Ara pov.
Pagi pagi lagi mama suruh siap.. nak keluar katanya. Ugh! Hari sabtu sepatutnya orang berehat di rumah, bukannya keluar berjalan jalan.
Aku keluar dari bilik selesai menghias diri. Papa menggamit tangannya, memanggilku. Aku berjalan ke arahnya.. "makan dulu..." kata papa sambil menghulurkan pankek yang dilimpahi coklat cair yang berada diatas pinggan. Aku menggigit dengan berhati hati, risau pula kalau coklat tertumpah diatas baju, jadi dua kerja kena ganti baju...
"Next month birthday Ara. Ara nak apa?" Soal papa sambil memandangku. Aku tersenyum sumbing. "Ara nak kereta!" Balasku sambil tersengih. "Kereta apa? Myvi?" Soal papa. Alah... aku ingat papa nak hadiahkan BMW ke... audi ke. Hm...
"Ikut papa lah. Dah nama pun hadiah, takkan Ara nak minta pula." Aku tersenyum hambar.
_______________
Papa mengeluarkan kereta BMW miliknya dari dalam garaj.
Papa menggunakan waze untuk trace lokasi yang auntie Hanis hantar sebentar tadi.
"Ara dengan Raf tu sepadan sangat kan abang?" Soal mama kepada papa. Pada mama semua lelaki yang attractive memang sepadan dengan aku..
Aku menjulingkan mata ke atas. Papa mengekori kereta Raf dari belakang. Tengok! Dia baru umur berapa dah ada BMW, takkan lah papa nak belikan aku myvi... hm...
Maaflah demand.
Enjin kereta dimatikan. Papa membukakan pintu kereta untuk aku. Perlahan lahan aku keluar dari kereta dan menghampirinya.
"Hi!" Auntie Hanis melambaikan tangannya ke arah mama. Mama membalas lambaiannya. Sekali lagi adegan laga laga pipi dilakukan dihadapanku.
Kami duduk berlima dimeja makan. Agak tidak selesa dengan Raf yang dari tadi asyik memandangku tanpa segan silu.
"Awak ni okay ke tak?" Aku memberanikan diri untuk bertanya. "Tak... saya macam kehilangan something." Jawab Raf sambil memegang dadanya. Papa tersengih sambil menggelengkan kepala melihat gelagat Raf. "Apa yang hilang tu?" Soal papa, "hati.." jawab Raf sambil mengedipkan matanya dua kali kepadaku. Aku menjadi kekok.
Makanan yang dipesan dah pun sampai. Perlahan lahan aku menyuap udang ke dalam mulut. "Saya suka tengok awak makan." Kata Raf sambil tersenyum. "Comel sangat.." dia menongkat dagu. "Macam future wife saya."
Serabut serabut.
_____________________
"Kalau mama cakap... yang mama nak kahwinkan Ara dan Raf, setuju tak?" Soal auntie Hanis. What the fu...ck?
"Huh? Saya salah dengar ke ni?" Soalku sambil memandang ke arah auntie Hanis. "Raf dan Ara. Berkahwin." Jawab auntie Hanis, ringkas. "Taknak." Balasku, mudah dan jelas.
"For mama?" Mama memegang tanganku. "For anyone pun, taknak." Balasku tanpa memandang wajah sesiapa. "Kenapa taknak? Saya boleh bahagiakan awak." Raf tersenyum nakal. "Tolong lah. Orang lain tapi bukan dia ni." Aku menuding jari ke arah Raf.
"Kerek je perempuan ni. Ingat lawa?" Raf mencebik.
Mama dan papa sedaya upaya memujukku. "Ara cakap taknak tu, taknak lah. Yang tak faham sangat ni kenapa?" Aku cuba menahan diri dari meninggikan suara. "Ara yakin ke taknak?" Papa tersenyum nipis.
"Nanti Ara rindukan papa. Nanti Ara dah tak boleh peluk papa lagi dah." Yang papa nak Raf jadi suami aku ni dah kenapa... "alasan. Ara kahwin dengan Raf, papa bagi apa je yang Ara nak." Pujuk papa lagi sambil mengusap lembut tanganku.
"Tapi kenapa nak kahwin dengan dia?" Aku memandang Raf yang masih tersengih. "Awak ni takde abang ke? Adik ke... kenapa awak?" Aku mengeluh sambil memandang Raf yang sudah pun tergelak kecil.
"Tak cukup kacak ke?" Soalnya sambil memandang skrin gelap telefonnya.
"Sebab mama awak buat perjanjian. Ara pun tahu kan... janji tak boleh dimungkiri?" Kata papa. Apa benda pula tak boleh mungkir janji? Papa berada pada zaman apa ni?! Dia tak tahu ke zaman sekarang orang buat tak tahu je dengan janji.
Aku mengangguk perlahan.. "Ara nak ke toilet sekejap." Gumamku, lantas bangun dari kerusi. "Raf tolong tunjukkan jalan ke toilet." Pinta auntie Hanis.. macam aku seorang budak kecil.
Kami berlalu pergi dari situ. Agak jauh dari mama dan papa. "Cantik juga awak ni..." bisik Raf sambil tersenyum. Baru tadi dia cakap aku tak cantik, tapi sekarang? Gila agaknya.
"Tahu.." balasku, acuh tak acuh. "Awak nak pergi toilet untuk apa? Kalau nak tengok muka dekat cermin je, baik kat situ.." katanya sambil menunjuk ke arah bilik cermin. Bilik cermin ke nama dia ni?
Aku membetulkan rambut yang sudah kembang akibat ditiup angin...
Aku merasa pinggangku dirangkul, aku memandang ke bawah untuk melihat sepasang tangan. Jantung aku hampir tercabut dari dada...
Aku memandang refleksi Raf yang berada didalam cermin. Aku menoleh ke arahnya. Dia tersenyum dan membongkokkan dirinya sedikit untuk merapatkan dahi kami..
"Tak salah kan... nak cium bakal isteri sendiri?" Bisiknya, pandangan matanya yang tajam diberikan kepadaku..
"Awak ni... gila ke?" Soalku sambil menarik kepalaku dari disentuhnya serta menepis tangannya dari menyentuhku.
Sesekali tangannya cuba untuk menyentuh belakangku. Aku maju ke hadapan untuk mengelak dari disentuhnya.
"Hm.. not bad bakal isteri saya ni." Bisiknya sambil tersengih. "Jual mahal." Bisiknya sambil memegang bahuku dengan kedua belah tangannya.
Aku berjalan keluar dari bilik itu diikuti Raf yang masih mengekori dari belakang.
______________________
"Kitorang dah plan awal awal. Ara dengan Raf akan berkahwin dua minggu dari sekarang. Okay?" Soal papa. Aku hanya memberi pandangan kosong.
Dalam masa dua minggu tu.. sempat buat apa je? "Raf ikut je papa. Lagi cepat, lagi bagus. Kan Ara?" Raf mengambil tempat duduk disebelah mamanya. Papa?! Dia panggil papa... papa?
"A...ah." aku mengangguk, kekok. "Aik... kenapa tiba tiba macam tak sabar nak kahwin pula ni?" Papa mengusik. "Mana ada lah. Ish!" Marahku. Papa ketawa kecil.
YOU ARE READING
Sayang Sangat ✔
RomansaDipaksa berkahwin atas perjanjian keluarga yang pernah dibuat suatu ketika dahulu. Siapa cakap orang yang jahat akan selamanya jadi jahat? Seperti belangkas.. dua pasangan yang dipaksa berkahwin..mahu berkepit setiap masa. 18sx