bab39

60.8K 912 27
                                    

Ara pov.

"Sayang tunggu sini kejap.." pinta Raf.. aku mengerutkan dahi. "Nak ke toilet. Tak tahan." Raf tergaru garu kepalanya.

Aku tertawa kecil sambil mengangguk. "Pergi lah.." balasku sambil menarik telefon keluar dari dalam handbag.

Makanan yang dipesan sudah pun sampai. Aku memandang ke arah tandas yang agak jauh.

"Ara..? Kan?" Tegur satu suara lelaki. Aku ke? Aku ke yang dimaksudkan tu? Aku menoleh ke belakang.

Adrian. "Datang dengan Raf ke?" Soalnya sambil mendekatiku. Aku memandangnya sambil menggeleng.

"Dah kena tinggal ke?" Soalnya sinis sambil tersenyum. Huh? Apa benda pula ni?

"Kelakar ke?" Soalku sambil mengangkat kening. "Kenapa? Tak kelakar ke?..." bajuku ditarik.. aku agak terkejut dengan perlakuan Adrian.

"Memang layak kau kena tinggal pun! Perempuan tak tahu malu!" Jeritnya dimukaku.

"Saya tak cakap pun saya kena tinggal?"
Aku memandangnya.. sinis. Sengaja aku mahu sakitkan hatinya. "Kurang a-" "Sayang!" Suara Raf. Aku tahu dia akan datang.

Aku menutup mata.. lega. "Biadap!" Raf menarik tangan Adrian dariku.

"Sayang? Gross!" Tempik Ad. Mereka bertengkar... aku baru tersedar banyak mata mata yang sedang memerhatikan kami.

"Raf.. jom balik." Aku cuba menarik lengannya.. Raf tidak mendengar.

"Kau! Perempuan! Pergi mati supaya Raf tak boleh memiliki kau lagi!" Ad dihadapan Raf merempuhnya dan menolakku kuat sehingga aku hilang kawalan dan terlanggar tiang.

Aku memegang kepala yang terhantuk.. tak apa, sedikit je..

"Sayang!" Jerit Raf.. suaranya hanya sayup sayup kedengaran.

"Sial!" Jerit Raf lagi... dan segalanya gelap.... seperti dahulu.

Aku memegang kepala yang berdenyut denyut.. mataku terbuka. Sekali lagi aku ke sini, hospital.

Aku memandang ke kiri.. Raf masih berada disisi, tangannya memegang tanganku. Aku memegang tangannya erat.

Raf mengangkat wajahnya yang dilinangi air mata. Raf menangis.

"Sayang!" Suara Raf terketar ketar. Raf menarikku ke dalam pelukannya.

"Nasib baik awak tak apa apa.." Raf mengucup dahiku bertubi tubi. Aku memeluk lengannya..

Doktor Sufi berjalan ke arah kami. Aku menghulurkan senyuman dan dibalasnya..

"Saya ada berita baik dan buruk.." Doktor Sufi memberi kami pandangan sayu.

Aku mengenggam tangan Raf erat. Apa berita buruk yang dimaksudkannya?!

"Berita baik, Ara sihat.. kepala tu okay.. cuma dia mengada ngada sikit lepas kemalangan hari tu." Doktor Sufi tersenyum.

"Berita buruknya..." Doktor Sufi terdiam. Dia menarik nafas dua kali.

Raf dan aku saling berpandangan. Bahuku dipeluk erat.

"Ara keguguran." Doktor Sufi menelan liur. "Tak!" Jerit Raf sambil memelukku lebih erat.

Aku terdiam..

Keguguran? Bukankah aku yang belum bersedia mempunyai anak lagi? Tapi kenapa hati ni rasa pedih?

Itu yang aku nak kan? Air mata menitis. Aku menekup muka.. "sayang..." panggil Raf sambil mengusap wajahku beberapa kali.

Doktor Sufi melangkah keluar dari wad. Aku memandang Raf sambil menggeleng.

Sakit.. itu apa yang aku rasakan. Lebih sakit dari putus cinta.

"Kita boleh cuba lagi kan, sayang?" Raf melagakan dahi kami. Aku menggeleng. "Taknak!" Jeritku..

"Saya dah cakap taknak dari dulu! Kenapa bagi saya?!" Tempikku lagi. Sungguh aku kecewa.. kehadiran yang aku nantikan tidak akan sampai.

"Sayang.. ya Allah. Kenapa ni?!" Raf.. aku membuka mata. Ya Allah.. aku bermimpi ke?!

Aku memegang perut yang masih berisi.. dan terus memandang Raf.

Aku memeluk Raf.. air mata dipipi diseka Raf.

"Sayang okay ke tak ni?" Soalnya sambil memandangku.. wajahnya jelas tampak risau.

"Mimpi buruk..." balasku, ringkas. Masih sendu.

Raf meraup wajahku beberapa kali.

"Sayang mimpi apa?" Soal Raf sambil menarikku kembali berpelukan diatas katil. Aku meletakkan tangan pada dadanya.. Raf merangkul pinggangku.. matanya tak lepas dari memandangku.

"Saya mimpi Adrian tolak saya sampai gugur." Aku menggigit bibir.

Raf mengecilkan matanya. Aku tertawa kecil. "Tapi nasib baik mimpi." Tambahku lagi sambil merehatkan kepala dibawah dagunya.

"Lain kali nak tidur.. basuh kaki dulu. Kan dah dapat mimpi pelik." Raf mengucup ubun ubunku.

"Tapi kan... risau juga sayang sampai termimpi gugur tu. Hm, sayang juga dia kat baby." Raf mencuit hidungku sambil tersengih.

"Mesti lah.. bukti kasih sayang kita berdua kan?" Soalku sambil memegang dagunya..

"Tahu tak apa.. nak berkasih sayang lagi boleh?" Bisik Raf. Aku ketawa sebelum menolaknya.

Aku menjeling ke arah jam. 3:34am. "Tak boleh." Bisikku kembali. Raf ketawa kecil sebelum mendodoikan aku disisinya. "Tidur.. dah lewat ni." Bisiknya.

Sayang Sangat ✔Where stories live. Discover now