bab14

91.4K 1.1K 5
                                    

Ara pov.

"Sayang.. bangun." Pipiku terasa panas.. aku membuka mata untuk melihat Raf yang sudah pun mandi dan mengenakan tshirt berwarna biru. "Pergi mandi.." pinta Raf sambil menghulurkan aku tuala berwarna pink

Aku mencari berus gigi di dalam bag. Tak ada!

"Kalau sayang cari berus gigi, dah masukkan dalam bilik air pun." Aku hanya mengangguk.

Selesai mandi, aku berkemeja putih dan berseluar hitam.

Raf dah keluar ke? Alahai... segannya nak keluar.

Aku cuba memberanikan diri melangkah keluar dari bilik.. tercuri dengar dua suara didapur. Raf dan maktok.

"Tolong lah maktok.. Raf datang sini nak kenalkan maktok dengan isteri Raf. Bukan cakap pasal budak tu." Suara Raf sedikit meninggi. "Memang lah.. tapi-" "Raf dah malas nak fikir lagi..." Raf memotong kata maktok. Budak? Budak mana?

"Raf pergi tengok isteri Raf kejap." Raf bangun dari kerusi dan berpaling ke arahku yang sudah pun bergerak ke arahnya sambil tersenyum.

"Mhm... wanginya." Raf merangkul bahuku. "Makan lah sayang.." pinta Raf sambil menarik kerusi, aku melabuhkan punggung disitu.

"Ara makan ke makanan Malaysia?" Soal maktok kepada Raf. Segan pula aku jadinya.

"Makan je maktok.. lagi pun tengok semua ni nampak sedap je." Aku cuba mengambil hati selepas terdengar perbalahan antara mereka tadi...

"Sayang nak mee ke bihun? Atau nasi goreng? Atau.." "saya boleh ambil sendiri." Agak segan aku dimanjakan begini dihadapan maktok.

"Sayang. Jangan melawan." Suara Raf sedikit tegas. "Mee goreng." Balasku, ringkas. "Kan senang macam ni.." balasnya sambil tersenyum.

"Raf nak keluar jumpa Irwan kejap." Raf memberitahu maktok selepas makan. Aku yang masih berada dimeja makan memandangnya. "Sayang nak ikut?" Soalnya, aku menggeleng sambil memandang maktok.

"Betul ni? Jangan rindu pula kalau abang balik lewat." Raf mencuit daguku. "Tak." Aku tertawa kecil. "Jangan balik lewat sangat.." bisikku, Raf mengangguk sambil tersenyum.

Raf berjalan keluar. Maktok mengangkat pinggan mangkuk untuk dimasukkan ke dalam sinki.

Aku membantu maktok mencuci pinggan mangkuk yang bersepah.

"Ara boleh tahan ke dengan perangai Raf tu?" Soal maktok sambil memandang gerak geri aku mencuci pinggan mangkuk dihadapannya.

"Tak boleh juga. Kadang kadang Ara geram." Aku meluahkan sambil tersenyum mengingati beberapa peristiwa yang tak berapa menyedapkan.

"Awak ni asyik nak menang je! Benci tau!" Aku berpaling ke arah lain sambil memeluk tubuh, tanda merajuk. "Yelaaa. Saya kan suami?" Raf tersengih sambil menarik lenganku mendekatinya.

"Tengok bibir ni, tersepit pintu ke apa.." Raf menyentuh bibirku yang muncung. Aku meletuskan ketawa sambil menampar peha Raf. "Benci!" Marahku didalam ketawa.

"I love you..." bisiknya sambil tertawa kecil.

"Ara?" Entah bila tapi maktok sudah pun berada disebelahku. "Eh.. ya?" Terasa panas muka aku saat ni.

"Raf baru je pergi dah terbayang bayang dia ke?" Maktok mengusik. Makin panas laa muka aku. "Tak ada lah. Ara ingatkan mama dengan papa Ara je maktok." Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

"Oh.. cakap pasal papa, kenapa Ara tak pernah nampak papa Raf?" Aku memandang maktok..

"Raf tak bagitahu Ara ke?" Maktok menjadi serba salah pula. Aku menggelengkan kepala. "Ara pun segan nak tanya." Aku menggaru kepala yang tidak gatal.

"Papa Raf dah takde." Maktok membuka cerita. Aku mengerutkan dahi... patut lah Raf tak pernah ceritakan pasal papa dia.

"Dah takde dari dia umur 7tahun lagi." Balas maktok, cuba mencari kekuatan untuk senyum.

"Papa Raf... anak maktok, kan?" Aku cuba meneka. Maktok mengangguk sambil menelan liur. Aku memeluknya, cuba memberi maktok kekuatan.

Aku memimpin tangan maktok untuk duduk diatas sofa. Lebih selesa.

Aku hanya duduk diatas lantai, lenganku merangkul lutut maktok.

"Masa tu... Raf tengah bermain dengan abang tiri dia dekat luar rumah." Abang tiri?! Raf ada abang tiri? "Mesti Raf tak cerita juga pada Ara, kan?" Maktok cuba meneka.. aku mengangguk.

"Raf dengan abang tiri dia bergaduh selepas kematian papa mereka. Sebab..." maktok cuba mencari kekuatan lagi, aku memeluk lutut maktok lebih erat.

"Masa tu Raf tengah ambil bola.. tiba tiba lori menghala kearahnya. Papa Raf pergi selamatkan Raf yang terkaku disitu. Disitu juga lah papanya meninggal. Abang tiri Raf salahkan semuanya sebab Raf." Kata maktok, mungkin sedang mengingati peristiwa itu, air matanya jatuh dilenganku.

Aku mengangkat muka untuk melihat wajah tua itu kelihatan sayu. Tiba tiba wajah Ad bermain dikepalaku..

"Kejap... nama abang Raf... Adrian ke?" Soalku... maktok memandangku tanpa berkedip, maktok sudah pun membuka mulut, belum sempat bersuara...

Satu suara memanggil. "Maktok..." Raf. Raf dah balik. "Abang Raf! Nak tengok magic lagi!" Suara perempuan yang nyaring bersama Raf.

"Nanti lah. Abang Raf kena charge power dulu." Raf ketawa...

"Hi sayang." Sapa Raf selepas melangkah kakinya masuk ke dalam rumah. "Ini ke isteri abang Raf?" Tegur satu suara dibelakangnya.

Rasanya mungkin lebih muda dari kami, sebab tu dia panggil Raf..abang? Dia hanya memandangku atas bawah. "Hm.. cantik tak?" Raf tersengih sambil membelai rambutku.

"Yana lagi cantik." Perempuan yang gelarkan dirinya Yana bermain dengan hujung rambutnya sendiri.

"Kesian... takde siapa nak mainkan rambut." Raf mengusik sambil ketawa.

"Ha! Ni sepupu Raf... Ilyana." Maktok bersuara.. "ni isteri Raf. Ara." Maktok mengelus lembut pipiku.

"Akak Ara ni belajar sekali dengan abang Raf eh?" Tegur Yana sambil mengambil tempat disebelah Raf. "Ya.." balasku, acuh tak acuh.

"Yana pun cantik juga. Nanti dapat suami macam abang Raf." Yana memeluk lengan Raf. Aku hanya memandang Raf sambil mengetap bibir.

Raf perlahan lahan menolak Yana jauh darinya. "Kau nak cari yang macam abang? Tak payah. Nanti kau tu orang buat mainan je." Raf meletuskan ketawa. "Jahat lah! Eee!" Yana mencubit lengan Raf. Ada je tempat dia nak sentuh suami aku budak ni!

____________________

Aku masuk ke dalam bilik... masih tertanya tanya, Adrian tu abang Raf ke? Ke aku memandai buat andaian? "Fikirkan apa tu?" Suara Raf dibelakangku. Bibirnya menyentuh pipiku. Lengannya memeluk perutku. "Bila nak ada baby ni?" Bisik Raf.. aku menjelingnya sebelum mencebik.

"Abang?" Panggilku. "Ya? Apa?" Raf memandangku, aku memandangnya kembali. Menggeleng. "Apa? Cakap lah." Pujuk Raf. Aku merehatkan belakang kepalaku diatas bahu Raf sebelum menggelengkan kepala.

Tak ada apa lah.

Sayang Sangat ✔Where stories live. Discover now