melangkah masuk ke dalam kelas.

Seperti biasa, aku melabuhkan punggung disebelah Sya. "Sya.." panggil Raf.. aku memegang tangan Sya.

Sya memandang aku dan Raf silih berganti. "Apa?" Soal Sya sambil memegang tanganku lebih erat.

"Bagi aku duduk de-" "no." Aku memotong cakapnya.. "er... korang ni kenapa?" Sya menjadi serba salah pula disebabkan kami.

"Masalah rumah tangga lah." Jawab Zack sambil memandangku yang sedang dingin.

"Sayang.. kita bukan dekat rumah. Tolong behave.." pinta Raf sambil memandangku.

Aku tersenyum sinis.. "behave.." aku memandangnya sambil mengangkat kening...

Ingin sahaja mulut ni mengata sesuatu yang pedas.. tetapi bila difikirkan balik, tu maruah Raf.

"Dah laa.. awak nak duduk sini sangat kan, ha! Duduk lah." Kataku sambil mengangkat punggung dari situ.

Aku melangkah keluar dari situ.. air mata jatuh lagi.. aku menekup muka dengan menggunakan tangan.

Sampai bila.. "Ara?" Suara... suara Ad. Aku mengangkat muka. Ad menghampiriku.. "awak okay ke tak?" Soal Ad sambil menarikku ke dalam pelukannya.

Aku menggeleng. "You deserve better." Bisik Ad sebelum aku cuba menjarakkan diri darinya.

"Tak guna!" Raf meninggikan suaranya dari belakang. Dia menghampiri kami.. tanganku ditarik kuat.

"Kau! Kalau nak dia, guna cara baik sikit!" Raf menuding jari ke arah aku. Ad tenang sahaja memandang Raf..

"Aku cuma bagitahu perkara sebenar je.. sampai bila kau nak hukum dia macam ni?" Soal Ad sambil memandangku. Aku mengesat air mata dipipi dengan menggunakan lengan baju.

"Dia masih muda dan mentah untuk kau hancurkan dia.. come on, Raf.. ceraikan dia." Kata Ad sambil memandangku..

"Sampai mati aku takkan ceraikan Ara.." balas Raf tanpa memandangku.

"Hm.. kasihan lah anak kau yang bakal lahir tu nanti, tak ada bapa.." Ad mengangkat bahu..

"Aku berani sumpah! Tu bukan anak aku!" Suara Raf meninggi. Semakin ramai yang menyaksikan perbalahan antara mereka.

"Macam mana boleh bukan anak kau? Sedangkan.... kau je pussy hunter." Ad tertawa kecil.

Mata Raf berubah merah. Aku menarik lengan Raf dan berlalu dari situ..

"Jom balik.." pintaku. Raf hanya mematuhi.. aku membuka pintu sendiri.

Aku dan Raf hanya berdiam diri sahaja didalam kereta.

"Saya takkan ceraikan awak.." kata Raf. Suaranya terketar ketar... air mata yang aku tahan dari tadi akhirnya terjatuh juga.

Aku juga tak mahu dicerai oleh Raf. Tapi, Raf selalu menyakiti aku... anggap je lah jodoh tak panjang.

Kereta diberhentikan dikawasan perumahan.. yang pasti bukan rumah kami.

"Ikut saya." Pintanya sambil menarik pergelangan tanganku..

"Buka pintu ni! Rina!" Raf mengetuk pintu dihadapannya beberapa kali.

"Apa awak ni? Tak payah lah!" Marahku.. cuba untuk melepaskan tangan Raf dari memegang pergelangan tanganku.

"Saya nak buktikan itu bukan anak saya!" Tengking Raf..

Pintu dihadapan kami dibuka. Perempuan didalam gambar tu... yang meniduri Raf. Ingin sahaja aku menamparnya...

"Raf?" Soalnya sedikit terkejut. "Ni anak aku ke?" Soal Raf, kasar..

"Er.. masuk lah dulu." Gadis dihadapan kami memperlawa. "No!" Suara Raf meninggi.

"Malu lah jiran dengar.." kata gadis itu.. Raf melangkah masuk ke dalam rumah.

"Ya.. ni anak awak." Balasnya sambil menjeling ke arahku. Aku tertunduk... "perempuan tak gu-" "dah lah! Saya nak balik!" Aku memotong suara Raf..

"Taknak.. tunggu sampai perempuan ni mengaku." Pinta Raf.. aku menggeleng. "Dia dah mengaku. Apa lagi?" Soalku... cuba menahan air mata.

"Dia menipu!" Raf meninggikan suaranya kembali.

"Kau bagitahu isteri aku perkara sebenar!" Raf menarik kuat lengan gadis itu. Aku sedikit terperanjat dengan kelakuannya.

"Anak yang aku kandung ni, anak kau Raf.." jawab gadis bernama Rina dihadapan kami sambil tersenyum.. senyuman yang menyakitkan hati.

Aku memejamkan mata.. terdengar satu tamparan yang kuat. Aku membuka mata untuk melihat Rina yang memegang pipinya yang menjadi merah..

"Bodoh! Baik kau cakap benda betul!" Raf menarik rambutnya ke belakang, tangannya satu lagi diangkat untuk memberi satu lagi tamparan.. cepat cepat aku menarik lengannya.

Raf menoleh ke arahku. Aku menggelengkan kepala. "Tak apa..." tak sedar air mata dah pun menitis..

Perlahan lahan Raf melepaskan rambut Rina dari tangannya. Raf menarikku ke dalam dakapannya.

"Saya akan buktikan nanti." Suara Raf pecah. Aku menggeleng.

Setibanya dirumah. Raf seperti biasa... membukakan pintu.

Aku melangkah ke arah bilik tetamu tetapi dihalang Raf. "Bilik kita.." kata Raf. Aku menggeleng. "Tak apa." Gumamku, perlahan.

Raf mengangkatku.. aku tidak melawan, tidak menjerit. Hanya diam..

Raf membuka pintu bilik.. aku dibaringkan ke atas katil.

Raf merapati aku.. "saya minta maaf." Tanganku dipegang. Aku menggigit bibir dari dalam.. cuba menahan diri dari menangis.

"Memang saya pernah buat macam macam.. tapi saya tak pernah bagi benih saya.. saya.. saya berani sumpah!" Air mata Raf menitis ditanganku.

Aku menelan liur... macam macam yang aku sedang fikirkan.

Raf memelukku.. aku membelakanginya, tidak mampu berhadapan dengannya buat masa sekarang. Terdengar esakkan Raf dari belakang membuatkan air mataku menitis..

Sayang Sangat ✔Where stories live. Discover now