bab51

47.7K 812 13
                                        

Ara pov.

Raf sudah pun beransur pulih.. "sayang, abang pergi dulu.." kata Raf. Aku mengangguk. "Sayang nak ke mana mana tak hari ni?" Soal Raf. Aku mengedipkan mata sebelum mengangguk.

"Ke mana?" Soal Raf sambil memakai kasut. "Bank.." balasku. "Sorang?" Soal Raf. "Tak.. berdua." Aku memegang perut sambil tersengih.

"Lepas tu.. ingat nak melawat Ija." Tambahku lagi. "Macam bahaya je." Raf membuka pintu keretanya.

"Tak bahaya lah.." aku menjelingnya.

"Okay... kalau nak pergi juga, nah.. ni untuk sayang." Raf memberiku kotak telefon yang berlambang apple separuh.

"Sebab rosakkan telefon sayang bulan lepas.." Raf tergaru garu kepalanya. Aku tertawa kecil..

"Tak payah belikan lah! Saya boleh belikan sendiri.." kataku. Raf menghulurkan telefon yang dikeluarkan dari kotak kepadaku.

"Mana boleh.. abang rosakkan, abang ganti lah.. taknak lah jadi dayus." Raf tersengih.. aku sekadar mengakur sahaja.

"Yelah.." balasku. "Tapi abang dah set semuanya sekali dengan phone abang. Tak boleh curang, ta-" "baik sikit.. orang pernah curang ke sebelum ni?" Aku memeluk tubuh.

"Memang lah tak. Abang cakap je.." Raf memegang pipiku dengan kedua dua belah tangannya.

"Lepastu, abang boleh check lokasi sayang kat mana je sayang berada. So... sayang selamat." Raf tersengih sambil mengucup dahiku.

"Abang pergi dulu eh.. nak keluar kejap lagi jangan lupa baca doa.." pesan Raf sambil melangkah masuk ke dalam kereta. Aku sekadar mengangguk.

"Bye mommy!" Laungnya sambil mengundurkan kereta ke belakang. Aku melambaikan tangan kearahnya.

Raf sudah pun jauh dari pandangan mata. Aku terus menuju ke bilik air untuk membersihkan diri.

Selesai membersihkan badan, aku mencari pakaian untuk dipakai. Telefon diatas katil berdering.. telefon yang Raf berikan sebentar tadi.

Husband sayang kacak menghantar pesanan melalui iMessages. Aku ketawa sendirian... menggelengkan kepala, Raf Raf...

Aku membacanya..

10:32am
Husband sayang kacak:
- Hiiii isteri kite 💕
- Dah pergi bank dan ke rumah Ija ke?

10:32am
Me:
- Hiii suami kacak kite 💞
- Belum... tengah siap.

10:32am
Husband sayang kacak:
- Heheee 🙈
- Tak pergi lagi ke? Ingat dah pergi
- Kalau tak pergi lagi.. tunggu abang je lah. Kita pergi sekali, k? 😘

10:33am
Me:
- Abang balik lewat lagi 😢

10:33am
Husband sayang kacak:
- Mana ada lewat. Setengah jam lagi dah boleh balik..
- Tunggu eh?

10:33am
Me:
- Hmmmmmmm, taknak.

10:33am
Husband sayang kacak:
- 😔💔

Sayang Sangat ✔Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang