Ara pov.
Pintu dibuka... aku hanya memerhati dan mendengar suara suara disebalik pintu.
Seorang perempuan bersama dua orang lelaki. Sya, Zack dan Ad. Entah mana mereka tahu yang aku berada disini.
Sya menerpa ke arahku. Dia memegang kepalaku.. "Ara! Macam mana boleh jadi macam ni?!" Sya memegang tanganku.. mungkin sedang menyalurkan kekuatan kot.
"Sebelum tu. Mana tahu aku kat sini?" Aku memandang Sya.. "Kitorang paksa Ad bawa..." Sya menjeling ke arah Ad yang dari tadi hanya tersenyum.
"Mana awak tahu?" Soalku sambil memandangnya. "Saya tahu semua benda pasal awak." Ad mengenyitkan mata. Aku tertawa kecil sebelum mukaku berubah serious. "Betul betul lah!" Marahku..
"Okay... tapi," Ad menunjuk ke arah Zack dan Sya. "Korang pergi jauh sikit.." "Oh! Kau halau kitorang eh! Okay.. aku balik terus ni!" Sya berpura pura merajuk. Aku tertawa kecil..
"Raf.. mama Raf yang bagitahu." Ad melabuhkan punggung diatas katil. "Kejap.. mama Raf? Apa kena dengan awa... Oh God.. awak abang tiri dia, kan?" Aku menutup mulut menggunakan tangan.
"Saya harap saya boleh cakap tak, tapi ya." Ad menggaru kepalanya sambil memandangku dengan kekok. "Dan.. awak tahu segalanya tentang kami?" Aku cuba mengorek lagi. "Maybe...." Ad menggigit bibirnya.
"Pasal wedding...?" "Tahu. Baru je tahu.. kalau tahu dari awal, takkan lah saya nak suka- er awak." Ad menggaru kepalanya, janggal mungkin.
"Nah.. saya ada belikan kek. Mama cakap awak sukakan kek red velvet." Ad menghulur kotak kecil yang berisi dua potong kek red velvet.
Kenapa lah Raf tak macam Adrian? Aku tersenyum.. "terima kasih." "Dah boleh datang dekat ke?" Soal Zack dari jauh.
"Datang lah." Panggilku sambil ketawa kecil.
"Ara, makan lah dulu kek tu. Nanti dah cair tak sedap pula." Ad memegang tanganku.
"Makan lah. Kalau tak habis, saya tolong habiskan nanti." Zack tersengih dihadapanku. "Takdanya... Ara suka, kau cuma boleh makan kotak." Seloroh Sya. Aku tertawa melihat telatah mereka.
"Korang berdua ni bila nak kahwin? Terhibur betul aku dengan korang." Wajah Sya dan Zack tiba tiba berubah warna.
"Saya-" pintu bilik dibuka. Wajah Raf tersembul dimuka pintu. Raf memandang aku tak berpuas hati. "Aik? Kau buat apa kat sini?" Soal Zack, sedikit keliru..
"Macam korang, melawat Ara. Tak boleh?" Balas Raf, dingin. "Boleh. Tapi kau tak masuk kelas dah tiga hari. Itu yang aku pelik sebab kau boleh je datang sini." Zack memegang dagunya. "Okay lah. At least kau hidup lagi." Zack tertawa kecil.
Raf mendekatiku. "Saya balik dulu eh?" Ad meminta diri.. "tunggu lah dulu. Kenapa nak balik awal sangat ni?" Aku menarik lengan bajunya..
"Dengan orang lain siap tak bagi balik, dengan suami sendiri.. meh." Ngomel Raf sendirian.
"Suami? Apa kau merepek ni? Sejak bila Ara kahwin?" Zack semakin keliru. "Aku masih single okay." Tambah Zack lagi. Raf mendiamkan diri. "Oh... patut lah, boyfriend bagi kek. Kegemaran pula kan.." Raf tertawa sinis.
"Er... aku rasa, betul cakap Ad.. kitorang balik dulu." Sya memegang tanganku, dikucup pipiku dan terus melangkah pergi.
"Kalau perlukan apa apa, call saya." Pesan Ad sambil menutup pintu.. "kenapa tak campak macam yang awak buat pada saya pagi tadi? Sebab boyfriend yang bagi? Tengah hargai lah ni?" Raf memegang kotak kek dihadapanku..
"Sorry sayang, tapi benda ni lebih layak masuk ke sini." Raf mencampak kek pemberian Ad ke dalam tong sampah. "Awak ni kenapa?!" Aku menjerit. "Awak tu yang kenapa?!" Suara Raf lebih tinggi dariku.
"Saya benci awak! Saya taknak awak!" Aku melepaskan amarahku..
"Lantak! Awak benci ke awak taknak ke.. awak masih isteri saya!" Raf menengking.
"Tak boleh ke tak sibuk hal saya?! Saya tak pernah sibuk pasal girlfriends awak!" Aku mengenggam cadar.
"Sebab awak tak pernah kisah!" Raf menengkingku kembali. "Tak kisah? Awak sedar tak apa yang awak cakap ni? Awak tu yang buta, isteri awak menangis sebab apa? Sebab tak kisah? Isteri awak marah sebab apa? Sebab tak kisah?" Aku tersenyum sinis sambil menggelengkan kepala.
Raf terdiam.. Raf meraupkan wajahnya beberapa kali.
"Saya minta maaf sebab sakitkan awak.. lagi dan lagi tanpa henti. Bagi saya peluang.. maafkan saya." Raf memegang tanganku. "Saya sanggup buat apa je untuk dapatkan kemaafan dari awak." Raf merayu.
Aku memandangnya.. dengan air mata ditubir mata, aku membuka mulut, "buat apa je?" Soalku, bibirku bergetar..
Raf mengangguk sambil merapati aku. "Ceraikan saya." Air mata akhirnya menitis.. aku menundukkan wajah.
Raf melepaskan tanganku. "Saya lebih rela tak dimaafkan daripada kehilangan awak." Raf tersenyum.. matanya berkaca.
"Awak nak kek? Saya pergi belikan.." Raf langsung tidak memandangku..
Kakinya laju sahaja melangkah meninggalkan bilik ini. Pintu ditutup rapat. Aku memejamkan mata..
Membiarkan air mata jatuh tanpa diseka..
**
GUYSSSSSS SUPPORT CERITA BEST FRIEND I! CERITA DIA BEST NAK MAMPOSSSS Alitanist !!!!!!!!
YOU ARE READING
Sayang Sangat ✔
RomanceDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx