Ara pov.
"Jangan degil boleh tak?" Marah Raf ketika aku sedang mencari pakaian untuk ke kolej. "Awak tu yang jangan degil.." aku menepis tangannya dari menghalang aku mencari baju.
"Ara.. jangan melawan." Satu perintah. Aku terdiam. "Tapi saya nak pergi..." aku memandangnya dengan penuh harapan.
"Saya rindukan Sya... dan Zack." Balasku sambil memuncungkan mulut..
Raf menjelingku tajam. "Rindu? Kejap lagi saya bawa diorang datang sini." Kata Raf sambil tersengih.
"Taknak. Saya nak pergi dengan awak." Balasku sambil memandangnya... mengharapkan keizinan dari suami..
"Macam ni lah... disebabkan abang ada isteri yang degil. Hari ni sayang berehat dirumah.. esok kita pergi bersama. Okay?" Raf tersenyum.
Aku menggigit bibir sambil mengangguk. "Sekarang, awak pergi tidur." Kata Raf sambil menunjuk ke arah katil.
"Awak ingat saya sakit ke? Darah je yang turun. Ya Allah Raf.." aku meraup wajah beberapa kali.
"Tak kisah... yang penting saya nak isteri dan anak saya selamat. Go.." kata Raf, tegas. Aku masih tidak bergerak dari situ malah mencebik pula.
"Ei.. dia ni." Raf mengangkatku sambil tersengih. "Turunkan!" Pintaku sambil menjerit. "Taknak. Siapa suruh degil?" Raf mengangkat kening sambil membaringkan aku diatas katil.
Raf menjeling jam didinding. "Ya Allah... abang layan karenah awak sampai tak sedar dah terlewat!" Kata Raf sambil melepaskan aku...
Raf mengucup bibirku sebelum meninggalkan aku sendirian diatas katil. Satu hari lagi yang membosankan....
Seperti biasa.. Adrian akan menelefonku untuk bertanya tentang kehadiranku..
"Awak sakit teruk ke?" Soal Adrian. Aku sekadar menggeleng sebelum tersedar Ad tak boleh nampak aku. "Takde lah teruk sangat." Aku tersengih.
"Awak nak saya ke sana?" Soal Ad. "Tak.. tak apa." Aku menelan liur. Ad ketawa.. "Ara..." "ye?"
Ad terdiam. "Hello?" Panggilku.. Adrian masih terdiam. "Kalau taknak cakap, saya nak-" "saya rindukan awak." Ad memotong kata kataku. Aku pula yang terdiam kali ni.
"Tapi awak Raf punya." Tambahnya lagi.. "sa-" "awak tak perlu cakap apa apa.. dengar je." Kata Ad lagi. "Saya patut make a move dulu... bukan Raf." Kata Ad.. aku menarik nafas yang berat.
"Saya sukakan awak dulu... bukan Raf. I loved you first." Katanya... bagai de ja vu.. aku merasakan ini semua pernah terjadi.
"Awak patut bersama dengan saya sekarang, bukan jantan tak guna tu. Awak dese-" "Ad..." panggilku. "Ye?" Soalnya..
"Kenapa awak bencikan Raf?" Soalku, perlahan. Ad tertawa kecil..
"Dia rampas segala galanya dari saya. Papa, kasih sayang dari maktok, dan sekarang.. dia rampas awak." Ad berdehem..
Aku terdiam seketika. "Sorry." Gumamku. "bukan salah awak pun." Tambahnya lagi. "Mungkin.. orang macam saya memang tak ada happy ending." Ad tertawa kecil..
"Tak.. you deserve better." Balasku. "You have no idea what are you talking about!" Suara Ad sedikit meninggi. "Saya tahu!" Balasku.
"Sure you did?" Ad ketawa sinis.
"Ya!" Balasku. "Awak sendiri pun tak sedar yang awak tu lebih layak dapat yang lagi baik.." bidas Ad. "Raf lebih baik dari yang awak sangkakan!" Balasku, suaraku kini sedikit meninggi.
"I don't think so.." "ya.. sebab awak tak kenal dia, sebab tu tak fikir macam tu! Jangan contact saya lagi!" Jeritku sebelum mematikan talian. Benci betul Ad pada Raf.
"Sayang.." pintu rumah terbuka. Aku mengangkat wajah untuk memandang Raf yang sedang masuk ke dalam rumah, senyumam dibibirnya.
"Rindu.." rengekku sambil berjalan ke arahnya. "Ni siapa yang ajar jadi mengada ngada macam ni?" Soal Raf sambil menarikku ke dalam pelukannya. Aku ketawa kecil.
"Menjadi tak?" Soalku, Raf ketawa mendengar soalanku.
"Hi..." tegur satu suara dibelakang. Aku melonggarkan pelukan Raf dan memandang dibelakang Raf.
Sya...
"Raf cakap kau rindu.. rindu ke?" Sya ketawa kecil. Aku melepaskan pelukan Raf dan memegang bahu Sya.
"Rindu nak cubit." Balasku sambil tersengih. "Korang tinggal berdua je ke?" Soal Sya sambil memandang sekeliling.
"Hi mommy yang sakit." Sapa satu lagi suara. Aku menoleh ke belakang untuk memandang Zack.
Aku tersengih. "Raf cakap awak rindukan saya juga." Zack menutup matanya menggunakan tangan. "Kau tak payah mengada.. aku tampar juga dia ni." Raf mengangkat tangan diikuti gelak tawa kami.
"Tak.. saya rindukan Sya je." Aku menjelirkan lidah. "Kan dah cakap?" Sya tersengih.. "duduk lah. Aku buatkan air." Kata Raf sambil memandang mereka.
"Saya buatkan." Kataku sambil menarik tangan Raf. Raf memandangku tajam. "Sayang, awak pergi duduk dengan diorang." Pinta Raf sambil menuding jari ke arah Sya.
Aku menggeleng. "Pergi duduk sendiri atau nak didukung?" Raf mengangkat kening. Aku mencebik sambil melangkah ke arah Sya.
"Rajin juga Raf ni. Aku ingat dia dera Ara dirumah." Sya menggelengkan kepala. Aku ketawa kecil mendengar kata katanya.
"Isteri dia kot. Mesti lah sayang." Zack tersengih sambil memandangku.
"Kalau kau... mesti bakal suami kau cancel nak jadikan kau isteri, dia jadikan kau bibik je." Zack meletuskan ketawa.
Aku tertawa kecil melihat mereka. "Kau ni, mulut! Kang kau kahwin dengan aku.. tak tahu lah." Sya menjelirkan lidah.
"Hm.. dengan aku tak jadi masalah, aku sanggup je terima orang buruk macam kau ni." Zack tak habis habis mengusik Sya.
"Pening aku dengan orang macam dia ni. Nasib baik sorang je, kalau sepuluh... tak tahu lah apa nasib aku." Sya menggelengkan kepala.
YOU ARE READING
Sayang Sangat ✔
RomanceDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx